REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Pusat Islam Trip

25 December 2008

we are in perlis
19 Disember 2008, semua Majlis Tertinngi & Exco2 Pusat Islam dibawa rehlah ke Tasik Melati, Gua Kelam & Padang Besar, Perlis.
muka2 jjaka hensem pi =p

muslimat ngn ustaz azlan dlm gua kelam

nilah bas kami

banjaran nakawan.pasni nk naik ketapi msuk dlm gua.


nk terjun tasik ke.

Sy takkan lupa!

16 December 2008

11 December 2008

Today is my birthday, today is my birthday, happy, happy birthday to me!
Today is my birthday, today is my birthday, happy, happy birthday to me!
**lagu Mickey Mouse


Sanah hilwah jamilah, sanah hilwah jamilah,

Sanah hilwah jamilah, sanah hilwah ya Juwairiyah!

Best wishes sy terima dari my best fren.. Ingtkn die xtau ari tu besday sy.. Mlm tu kitorg brbual mcm biase.kwn2 yg pn sme.. Rupenye esknye dpt surprise.. =)

Mcm biase setiap pagi die akn kejut sy utk solat mlm tbe2 pagi 2 msj die lain..

'Jdlah wanita yg mulia d sisi ALLAH dgn Islam..... Sanah hilwah ke 18.....'
4:43 am 11 December 2008

Terus sy bangun n tpon die.. Terima kasih byk2 shbt..

Biaselah besday girl, senyum jela mmanjang.. lg2 smlm dpt gud news dr ayh.. Bak kate Ika senyum sampai ke telinga, bleh ukur diameter lagi.. =)

Byk wish sy terima dr smlm lagi smpailah sminggu lps tu pn dpt lg... Akak siap bgi hadiah b4 besday.. Umi plak sblm besday dah watkan sy 2 biji kek coklat yg sedap sgt.. Hari besday umi nyanyi dlm tepon utk sy..saaaaayg sgt kat umi...
Kwn2 plak bnyk bagi kate2 smgt smpena besday ni.. Kwn2 tutor baru blanje sy makan n rahmat n alif siap nk nyanyi kn lagu besday dpn library.. Thnx bnyk2.. Korg mmg shbt yg baik..

Cerita yg menyedihkan...
Mlm Sabtu, KMK akn dilawat oleh ketua pngarah matriks n pngarah2 matriks.. Jadi, kitorg pn knelah gotg-royg.. Lpas briefing, sy pegi masjid n ajak Jihan beli mknn kat depn Cafe Admin sbb sy lpr sgt.. tgh hari xmkn..
Org kate malang xberbau tpi mlng sy berbau sbb b4 kne tangkap ngn En Herdi, Jihan dah kne tgur ngn one group student spya jgn mrayau tpi ktorg wt xtau je.. At last ktorg kne pggl ngn En Herdi n kenalah tndkn xmndgr arhn.. En Herdi pggl ketua felo kitorg Pn Zuraini n Pn Zuraini mrh2 ktorg n ktorg dkenakan denda block kad utk satu sem n kne Akta 174.. Huaaaaa besar sgt ke slh ktorg... =(
Balik bilik sy trus nangs sbb sakit ati sgt.. bsar sgt ke slh ktorg.. dah la kne mse besday.. But ape pn, ttp ade hkmahnye kn... Allah maha mengetahui, sgla yg terjadi pasti ada hikmahnya.. juz wait n see..

Penang Trip

10 December 2008

Tanggal 31 bulan 8..hehe, tanggal 28 November 2008, satu Lawatan Ilmiah dari kumpulan praktikum F7P5 dan F7P2 tlh diadakan ke USM dan Muzium Perang, Pulau Pinang. Objektif kertas kerja adlh lawatan sambil belajar tapi objektif pelajar perempuan adlh shopping. Best sgt. Kitorg dpat pegi 2 shopping mall. Sbnrnye nk pegi bnyk lg tp xckup mase.
Pagi2 kitorg da brtolk dari KMK. Tempat pertama kitorg pegi adlh USM. Mase kat USM tibe2 bas kitorg ade kembar. hehe sbb budk hoki KMK tgh ade prlawann kat situ sempena Pesta Hoki USM. Sampai USM lepas dpt tklimat, kitorg trus melawat perpustakaan utama iaitu Perpustakaan Hamzah Sendut. Kecoh sgt dorg. Yela, perpustakaan 2 besar. Hopefully dpt study kt situ one day.
Lepas pegi USM, kitorg pegi Queensbay.. Inilah saat2 yg paling ditunggu2.. hehe.. Sy n Memy lah org pertama terjun dr bas..Shopping sakan lah kat situ at last duit tggl sikit, sy sush ati..
Lame kitorg kat Queensbay, pas 2 baru gi Muzium Perang kat Batu Maung. Name die 'muzium', ingtkn mcm dewan pastu ade pameran brg2 lame je. Rupenye kwsn hutan, kitorg kene redah, lalu terowong, panjat tangga yg tingginye 2 kaki, mcm2 kat sne. Best jgk..
Pkul 6 bertolak dari Muzium Perang pgi Mega Mall shopping lagi..hehe, sampailah pkul 8 then, bertolak balik KMK.
Perjalann yg sgt menyeronokkan. Kitorg btul2 enjoy lah..sbb mse 2 lagi bbrape ari nk dpt result. lgpun sem baru ni masing2 dah berpecah praktikum..Guys, u r d best! thnx Madam Kang n Mr Azman.


usm!
war museum

Selamat Datang Semester Baru!

10 November 2008

11 November 2008
Hari ni hari ketiga semester 2 PST program matrikulasi. Sekarang ni free sebab amali xboleh buat experiment lagi sebab belum belajar tajuk tu. Jadi lecturer bagi keluar awal sape yang dah siap buat jotter. Sebelum masuk makmal tadi boleh pulak saya salah makmal. Nasib baik mawi lalu situ dan tegur saya. Kalau tak xmasuk kelas lah saya. Sebelum amali kimia tadi, ade kuliah math n sblm tu tutor english. Sir Ash suruh kitorang buat blog. Melalui blog ktorg kne hantar assignment n nanti die cek. Saya tau mesti seronok sgt tapi nnti ble sy kne buat blog lain, blog ni terabai plak. Kat sini je tempat saya luahkan suka duka saya. =(


Oklah, cerite pasal sem baru.
Sem ni byk perubhn. Byk bende baru. !st, ktorg semua drombak n dtukarkn tutorn n kuliah. Jumpe kwn2 baru, lecturer2 baru, subjek2 baru n azam pun kenalah baru. Walaupun takut dgn result PSPM tapi kte kne maju ke depan. Jangan pndg blakg. Yg kat blakang tu jadikan pengjrn. Jgn ulng lagi. Jadi sblm dpt result, blajar sggh2. Jgn tersungkur lgi. cayok2!.


Sy dpt kuliah F4, Praktikum P2 n tutoran B. Dalam tutor, sy xde knal spe2 pn. Dlm prktkm adelah 2,3 org tapi yg xrpt. Dlm kuliah, sy msih stu kuliah dgn Memy, Syuk n Wan Sim.
Lecturer2 plak, ade yg garang, ade yg lmbut sgt ade jak ya sporting. Biasela tu adat belajar mmg mcm tu.


Kehidupan sem 2 semakin sibuk. Lepas ni xsmpt dah nk wat posting baru. Hrp2 kwn2 fhm ye.

ALAIKA BI TAQWALLAH

03 November 2008

Mutiara Qasidah Al-Imam Abdullah Bin Alawi Al-Haddad

Alaika bi Taqwallah


عليك بتقوى الله


عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ فِي السِّرِّ وَالْعَلَنْ

Bertakwalah kepada Allah pada hal rahsia dan terang


وقَلْبَكَ نَظِّفْهُ مِنَ الرِّجْسِ والدَّرَنْ

Bersihkan hatimu dari penyakit batin yang menyerang


وخَالِفْ هَوَى النَّفْسِ الَّتِي لَيْسَ قَصْدُهَا

Perangilah hawa nafsu yang hanya bertujuan


سِوَى الْجَمْعِ لِلدَّارِ الَّتِي حَشْوُهَا الْمِحَنْ

Mengumpul harta untuk dunia yang penuh ujian


وإِنْ تَرْضَ بِالْمَقْسُوْمِ عِشْتَ مُنَعَّمًا

Jika kau redha dengan takdir, nescaya kau hidup bahagia


وإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرْضَى بِهِ عِشْتَ فِي حَزَنْ

Jika tidak redha dengannya nescaya kau hidup merana


وصَاحِبْ ذَوِي الْمَعْرُوْفِ وَالْعِلْمِ والْهُدَى

Bersahabatlah dengan orang baik, ‘ulama dan (mereka yang diberi) petunjuk


وجَانِبْ وَلاَ تَصْحَبْ هُدِيْتَ مَنْ افْتَتَن

Jauhilah dan jangan berteman dengan ahli maksiat nescaya engkau akan diberi petunjuk


وَصَلِّ بِقَلْبٍ حَاضِرٍ غَيْرِ غَافِلٍ

Solatlah dengan hati yang khusyuk dan tidak lalai


ولاَ تَلْهُ عَنْ ذِكْرِ الْمَقَابِرِ والْكَفَنْ

Jangan lupa dari mengingati kubur dan kain kafan


ومَا هَذِهِ الدُّنْيَا بِدَارِ إِقَامَةٍ

Dunia ini bukanlah untuk hidup berkekalan


وَمَا هِيَ إِلاَّ كَالطَّرِيْقِ إِلَى الْوَطَنْ

Ia tiada lain hanyalah jalan menuju tanah air (syurga)


ومَا الدَّارُ إِلاَّ جَنَّةٌ لِمَنِ اتَّقَى

Rumah yang kekal adalah syurga bagi orang yang bertaqwa


ونَارٌ لِمَنْ لَمْ يَتّقِ اللهَ فَاسْمَعَنْ

Oleh itu hendaklah ingat bahawa neraka adalah tempat mereka yang derhaka.


فَيَا رَبِّ عَامِلْنَا بِلُطْفِكَ وَاكْفِنَا

Liputilah kami Ya Allah dengan belas kasih-Mu


بِجُوْدِكَ وَاعْصِمْنَا مِنَ الزَّيْغِ وَالْفِتَنْ

Cukupilah kami, peliharalah kami dari fitnah dan kesesatan


وَوَفِّقْ وَسَدِّدْ وَاصْلِحِ الْكُلَّ وَاهْدِنَا

Berilah kami taufiq dan hidayat dan pimpinlah kami


لِسِيْرَةِ خَيْرِ الْخَلْقِ والسَّيِّدِ الْحَسَنْ

Di atas jalan pemimpin umat serta penghulu kami

عَلَيْهِ صَلاَةُ اللهِ ثُمَّ سَلاَمُهُ
Keatasnya selawat Allah dan salam-Nya yang berkekalan


صَلاَةً وتَسْلِيْمًا إِلَى آخِرِ الزَّمَنْ

Terus-menerus hingga ke akhir zaman


وَآلٍ كِرَامٍ ثُمَّ صَحْبٍ وتَابِعٍ

Dan keluarga kemudian sahabat, serta tabi’in

بِهِمْ نَسْأَلُ الله السَّلاَمَةَ مِنَ الْفِتَنْ
Dengan sepenuh berkat mereka kami pohonkan keselamatan daripada fitnah

IHYA' RAMDHAN

03 October 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Sepanjang bulan Ramadhan yg lalu, Pusat Islam KMK telah mengadakan banyak aktiviti untuk pelajar KMK. Sy pun amatlah sibuk sepanjang bulan Ramadhan yg lalu. Sy yg kuli (ajk bwhan) pn dah sibuk sblm puase lagi, inikan mt2 n org2 besar PI. Program2 yg berlangsung amat memberi manfaat n input kpd student KMK n sy sendiri. Sy tukar kan rase penat n tesion tu kpd rase enjoy n mase nil ah sy nk release tension study, barulah best. Seprti biasa, sblm majlis adelah gotong-royong.






Pemasangan banner meraikan kedatangan Ramadhan. Pengerusi Pusat Islam sendiri turun padang mase kuliah. Banner yg di pasang agak berkesan dalam menyampaikan mesej utk semua.




Solat Tarawikh bermula dari malam 1 Ramdhan lagi. Solat Tarawikh dilakukan sebanyak 8 rakaat pada mulanya tapi atas permintaan lecturer n student, Imam solatlah 2 rakaat. Imam n muazin terdiri daripada lecturer n student KMK sendiri. Satu rakaat dibaca 1 muka surat Al-quran. Sekali-sekala je solat 8rakaat jika ada perjumpaan atau aktiviti kolej selepas itu. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Kami dpt buat walaupun sekali tapi mereka tetap pernah menjejakkan kaki di masjid. Itulah misi kami.





Iftar Harian bermula pada hari pertama puasa. Pada mulanya, semua pelajar muslim n non-muslim terlibat tp sambutan yg kurang menggalakkan drpd non-muslim, jadinye pljr muslim shj yg terlibat. Pljr brbuka di masjid ikut giliran n kupon di beri. Dlm satu bulan adalah dlm 2 @ 3 kali mereka mkn di masjid. Tujuan utamanye adlh untuk mengeratkan silaturrahim n dlm mase g same kite dpt jimat kn duit dr berbelanje berlebihan.




Iftar Perdana melibatkan semua sekali pelajr n staf KMK. Kami berbuka bersama n mendengar sedikit ceramah bersama. Agak gamat n kalut lah mase tu. Yelah, ajk PI berape orang je nak handle 3000 orang dlm satu mase. Alhamdulillah dgn berkat kerjasama semua pihak, majlis ini berjalan dgn lancar.







Bekwah di jalankan pada hujung minggu shja.Ljnah yg bertugas akn bersame2 mt mmbuat bubur lambok dgn bantuan makcik café. Kalau kitorang je buat xjadilah. Setelah siap, bubur lambok akan diagihkan kepada para pelajar. 3kali je kami dapat buat. Mase nil ah ade drama sedih sebab potong bawang pedih. =p





Program Diskusi Al-quran atau nama mudahnya tadarus Al-quran melibatkan pelajar2 yg telah dipilih ttpi pljr lain juga boleh turut serta. Muslimin buat tiap2 hari, musliamat pada mulanya begitu juga tapi oleh tugasan kolej yg banyak, kami buat hujung minggu je. Namn sambutan tetap menggalakkan. Bergema masjid dengan bacaan ayat2 suci Al-quran.




Khatam Al-quran diadakan pada hari Rabu, 24 September 2008 di Masjid KMK. Qori2 yg terpilih mmbacekan surah2 juz amma diakhiri doa khatam Quran di ketuai oleh Uzair. Pelajar yg terlibat adlah pljar yg menyertai Program Diskusi Al-quran. Sumbangan hari raya turut diberikan kpd pljr kurang upaya n kurang berkemampuan.



Sangat Menginsafkan!

10 September 2008

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram
www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli



Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya..

Pesan kakak..

08 September 2008


" Go with god. I'm thinking of how wonderful the world is if I could build up you to be a strong and a wiseyoung lady in KMK. Really, I'm proud of you my sis. Your effort is very valuable and it can change the world to be a better place to live. Support with biah solehah that you also should struggle for. Oh If I couldbe by your side to support you with full strength... But then the reality is we should walk in our own situation and position. Therefore what I could say is GO WITH GOD. GO WITH GOD MY SISTER. aljihadu sabiluna. Allahuakbar!!! "

kak ika
06 Sept 2008

Ya Allah lindungilah kami..

05 September 2008




Menakutkan..
Hanya Allah yang boleh lindungi kita..
Saya sealu mimpi pelik mase belajar dekat KMK. Mimpi yang saya paling ingat adalah mimpi seorang makcik yang nak cekik saya. Takut sangat. Ceritanya macam ni..
Saya nak pergi kelas, buka je pintu bilik ade sampah terkumpul depan pintu bilik saya. Saya pn macam ringan tulang disuruh bersihkan sampah tu. Roomate saya yang lain terus ke kelas tapi saya ditahan oleh mak cik tu. Saya nak pergi tapi mak cik tu pakse saya sapu juga. Dia macam nak cekik saya. Saya dah agak mesti mimpi ni diganggu syaitan. Selalunya saya mimpi perkara-perkara buruk sahaja, tak pernah wajah syaitan muncul. Jadi dalam mimpi tu saya cakap, "Kau tunjuklah muka kau". Sekali mak cik tu tunjuk muka dia. Buruk sangat. Ada merah-merah. Betul, macam syaitan. Saya terkejut dan tersedar. Saya bangun dan nangis.
Malam sebelum kejadian, saya baru balik dari Museum War Penang dan terus tidur. Mungkin itulah kesannya. Pengajarannya, jangan lupa ambil wudhuk sebelum tidur dan banyakkan baca Al-Quran.
Wallahualam..

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

01 September 2008


buat peringatan bersama-sama

REZEKI YG XDSANGKE2 : ISRAK & DHUHA
MUDAH MENJAWAB SOALAN MALAIKAT : MEMBACA QURAN
TITIAN SIROTUL MUSTAKIM SEPANTAS KILAT : TAHAJJUD
DILUASKAN KUBUR : PUASA
DIBINA MAHLIGAI OLEH ALLAH : ZIKRULLAH

'10 AMALAN YANG TERBALIK'

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita.. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-



1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)

UPS RESULT

25 August 2008

inilah result F7T5B
wah, ramainye pi tgk result

Ujian Pertengahan Semestar pada 21 dan 22 Julai lalu dan keputusannya baru dipaparkan 26 Ogos lalu. Huh, lega result dah kluar tpi sbnarnye tkut sgt nk tgk. Dua kali pi kat situ tapi tak tgk pun. hehe. Last2 ngk jgk. Alhamdulillah sy lulus tpi result hancur! yg lain ok. majoriti yg dpt straight A or 4flat, cina la. Melayu sikit sgt yg dpt 4flat. Yg pling mnyedihkan kuliah F7 d umumkan kuliah ranking terakhir n mngkekalkn kdudukn yg ke 7. Kesian cikgu fzk, die hrap org x cnclude bdk 2nd intake ni xleh go on dlm matriks n xnk org aggp kedudukan kelas directly propotional to the teacher. hehe.x, sbarnye usaha kami xckup. kmi pn suka main2 ja dlm kuliah. Bertindak utk berubah dr skrang!

PROGRAM SUAI KENAL PUSAT ISLAM & LARIAN KAKOM 2008

14 August 2008

PROGRAM SUAI KENAL PUSAT ISLAM


25 Julai 2008 – Pusat Islam Kolej Matrikulasi Kedah telah mengadakan Program Suai Kenal Pusat Islam. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan Pusat Islam kepada semua pelajar dan staf Kolej Matrikulasi Kedah. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang hari untuk menjayakan program tersebut. Antara aktivitinya ialah Mind Explorace, sukaneka, tayangan filem, demonstrasi penyembelihan dan Islamic Culture Night. Aktiviti Mind Explorace dirasmikan sendiri oleh Pengarah KMK iaitu Tuan Haji Raja Sulaiman. Sukaneka antara muslimin dan muslimat dijalankan secara berasingan dengan permainan yang berlainan tetapi pada waktu yang sama. Permainan untuk muslimin seperti Takraw Bulatan, Strong Holder dan Paintball. Muslimat pula, Walking On The Coconut, Dilambung Kasih Disambut Sayang, Paintball dan Ukhuwah Sejati. Pemenang masing-masing mendapat hadiah yang lumayan. Selepas solat Jumaat, filem-filem menarik ditayangkan di dewan-dewan kuliah khas untuk tontonan warga KMK secara percuma. Selepas solat Asar pula, 5 ekor ayam disembelih dalam aktiviti demonstrasi penyembelihan. Pelajar-pelajar sendiri menyembelih ayam-ayam tersebut. Tidak ketinggalan pelajar perempuan menimba pengalaman menyembelih ayam di perkarangan Masjid Khulafa’ ar-Rasyidin KMK. Sementara itu, lajnah makanan sibuk berbbq untuk juadah malam hari. Acara kemuncak Program Suai Kenal Pusat Islam ialah Islamic Culture Night. Majlis diserikan dengan persembahan silat, nasyid, kuiz dan penyampaian hadiah. Apa yang menarik malam itu ialah penganugerahan Prince & Princess Charming kepada contoh muslimin dan muslimat Islam sebenar. Majlis tamat pada jam 11 malam diakhiri jamuan makan.

ALBUM KENANGAN

'beyond the sky'


'menanti acara dimulakan'
'sukaneka muslimin'
'muslimat sedang menonton filem kung fu panda'
'permainan ukhuwah sejati'

'dilambung kasih disambut sayang'

'demonstrasi penyembelihan'

'hebat tak kami?'


LARIAN KAKOM 2008



'kami sedia berjuang!'

'kamilah atlit-atlit kmk'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails