REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

UPS RESULT

25 August 2008

inilah result F7T5B
wah, ramainye pi tgk result

Ujian Pertengahan Semestar pada 21 dan 22 Julai lalu dan keputusannya baru dipaparkan 26 Ogos lalu. Huh, lega result dah kluar tpi sbnarnye tkut sgt nk tgk. Dua kali pi kat situ tapi tak tgk pun. hehe. Last2 ngk jgk. Alhamdulillah sy lulus tpi result hancur! yg lain ok. majoriti yg dpt straight A or 4flat, cina la. Melayu sikit sgt yg dpt 4flat. Yg pling mnyedihkan kuliah F7 d umumkan kuliah ranking terakhir n mngkekalkn kdudukn yg ke 7. Kesian cikgu fzk, die hrap org x cnclude bdk 2nd intake ni xleh go on dlm matriks n xnk org aggp kedudukan kelas directly propotional to the teacher. hehe.x, sbarnye usaha kami xckup. kmi pn suka main2 ja dlm kuliah. Bertindak utk berubah dr skrang!

PROGRAM SUAI KENAL PUSAT ISLAM & LARIAN KAKOM 2008

14 August 2008

PROGRAM SUAI KENAL PUSAT ISLAM


25 Julai 2008 – Pusat Islam Kolej Matrikulasi Kedah telah mengadakan Program Suai Kenal Pusat Islam. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan Pusat Islam kepada semua pelajar dan staf Kolej Matrikulasi Kedah. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang hari untuk menjayakan program tersebut. Antara aktivitinya ialah Mind Explorace, sukaneka, tayangan filem, demonstrasi penyembelihan dan Islamic Culture Night. Aktiviti Mind Explorace dirasmikan sendiri oleh Pengarah KMK iaitu Tuan Haji Raja Sulaiman. Sukaneka antara muslimin dan muslimat dijalankan secara berasingan dengan permainan yang berlainan tetapi pada waktu yang sama. Permainan untuk muslimin seperti Takraw Bulatan, Strong Holder dan Paintball. Muslimat pula, Walking On The Coconut, Dilambung Kasih Disambut Sayang, Paintball dan Ukhuwah Sejati. Pemenang masing-masing mendapat hadiah yang lumayan. Selepas solat Jumaat, filem-filem menarik ditayangkan di dewan-dewan kuliah khas untuk tontonan warga KMK secara percuma. Selepas solat Asar pula, 5 ekor ayam disembelih dalam aktiviti demonstrasi penyembelihan. Pelajar-pelajar sendiri menyembelih ayam-ayam tersebut. Tidak ketinggalan pelajar perempuan menimba pengalaman menyembelih ayam di perkarangan Masjid Khulafa’ ar-Rasyidin KMK. Sementara itu, lajnah makanan sibuk berbbq untuk juadah malam hari. Acara kemuncak Program Suai Kenal Pusat Islam ialah Islamic Culture Night. Majlis diserikan dengan persembahan silat, nasyid, kuiz dan penyampaian hadiah. Apa yang menarik malam itu ialah penganugerahan Prince & Princess Charming kepada contoh muslimin dan muslimat Islam sebenar. Majlis tamat pada jam 11 malam diakhiri jamuan makan.

ALBUM KENANGAN

'beyond the sky'


'menanti acara dimulakan'
'sukaneka muslimin'
'muslimat sedang menonton filem kung fu panda'
'permainan ukhuwah sejati'

'dilambung kasih disambut sayang'

'demonstrasi penyembelihan'

'hebat tak kami?'


LARIAN KAKOM 2008



'kami sedia berjuang!'

'kamilah atlit-atlit kmk'

"Baiti"

13 August 2008

KLUANG, JOHOR MALAYSIA.

Ini lah rumah saya, rumah yang paling dicintai. hehe. Kami mula berpindah ke sini pada bulan Disember tahun 2001. Masa tu rumah ni tak da lah macam ini. Rumah ni kecil je. Tapi ayah upah orang renovate bagi cantik sampai jadi macam ni. Dalam rumah ni ada 4 bilik je. Bilik ayah dan Umi dekat ruang bawah. Bilik saya dengan adik pun macam tu. Umi seperate kan kami sebab kami kecil dan berlainan jantina. Lagipun kami takut kalau berdua je dekat atas. hehe. bilik kakak dekat atas tapi kakak jarang balik, jadi bilik dia tu jadi bilik simpan buku dia yang banyak tu ja. Bilik Abang Hasan dengn bilik Abang Husin bilik paling besar dan paling bersepah. Abang Hasan rajin kemas tapi nak tunggu dia kemas alamat, setahun sekali jelah. Bilik air ada kat atas dan bawah. Ruang rehat pun sama. Saya suka rumah saya sebab nilah tempat paling selesa untuk saya belajar dan berehat.
Lokasi rumah kami berdekatan bandar. Guess what, rumah atok satu jalan dengan rumah saya. Cuma rumah atok dekat hujung jalan nombor 64. Seronok tak? Hari-hari boleh balik kampung. hehe. Tapi kadang-kadang malas jugak, tunggu atok panggil baru nak datang. Teruk betul cucu atok ni. hehe. Jarak sekolah saya dengan rumah dekat je. Pergi balik boleh jalan kaki. Saya selalu jalan kaki dulu tapi bila dah tingkatan lima dah tak sebab banyak kelas tambahan dan penat.
Datanglah ke rumah saya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails