REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

KEMSIS '09

29 July 2009

salam ukhuwah..
dah 5 minggu rasenye sy brade d uthm ni..
mcm2 program sy join..yg terbaru ni, Kem Kembara Mahasiswa 2009 yg dadakan d Dusun Eco-Resort Bentong Pahang..best sgt..
3 hari sblm progrm sy batuk2 n slsme..kwn2 sruh pgi pku tp sy xnk..tkot kne tahan dsyaki h1n1..hehe tkot..lps 2 hari baik, sy dserang gastrik yg amt truk..mle2 ingt nk thn tp serius sakit sgt..pkul 4.30 pagi rase perut mncucuk2..at last terpakse mntk tlg felo hantrkn pgi pku..nsib baik esknye baik n bleh pgi kem..
Mle2 sy ingt kem ni adlh kem jati diri, rupenye kem kpmpinan..huhu tertipu ke..x,sbb sy yg assume sndri..xpela, yg pntg kat sne suasana nyaman n cantik..mkn pn sdap..
nilah kem pertama yg sy sertai peserta perempuan nye sikit berbanding peserta lelaki n kt cni dhdngkan mknn yg bnyk sgt..smpai xlarat nk mkn..
modul2 kem ni byk bercorak kepimpinan..n plg pntg sy enjoy sgt wlaupun gram kne berendam dlm kolam..
mlm prtma aktvt Dinamik Kumpulan..kmi kne bentangkan nma kmpln, lagu kmpln, anikman kmpln, rukun kmplan n bndra kmpln..mmg truk mlm tu kne hentam btul2 ngn fasi..plg sportng kmpln kmi..kumpln Hassan Al-Banna..kmpln ktorg hormt fasi..Ikhwan yg esan spy jgn jwb ngn kurg sopn..klau kne mrh pn, snyum je n zkir byk2..2lah yg kmi praktikkn..
mlm ke-2, kmbara mahasiswa..ktorg kne msuk hutan, n wat sikit explorace..mse explorace ni lah ktorg kne brndam dlm kolam..hish2 ksejukan sgt..
disiang hari byk aktvt ldk,n ceramah..
Sy blik dgn pnuh ilmu yg dbekalkan oleh Pusat Islam n dpt rmai knalan yg baru..
:-)




senyumlah

17 July 2009

Salam ukhuwah,
Artikel ni mengingatkan saya kepada Progaram 'Manage A dan pengurusan masa' pada 12 Julai yang lalu. Progaram yang dikendalikan oleh Kelab Iqro' UTHM memperkenalkan konsep 2P iaitu 'Panjangkan Senyuman' dan 'Peluk ala-ala Semut'.


Senyuman Rasulullah Banyak Bantu Misi Dakwah


Yussamir Yusof
Editor: arisHa27


BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.
Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,
“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban) Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,
“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi) Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,
“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.” Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:
“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?” Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya. Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya. Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan). Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:
“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”. Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

minggu haluan siswa

04 July 2009

Assalamualaikum..
dah lame sgt rasenye tak wat posting kt sini..
hari ni 04 Julai 2009, cukuplah seminggu saya berada di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia..
dalam seminggu ni macam2 suka dan duka saya dapat rasa..


28 Jun 2009, hari pendafataran mahasiswa/i baru di IPTA.. Saya datang lambat mase daftar hari tu.. lebih kurang dalam pukul 9.30 pg.. Sebelum bertolak, Kak Zahida dah pesan keluar awal, ramai orang dah daftar.. Abg Firdaus plak bagithu tentang pemeriksaan H1N1..
Lps pemeriksaan H1N1, saya ke dewan peperiksaan F2 utk daftar, buat bayaran,buat kad matrik, dpt bju..mcm2 dpt..Saya ditempatkan di Fakulti Pendidikan Teknikal atau FPTek..selesai je pendaftaran saya terus ke Kolej Kediaman Melewar utk check in..


First Impression about Melewar..
I though it is a flat but actually it is a house..wah, I'm so excited when knew about it..but the happines was destroyed when I knew the member of the house are 10 persons.. Can you imagine how come a small house will fill up with 10 members.. Whatever it is, I should be thankful to Allah because He gave me the best housemate and roomate..

29 Jun 2009, Isnin..Sepatutnye ktorang cuti tau ari ni.. Hari ni Hari HOL Sultan Johor.. tapi ade LDK plak.. tp xpela, LDK ni best.. Saya buat trademark sendiri, dapat belajar wat watermelon, kenal ramai orang, macam2 lagi lah.. yang penting sepanjang hari tu mmg best..



30 Jun, 01, 02 Julai 2009.. Hari-hari ni penuh dengan taklimat dan pendaftaran matapelajaran.. Saya daftar 7 subjek termasuk koku.. Semuanya 17 kredit.. Ade taklimat ngan NC dan TNC, ngan dekan n macam2 lg.. Semua ilmu yg saya dapat sangat berguna untuk digunakan sepanjang perjalanan saya kat UTHM ni..


03 Julai 2009, Jumaat.. Hari terakhir Minggu Haluan Siswa UTHM.. Hari ni ade sukan dan Persembahan Kebudayaan.. Saya masuk kebudayaan.. Dapat tempat ke 2.. Best sangat sebab sebelum ni Melewar tak pernah menang.. Enjoy habis.. MHS best sgt.. =p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails