REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Menjadi Pemimpin Yang "Menjadi"

23 January 2010

Menjadi Pemimpin Yang "Menjadi"

"Pemimpin yang baik,mampu menjadikan orang yang dipimpinnya sebagus atau lebih bagus dari ia"



Item pertama pemimpin ialah IMAN.

Imun maknanya kebal daripada maksiat serta kebal daripada sogokan dan pujukan.

Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik.

Amin pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah.

Item kedua ialah ilmu kepemimpinan.

Apabila kepemimpinan itu ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap, maka, jika tidak ada ilmu berkaitan kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin oleh mereka.

Item ketiga ialah ’kepimpinan diri’.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud ; “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin”.

Hal ini termasuklah dalam hal memimpin diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan menyalahkan orang lain demi keselamatan diri.

Item keempat ialah kemahiran komunikasi.

Kerenah orang-orang yang dipimpin mampu ditangani dengan kemahiran komunikasi yang ada. Seterusnya, setiap pemimpin perlu berusaha menjadikan dirinya mudah untuk didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol.

Pemimpin juga perlu ikhlas kerana walaupun ikhlas adalah perkara abstrak namun, ia boleh dirasai dengan mata hati. Tindakan juga merupakan suatu cara komunikasi yang efektif berbanding banyak berkata-kata.

Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Item-item lain bagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’ juga ialah apabila sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

Selain itu, mereka juga sentiasa membesarkan Allah dalam setiap hal, memastikan hati dan penampilan luaran sentiasa bersih, serta lebih banyak memberi dengan ikhlas berbanding memberi kerana ingin mendapat lebih banyak. Insha-Allah dengan item-item ini, walau apa-apa sahaja konflik yang melanda kelak, pasti akan mampu diselesaikan dengan lebih baik oleh mana-mana pemimpin Islam. Wallahu’alam.



sumber: iluvislam.com my fev page (^^,)

Dirikanlah Islam Dan Tadbirlah Dunia Dengan Islam

21 January 2010


SARI BERITA UTAMA : DIPIMPIN ATAU MEMIMPIN

Ramuan Memilih Pemimpin

Cara memilih pemimpin diantara kita supaya tidak salah memilih, tidak menyesal, tidak membawa malapetaka dan membawa kepada kemakmuran hidup dunia dan akhirat adalah:

A. Mereka yang menjadikan ALLAH, ROSUL dan Orang-orang beriman sebagai penolongnya.

B. Mereka yang mau menegakkan keadilan

Silap Memilih, Hancur Bersilih

Apabila kita salah memilih pemimpin, pimpinannya akan menjadi kucar-kacir dan kebajikan tak terbela.

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata:"Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul". Dan mereka berkata:"Ya Rabb Kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Rabb kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar". (QS. 33: 66 - 68)

"Walk The Talk"

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu,jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa yang di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (QS. 9:23)

Dan katakanlah:"Kebenaran itu datangnya dari Rabbmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir". Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. (QS. 18:29)

Patah Tumbuh Hilang Berganti

06 January 2010

Salam sayang sahabat..
Tahun 1431H dan 2010M baru sahaja berkunjung tiba. Tak terlewat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru. Pada 11 Disember 2009 umur saya baru menjengah 19 tahun. (baru?) 18 tahun saya hidup dengan didikan dan asuhan yang baik dari umi dan ayah. Bila kenang semula selama 18 tahun saya hidup, banyak sangat pengorabanan dan jasa umi dan ayah curah pada saya. Tapi, apa yang saya beri pada mereka terlalu kecil. Rasanya tak bernilai pun kalau bandingkan dengan usaha-usaha mereka menjadikan saya anak yang solehah.
Umi, ayah..Juwai sayang sangat umi dan ayah.
Macam tu juga nikmat yang Allah beri pada kita. 18 tahun saya pinjam mata, hidung, mulut, telinga, semua anggota badan, nikmat hidup, nikmat bahagia, macam-macam lagi Allah beri pada saya tapi apa yang saya balas dan bayar atas pinjaman tu?
Ya Allah, hambamu ini kerdil dan hina..Ampunkanlah aku..
Azam saya pada tahun baru, umur baru dan semester baru:
1) Berubah kepada perkara yang baik sahaja
2) Banyakkan ibadat sedaya yang mungkin
3) Belajar bersungguh-sungguh
4) Tak sakiti hati umi dan ayah
5 dan seterusnya rahsia. hehe



Srikandi yang baru


Saya tak mungkin dapat lupakan kenangan, pengalaman, pahit dan manis sepanjang satu semester berada dan bekerja dalam organisasi ini. Saya ingin fokus pada organisasi yang terlebih dahulu memerlukan saya. Saya cuba sedaya upaya untuk lakukan kedua-duanya tapi apakan daya. Pengalaman dan tenaga saya belum cukup untuk berjuang lebih agresif. Akhi Fairuz, Kak Wa, Kak Mazni, Kak Sya dan yang lain-lain, terima kasih atas segalanya. Doakan saya dapat lakukan yang terbaik dan diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan yang lebih mencabar dalam berjuang di jalan Allah.



Ju takkan lupakan kenangan kita bersama

Roomate Baru Sahabat Lama

Semester baru bermula. Alhamdulillah keputusan final sem 1 berada didalam keadaan selamat tapi perlu berjaga-jaga. Subjek semakin hebat, kebanyakannya subjek engineering. Wau wee kena skor dan study betul-betul ni. Antara faktor yang penting untuk mencipta kejayaan adalah sahabat. Semester kali ni saya memilih untuk duduk dengan Ili dan Aisyah, sahabat sekelas dan adik-adik diploma IT. Harap-harap saya lebih mudah study dekat rumah dengan bantuan Ili dan Aisyah. Boleh terus tanya diorang kalau ada yang tak faham. Adik-adik pula semoga dapat memberi keselesaan pada semua untuk belajar dan jalani kehidupan seharian dengan sempurna dan selesa. Sama-sama ingat-mengingati, sama-sama kejut solat, sama-sama belajar dan sama-sama berjaya. InsyaAllah (^_^)



Sahabatku Cintaku..
Nilai persahabatan tak dapat dikira dengan wang ringgit. Saya bersyukur sangat dapat sahabat-sahabat yang memahami, setia mendengar, berjuang untuk Islam dan sering membawa saya kepada kebaikan. 6 bulan berlalu dengan pantas. Ingat lagi tak sahabat, bagaimana kali pertama kita bersua? Siti Yuhanis, Nur Asyila, Siti Mariam, Syuhada, Nur Amira dan Azian. Kamu sahabat yang hebat. Saya sayang semua. Yu, pendengar yang setia. Syila penghibur yang hebat. Siti penyokong yang setia. Syu sensitif dengan suasana. Amira sering prihatin tentang sahabatnya. Azian teman yang baik. Jaga ikatan ini sebaik-baiknya ye. Semoga kita dapat bersama untuk selamanya. Selamat Berjuang wahai sahabat. Sama-sama kita cipta kejayaan.

Tok Besar

Al-Fatihah..
Wajah atok tak pernah kulihat, pangkuan nenek tak pernah dapat ku sentuh. Namun kasih sayang mereka selamanya mengalir dalam darah ayah. Atok, Juwai sering doakan atok. Nenek, umi selalu cakap nenek baik. Kalaulah nenek masih ade, pasti kami lebih bahagia.
Saya, ayah, umi dan mai ambil kesempatan mase cuti untuk ziarah kubur atok dan nenek, ziarah tok su dan wak ina. Dah lame sangat kitorang tak berkunjung ke Kota Tinggi. Sampai je Kota, kitorang nak juga pergi kubur atok walaupun hujan lebat. Jejak je rumah tok su, saya terus salam dan peluk tok su. Rindu dekat mereka walaupun kami tak rapat. Itulah, hubungan silaturrahim sesama muslim takkan putus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails