REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Seindah pengalaman..

25 November 2009

Salam ukhuwah wahai sahabat...
"Maka (wahai Muhammad), hendaklah engkau memberi peringatan tetapi barang diingat bahawa tugasmu hanyalah memberi peringatan. Bukanlah kamu (wahai Muhammad) seorang pemaksa. Tetapi sesiapa yang berpaling (tiada menurut perintah itu) dan ingkar, maka Allah akan menyiksanya dengan siksa yang lebih besar."
(Al-Ghaasyiyah, 21-24)
Gembira, teruja, gementar, segala perasaan saya bercambur baur.. alangkah seronoknya sahabat, begitu banyak butir2 mutiara saya kutip dari bumi USIM ini..
Secara puratanya saya dapat katakan Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 09 ini telah memberi berjuta-juta ilmu yang amat berguna kepada saya..
..
xjemu menunggu pak cik bas buka pintu untuk teruskan perjalanan ke USIM.
Malam pertama saya di bumi USIM ini, saya mulai terpegun dengan keindahan landskap, reka bentuk bangunanya dan nyaman sungguh dewan kuliahnya.. Taklimat dari pengarah program, Saudara Daing Fadzil begitu memberi harapan agar program ini dapat menjadi platform terbaik bagi semua pendakwah muda untuk berbincang dan berdiskusi mengenai gerakerja dakwah agar dapat menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan.. Beliau meminta semua peserta agar membetulkan niat mengapa mereka berada dalam majlis ini.. Beliau juga berharap program ini dapat mencari titik persefahaman untuk menyelesaikan masalah ummat..
..
gembira rasanya dapat menimba banyak ilmu2 yang bermanfaat.
Kediaman yang disediakan saya beri 3 star..sebabnya same je cam kolej kediaman kat Taman U cuma USIM best lagi..(bak kate Kak Dija) Makanannye plak sedikit membuatkan saya xberselera tapi bila dah lapar, semuanya saya telan cuma xabis je.. yang bestnye air mineral ngan air kotak nye saya wat koleksi sebab air mineral tu ade lambang USIM..hehe..Pengangkutan teratur..Best dapat rasa naik semua bas dari U yang berbeza..;p DK terlalu sejuk la..lg2 kalau malam, macam duduk dalam peti ais..yang lain2, kerap sangat wat announcement tp xpe jd peringatan untuk peserta cuma peserta terlalu bergantung ngan arahan yang akan diberikan..

Pengisian2 program ini amat menarik.. Mulanya Ucaptama dari Dr Mohd Farid bin Mohd Shahran.. ucaptama je dah membuatkan semangat saya berkobar.. Kata2nya memberangsangkan, beliau meletakkan harapan baru kepada generasi muda dalam dakwah dan katanya perubahan perlu bermula dari sekarang..
Wacana, forum, bengkel dan pengkongsian dakwah antara u telah menyuntik semangat saya untuk berada dalam jalan dakwah ini..segala ilmu yang ditimba dan dikutip dari para pendakwah yang berpengalaman dan pengkongsian ilmu dari sahbat2 di universiti2 seluruh Malaysia akan saya manfaatkan sepenuhnya..
..
taknak tinggalkan USIM rasanya..
Rasa sedih dan sayu apabila ingin tinggalkan USIM..Beban terpikul di bahu apabila kembalinya saya ke Johor..sebenarnya banyak lagi pengisian rohani saya kena mantapkan..Adakah ini satu permulaan??
"Ya Allah, kami mohon keampunanmu. Kami mohon keberkatanmu dan kerahmatanmu.. Ya Allah, ketika engkau memberikan rasa nikmat, takut dan gentar kepadamu, jangan kau palingkan perasaan tersebut. Kami ingin beramal ibadat kepadamu, ya Allah.. Kau berilah kekuatan kepada kami. Kau lindungilah kami ya Allah"
(doa daripada pembentangan kertas kerja Prof Dr Muhd Kamil)
..
the best moment..akhirnya dapat jumpe kak Tika tersayang..rindu sangat dekat kak tika..
Saya akan titipkan lagi pengalaman2 berharga dan info2 yang telah diberikan dan didapati daripada konvensyen ini dalam post akan datang dan jika berkesempatan...InsyaAllah..
Mohon diberi teguran atas mana2 kesilapan yang berlaku..


"Tidak ada tujuan lain daripada usaha dakwah aku kecuali untuk mengisahkan manusia sekadar yang aku upaya. "
(Hud: 88)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails