REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

1001 pengalaman

07 December 2009


 Selamat Datang ke Seminar Kebangsaan Dakwah Islamiah di IPT dan Komuniti
Seminar ini berlangsung selama 2 hari di Dewan Tunku Ibrahim Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang melibatkan 150 orang peserta terdiri daripada pegawai2 dari pelbagai sektor awam dan swasta serta para imam dan pelajar IPT itu sendiri.
Seminar ini membincangkan hal-hal berbangkit dikalangan masyarakat kita hari ini. Ramai panel dan pembentang yang berpengalaman dan bertauliah telah turut serta dalam perbincangan ilmiah ini.
Seramai 20 orang AJK Kecil dari kalangan pimpinan JTPI dan Kelab Iqra' telah membantu menjayakan seminar ini termasuklah saya.
Saya telah pulang ke kampus 2 hari sebelum program bermula untuk menyiapkan persediaan sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung. Di sini saya belajar menguruskan program yang grand. Rupa-rupanya rumit sangat. Kita kena fikirkan perkara yang sekecil2nya untuk menjadikan majlis sempurna. Lebih2 lagi Menteri Besar Johor yang akan merasmikan perasmian penutup majlis.
Penat? memang sangat2 penat tapi saya enjoy. Caranya jangan terlalu tension masa buat kerja. Relax sudah, janji kerja jalan.

Macam2 perkara berlaku sepanjang program. Gembira, sedih. Gembira dapat makan ramai2 di Pinang Sebatang. Rasa macam satu family. Lagi2 bila makanan kitorang semua di sponsor. Hari terakhir mengundang air mata salah seorang dari kami. Berita kematian ayahnya amat memilukan kami. Saya terkedu apabila diberitahu. Terus terbayangkan wajahnya. Bagaimana dia menghadapi semua ni. Dia bekerja keras menunaikan tanggungjawabnya, mesti rasa terkilan tak dapat tatap wajah ayah tercinta pada saat terakhir. Tabahlah kak. Redhakanlah pemergiannya. Kami sentiasa ada untuk akak.. Al-Fatihah..

 
pose terakhir dari kami.. (^^,)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails