REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Langkah Tercipta

26 April 2010

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



♫ ♫ ♫♫ ♫ ♫♫ ♫ ♫♫ ♫ ♫♫ ♫ ♫

Langkah Tercipta
~UNIC~




Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.



Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.



Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.



Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.



Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie

InsyaAllah akan ada entri kesinambungan dari lagu ini..nantikannya selepas selesai semua exam..doakan kejayaan saya ye.. :)

Yang Tersayang

19 April 2010


Jam 3.15 pagi, panggilan telefon dari Abang Husin saya sangkakan hanya untuk bertanyakan sesuatu yang tidak penting. Lagu "Nur Syahadah" di telefon slide nokia saya kembali berdendang buat kali kedua. Seketika itu saya terima berita paling menyedihkan.

"Juwai, atok dah takde"
Innalillahi wainnalillahiroji'un.....

Ya Allah..kau tabahkanlah diriku hadapi semua ni..

Tika ini air mata masih mengalir sejak saya menekan butang mati di telefon. Saya tidak tahan menahan esak. Saya sayang sangat atok. Quran tafsir dicapai untuk saya hadiahkan Surah Yasin pada arwah tapi tak terdaya. Acah terbangun sebab saya menangis dengan kuat. Acah terkejut dengan berita tu, dia terus ambil wuduk dan baca Surah Yasin. Bacaan saya asyik tersekat-sekat sebab menangis.

"Juwai, betul ape yang Juwai mimpi"

Umi, ini takdir tapi kenapa Juwai tak boleh terima, umi pun tak boleh terima?
Bayangan atok masih diminda. Atok kan kuat. Atok, bangunlah...

Arwah Haji Sanip Bin Damiri

Seorang yang sangat tegas. Ketegasannya digambarkan melalui peribadi umi yang lembut dan sentiasa mentaati atok dan nenek. Umi selalu cerita, ketegasan dan kegarangan atok menyebabkan umi tak pandai membantah. Atok disegani ramai orang. Atok rajin bekerja sebab tu atok kuat. Kalau tak pergi menukang rumah, atok suka pergi kebun.

Saat terakhir bersama arwah

Ahad, 11 April 2010 yang lalu, saya termimpikan atok meninggal dunia. Dah 2 minggu sebelum tu saya tahu atok semakin tenat tapi kerana sibuk dengan program kolej, saya ketepikan hajat melawat atok. Mujurlah sahabat MT program memahami keadaan saya. Habis sahaja program pada hari Sabtu saya terus pulang ke rumah. Saya katakan pada umi, saya mimpikan atok, saya nak pulang segera. Walaupun tak dapat balik lama kerana ada kelas pada hari Rabu, saya sempat bermalam di rumah atok atas permintaanya.

Atok pergi klinik sebab pengsan semalamnya. Saya teman nenek sendirian di rumah, saya basuh pinggan dan tolong nenek sikit. Nenek minta buat air kopi tapi saya terbuat air teh. Nenek kata simpan air tu untuk atok. Bila atok balik, atok bawa 3 keping roti canai untuk kami bertiga. Atok makan roti canai telur. Atok suka sangat roti canai telur tapi atok makan tak habis pun sebab atok tak lalu makan. Rezeki Abang Husin datang nak ambil saya, dia yang habiskan roti canai dan nasi ayam. Saya bagi atok air teh tadi. Atok minum sampai habis. Atok kata saya buat air sedap. Dah 3 hari atok tak minum air manis. Alamak, habislah saya. Kenapa bagi atok minum air manis, atok kan sakit. Abang Husin balik tanpa bawa saya pulang. Atok minta Abang Husin tidur rumah atok juga tapi Abang Husin tak nak. Sebelum tidur, atok makan ubat dulu. Atok minta saya bacakan nama-nama ubat. Ubat atok banyak sangat. Takut saya tengok. Atok  dan nenek tidur, saya pula siapkan tugasan Asas Pedagogi sampai terlelap. Esoknya pagi-pagi saya pulang ke rumah. Sejak hari Isnin, 12 April 2010 saya tak pernah jumpa atok lagi. Atok kini pergi buat selamanya. T_T
Kadang-kadang atok selalu bergurau dengan saya tapi hari tu tak. Atok memang letih sangat. 70 ++ tahun atok bekerja. Sayang, saya tak sempat minta maaf dengan atok. Atok, maafkan Juwai.

Saya sayang sangat atok. Saya tak percaya kehilangan dia. Abang Husin tipu saya ke?

Ajal maut di tangan tuhan

Habis sahaja ujian pukul 5.30 petang tadi saya terbaca entri di blog seseorang tentang sahabatnya baru berusia 20 tahun telah menemui ajal. Selepas solat Maghrib dan Isyak berjemaah di surau, saya, Yuhanis, Asyila dan Kak Ina pergi ke kedai makan dan mereka bercerita tentang arwah Achik Spin.
Saya mengakhiri cerita mereka dengan menyatakan ajal kita semakin hampir. Usia 20 tahun pun kalau sudah ajal, pasti kita akan pergi. Tak sangka kenyataan itu memberi peringatan pada saya untuk terima pemergian atok.

Sahabat sekalian, doakan atok saya terlepas dari siksaan azab kubur ya. Doakan juga supaya saya tabah hadapi dugaan ni. Saya tak kuat. Bantu saya.

Atok, juwai sayang sangat dekat atok. Sayang sangat-sangat. T_T

Dia datang lagi

17 April 2010

Demam study week da seminggu berlalu. Esok tibalah masanya kita menempuhi medan jihad peperiksaan (untuk UTHM dan universiti-universiti yang seangkatan dengannya). Adakah kita akan syahid di medan itu? Segalanya bergantung pada persediaan dan usaha yang telah kita lakukan serta pergantungan kita pada Allah.




Diriku dikala ia kembali

Semester ini saya kalut sikit sebab banyak tugasan yang tertangguh. Ada tugasan yang terpaksa buat lebih kurang saja. Jangan tiru perbuatan ini ye. Semuanya gara-gara diri yang leka dibuai hal-hal sampingan sehingga sedikit mengabaikan pelajaran. Namun, inilah learning process. Saya sedang berusaha menguruskan masa dengan baik antara akademik, organisasi, dakwah dan keluarga.

Penyakit Pertama : Muzik

Seperti kebiasaan, andai ia kembali benda yang paling dicari adalah mp4 pemberian kakak. Saya mesti belajar dengannya. Teringat semasa berada di matrikulasi, waktu study week saya bukan sahaja menghafal formula matematik, fizik dan kimia tapi menghafal lirik lagu juga. Saat itu sahaja saya agak terkedepan mengetahui lagu-lagu baru. Saya suka layan X-FM dan IKIM.FM. Tapi semester kali ni, tak dapat dikenalpasti kemana perginya mp4 pink kesayangan saya tu. Terpaksalah saya mendengar lagu di laptop berulang kali.


Penyakit kedua : Makan

Bila study week barulah makan dekat kedai tu suatu aktiviti yang sangat membazir waktu. Masa ni pun bukannya ada selera sangat untuk makan nasi. Jadi stok makanan ringan saya banyak sangat. Kalau sakit perut terpaksalah tahan. Gastrik waktu exam, saya dah biasa hadapi.

makanan-makanan yang sepatutnya diboikot

Penyakit ketiga : Tidur


Tidur tak teratur. Kadang-kadang banyak sangat tidur terutamanya bila tension, kadang-kadang tak tidur langsung bila ketakutan final dah dekat.

Inilah kehidupan bila bergelar seorang pelajar. Penilaian terhadap pembelajaran amat penting untuk mengukur aras pengetahuan dan kemampuan kita. (mentang-mentanglah baru lepas baca buku pedagogi). Untuk dapat yang terbaik,

USAHA + DOA +TAWAKAL

Jangan lupa minta restu

Restu dari umi dan ayah lah. Minta mereka doakan kita dan maafkan segala salah dan silap kita. Dengan lecturer dan kawan-kawan pun kena tau.

Oleh itu, dikesempatan ini saya memohon maaf andai ada salah dan silap di mana-mana sepanjang perkenalan ini. Andai terkasar bahasa, teguran yang tak boleh diterima, tertengking tak semena-mena dan paling penting untuk sahabatku yang sering bersama saya ke hulu dan ke hilir juga pada teman serumah yang kadang kala terpaksa dibebani kerja saya yang banyak dan untuk rakan sekelas yang kadang-kadang saya moody tak semena-mena. Maafkan segalanya ya, halalkan makan atau minum yang terambil dan ilmu yang diberi. Doakan kejayaan bersama ye.


Ya Allah, ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa tapi hanya keranaMu, belajar ini bukan untuk diri bahkan untuk seluruh umat RasulMu, belajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zamanMu. Ajarkanlah apa-apa yang kami tidak ketahui tentang ilmuMu, ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentangMu, redhailah setiap langkah kami kerana kepadaMulah kami akan kembali

Jangan malas-malas belajar ya!


Semoga berjaya semuanya..
Selamat berjuang!

Duhai sahabat

14 April 2010


Tahukah kau betapa diriku sayangkanmu??
Tahukah kau betapa Allah ingin peliharamu??

Maafkan aku... Aku tak bisa jadi sahabat yang baik...
Aku mungkin berdakwah pada kuman diseberang laut
tapi aku mengabaikan gajah didepan mata..
tahukah kau kenapa??
Kerana diri ini tiada kekuatan ya sahabat..

Aku terlalu sayangkanmu, aku terlalu sayangkan ikatan ini..
tapi apakah makna ukhuwah jika aku terus mendiamkan diri???

Maafkan ku andai kau telah terluka..

Sahabat,
andai apa yang kau lakukan itu tidak bisa kau katakan ianya HALAL
namun kau juga katakan ianya tidak HARAM
maka apakah itu?

Apa yang bisa ku katakan lagi wahai sahabat
andai apa yang kau lakukan itu semuanya benar bagimu,
apa yang kau lakukan semuanya beralasan bagimu..
Siapa yang tentukan halal dan haram?
jangan mudah menghukum sahabat!

kau mengadu dirimu sering difitnah dan dihina..
tapi adakah kau sedar apa asalnya kau difitnah dan dihina?
kau wanita suci, wanita yang bermaruah tinggi,
muslimah yang pernah aku sanjung kerana peribadimu..
jangan sesekali kau sujudkan dirimu di tanah..kau berada di tingkat tertinggi sahabatku..

duhai sahabat,
aku tak punya kekuatan untuk menjadi sahabat yang baik untukmu..
tapi aku mahu terus menjadi sahabatmu..
aku telah menyakitimu..
andai diri ini telah dibenci, aku redha..
itu yang terbaik yang telah aku lakukan..
maafkanku..

AKU CINTA KAMU KERANA ALLAH!!!

Simposium Mahasiswa 2010

Simposium Mahasiswa 2010
Pada 20 Mac 2010, 5 hari selepas saya pulang dari UTM, Skudai, kini saya menjelajah ke MMU Melaka untuk berdiskusi dengan mahasiswa-mahasiswi mengenai kepincangan yang berlaku didalam kampus.

Alhamdulillah. Walaupun kami tiba ke kampus MMU di Melaka lewat, kami masih sempat mendengar slot yang disampaikan oleh Cik Zafirah Binti Zainuddin dan Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor.

Dengan bertemakan “Transformasi Gagasan Kepimpinan Mahasiswa” panel menyingkap kisah kepimpinan Sultan Muhammad AlFateh yang berjaya menawan kota Konstatinopel.

Semasa diskusi bersama sahabat-sahabat dari universiti yang berbeza, saya dapati suasana menyebabkan kami berbeza. Jika di MMU, mahasiswa Islam adalah minoriti, cara pendekatan mereka berbeza. Saya tertarik dengan 2 orang sahabat MMU muslimin yang berambut panjang. Bila ditanya kisah disebalik seorang pengarah program berambut panjang, rupanya itulah methodnya untuk mendekati mad'u. Hebat, semoga dia dapat terus berjuang di jalan dakwahnya. UiTM, UniKL, UTEM & universiti-universiti lain juga pasti mempunyai pendekatan mereka sendiri.

Seronok dapat berdiskusi dengan para sahabat. InsyaAllah jika diberi kesempatan lagi, pasti saya tidak akan lepaskan peluang ini.







Kembara Seorang Da'ei

19 Mac 2010

Alhamdulillah,sudah 5 hari saya pulang dari Seminar Kebangsaan Pendakwah Muda di UTM Skudai. Banyak pengalaman yang saya ingin kongsikan.


Sebelum ke seminar
Saya difahamkan bahawa seminar tersebut memerlukan 10 orang peserta wanita dan 10 orang peserta lelaki. Sehingga malam sehari sebelum hari seminar, tiada penyertaan dari kaum adam. Seperti kebiasaan. huh. Saya pun sibuk mencari dan akhirnya tiada hasil. Peserta wanita pula 6 orang dari kalangan sahabat sekelas saya. Siapa suruh Ju cari, kalau Ju cari peserta, confirm semuanya dari kawan rapat Ju je. Kawan sekelas lagi. :)



Kami akan bertolak ke UTM pada jam 11 pagi, jadi sebelum tu sempat lagi kami ke perarakan Maulidur Rasul anjuran universiti. Malam tu pun sempat lagi mewarna sepanduk untuk Kolej Kediaman Melewar dan hasilnya kami menjadi Naib Juara bagi kategori kaligrafi. Tak sia-sia usaha Abang Fauzi.

Semasa seminar

Teruja walaupun universiti ini merupakan universiti yang paling kerap saya lawati. Yelah, kawan baik saya ramai di sini. Teruja bukan kerana dapat jumpa kawan sahaja tapi teruja dengan modul yang terdapat dalam seminar ini. Banyak universiti terkemuka yang terlibat antaranya USIM, KUIS, MARSAH, UTM KL, UiTM Johor, Politeknik JB dan Jabatan Agama Islam Johor sebagai peserta jemputan.

Banyak input yang saya dapat sepanjang program berlangsung.
Tajuk-tajuk pembentangan kertas kerja adalah seperti

Kewajipan Berdakwah dan Kepentingannya Dalam Pembentukan Generasi Rabbani yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Fariza Md Sham.

Teknik Berdakwah Yang Berkesan Faktor Kejayaan Pendakwah oleh Ustaz Roslan Bin Mohamed

Kewajipan Berdakwah dan Kepentingannya Dalam Pembentukan Generasi Rabbani oleh Dr Mohd Ismail Bin Mustari

Kemahiran Berdakwah Kepada Masyarakat Orang Asli disampaikan oleh Ketua Penyelaras Masyarakat Orang Asli Negeri Johor dan Melaka, Ustaz Chatazman Bin Abdullah.

Dakwah dan Tuntutan Membangunkan Ekonomi Islam disampaikan oleh President and Chief Executive of Johor Corporation, Tan Sri Dato' Muhammad Ali Bin Hashim.

Input-input yang saya sempat salin, saya kepilkan dalam nota, ada juga yang saya rekod dan ada yang tersimpan dalam memori.

Penginapan kami kali ini agak mencabar iaitu di Masjid UTM yang penuh dengan bom atom (cctv). Tidur, mandi dan segalanya di sini. Saya dah biasa dan pernah rasa penginapan yang lebih teruk dari ini tapi agaklah rimas sebab 24 hours wearing hijab. Yang teristimewanya, santapan kami dihidang dan ditaja oleh KFC Holdings. Best, makanan sedap-sedap belaka.


Input Berguna

Cabaran Dalaman Seorang Da'ie
Pemantapan aqidah, melaksanakan syariah, pemantapan ukhuwah, pembinaan saf dakwah, pengorbanan diri, masa dan harta dan pemantapan akhlak.

Cabaran Luaran Seorang Da'ie
Postmodernisme, Free Masonry, Feminisme, Sekularisme, Kapitalisme dll.

Seorang Da'ie Muda perlu ada kemahiran psikologi dalam dakwah kepada golongan remaja kerana remaja sangat idealis tetapi kadang kala tidak realistik. Dakwah dan psikologi amat berhubung-kait kerana sikap boleh dipengaruhi tetapi tidak boleh diubah.

REMEMBER!
pesanan ibunda Prof Madya Dr. Fariza Md Sham

:+: bina kemahiran komunikasi dan hubungan serasi
:+: jangan duduk dalam kelompok sendiri
:+: JANGAN MENGHUKUM ORANG
:+: hati perlu bijak
:+: hubungan serasi dengan mad'u
:+: lakukan perjuanganmu, jangan hanya tahu melaungkan
:+: gunakan media massa, facebook--isikan dengan input-input dakwah
:+: jangan customize
:+: setiap perbuatan bermula dengan niat
:+: materialistik untuk berdakwah
:+: musuh kita adalah orang Kristian
:+: musuh bukan sasaran Islam
:+: perbezaan pendapat adalah biasa
:+: berdakwah bukan hanya menyeru!
:+: Gunakan kemahiran memanipulasikan emosi remaja.

Wahai para Da'ie

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman" (51:55)

Orang menilai akhlakmu sebagai pendakwah. Kamu berilah kebaikan dan kebenaran dengan kasih sayang.

"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar......" (3:104)

Janganlah bercakap sebelum berfikir dan jangan bertindak sebelum merancang. Kita hanya mampu menyampaikan tetpi hidayah itu milik Allah.

Tuntutan Dakwah

1) Amanah Allah ke atas hambaNya
2) Masyarakat yang dilanda pelbagai penyakit rohani dan merebak kepada penyakit-penyakit lain.
3) Kejahilan yang semakin berleluasa
4) Pertarungan yang tiada kesudahan
5) Islam tersebar melalui manusia yang beriman dan yang melaksanakan tanggungjawab dakwah.
6) Menyelamatkan diri dari kemurkaan Allah.

INSAN MUSLIM MESTI MEMILIKI 4 PERKARA

KEMANTAPAN - ilmu tentang Islam
KEMATANGAN - rohani
PENGHAYATAN - akhlak Islam
KEFAHAMAN - harakah dan organisasi yang bertepatan dengan tuntutan amal Islami semasa



Aktiviti yang paling menarik adalah Kembara Seorang Da'ei . Pada mulanya, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama ke Perkampungan Orang Asli Sungai Selangi Kota Tinggi, kumpulan kedua ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan kumpulan terakhir tinggal di UTM. Masing-masing mempunyai aktiviti yang menarik.

Perkampungan Orang Asli Sungai Selangi

Setibanya kami di perkampungan ini, kami memberi sedikit motivasi "Seronoknya Belajar" kepada warga kampung. Seperti yang telah Ustazah Naemah beritahu, aktiviti seperti ini sangat kurang penyertaannya. Mereka tidak berminat dengan slot ini. Mujurlah ada adik-adik dari KUIS memeriahkan slot ini. Wakil dari Pusat Kesihatan UTM pula mengambil alih slot seterusnya. Kemudian kami dibahagikan tugas untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti tersebut ialah seperti "Amali Berwudhu'" untuk warga dewasa, "Demonstrasi Memberus Gigi Yang Betul" dan Pertandingan Mewarna dan Puzzle.
Selepas Solat Zohor, aktiviti sukaneka diadakan. Terdapat banyak permainan dipertandingkan. Aktiviti ini ramai pula pesertanya. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Objektif kami berjaya dicapai. Mereka sangat gembira.





Saya belajar sesuatu tentang orang asli..

Pemalu
Warga Perkampungan Orang Asli Kampung Selangi ini mempunyai sifat pemalu yang amat. Anak gadis mereka hanya tertunduk jika terdapat kehadiran orang asing. Apabila ditanya soalan hanya sebaris gigi yang terpamer. Anak teruna mereka pun begitu. Baguskan.

Anjing
"Jika nak hapuskan anjing, kita kena berkomprantasi dengan mereka" kata Ustaz Chatazman.
Benda pertama yang saya lihat di rumah mereka ialah anjing dan kucing sama halal dan haramnya bagi mereka. Pekerjaan utama orang asli adalah mencari hasil hutan, sebab tu mereka menganggap anjinglah peneman dan penyelamat mereka. Jadi, jangan hairan kalau lihat mereka mengusap anjing.

Islam agama ikutan
Di perkampungan ini hampir 90% penduduknya adalah Islam. Sebab mereka memuluk Islam pastinya hidayah dari Allah tapi ada juga kerana ikutan. Jika Tok Batin mereka Islam, maka mereka akan menunjukkan taat setia kepadanya dengan memeluk Islam. Maka, tidak hairanlah jika mereka memeluk agama Islam sebanyak 3 kali.

Sekolah
Terdapat sebuah Tadika KEMAS di dalam perkampungan ini dengan kehadiran 2 orang guru tetapi muridnya cuma 3 orang. Tidak ramai dikalangan mereka yang ingin ke sekolah. Pada pengamatan saya, mereka berasa tersisih jika berada di sekolah. Mereka lain daripada kawan-kawan yang lain. Mereka mempunyai keistimewaan tersendiri. Kasihan tengok mereka yang tidak bersekolah.

Input istimewa

Kenapa Orang Asli?
1) Gerakan Kristian yang aktif melampaui dakwah kita.
2) Pengaruh budaya luar yang hebat.
3) Penghijrahan Belia Orang Asli ke Bandar.

Kenapa kami (orang asli) perlu peluk Islam?
1) Islam adalah agama rasmi Malaysia.
2) Pemimpin negara adalah orang Islam.
3) Terdapat banyak jabatan yang membantu orang Islam.
4) Kebanyakan jiran adalah orang Islam.
5) Ialam adalah agama yang benar.

Tuntutan Dakwah Adalah Kesiapsiagaan Jiwa dan Raga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails