REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Tak cukup tinggi dan tak cukup kain

25 October 2010

Menara 100 Tingkat dan Festival Fesyen Islam

Apakah perbezaan di antara menegur kerajaan dan menyokong pembangkang?

Mahasiswa dalam negara dan luar negara selaku nadi negara mesti bijak dalam membezakan dua perkara yang dinyatakan di dalam tajuk di atas.

Menegur pemerintah tidak sama maksudnya dengan bersetuju ataupun bersama-sama pembangkang.

Kita anak muda adalah agen perubahan dan ada pengaruh dengan magnitud yang luar biasa.

Justeru, sebarang keputusan yang diambil kerajaan mesti kita fikirkan dengan matang dan penuh hikmah.

Jika keputusan yang baik diambil oleh kerajaan, kita wajar memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, namun jika dirasakan ada cacat cela yang signifikan, luahkan buah fikiran anda, nyatakan pandangan anda dengan yakin dan penuh tanggungjawab.

Ingat, memberikan pandangan sebegini tidak semestinya anda bersama-sama barisan pembangkang!

Ini kerana pembangkang juga terbuka kepada kesalahan yang sama samada pada masa kini semasa menjadi pembangkang mahupun setelah memegang tampuk pemerintahan negara nanti. Namun apa yang penting di sini, di manakah NILAI pendirian anda?

Bangunan 100 tingkat


Bayangkan jika anda mempunyai wang sebanyak RM 5 bilion, ke mana anda mahu membelanjakan wang ini untuk pembangunan negara?

i) Menaik taraf sistem pengangkutan awam (LRT, KTM) di KL setaraf dengan TFL

ii) Membangunkan Pulau Langkawi sebagai Pulau Ikon sedunia

iii) Membina bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat

iv) Menghantar tambahan 5000 pelajar perubatan ke UK atau 50,000 pelajar perubatan ke Mesir

v) Membina lebih banyak sekolah berasrama penuh?

Perbincangan inilah yang membentuk asas kepada belanjawan negara, sebagaimana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri negara baru-baru ini. Dan cadangan ketiga telah diumumkan oleh Perdana Menteri negara. Apa pendapat kita selaku mahasiswa?

Antara hujah-hujah sokongan adalah;

i) Tanah ada value yang tinggi, jadi alang-alang nak bina bangunan, kena bina tinggi

ii) Jana ekonomi negara - tarik pelabur luar

iii) Peluang pekerjaan melalui pengagihan projek-projek

iv) Kita perlukan ikon negara maju

Manakala hujah-hujah balas pula adalah;

i) Subsidi akan dimansuhkan. Rakyat semakin sengkek

ii) Berapa banyak gedung perniagaan di KLCC dimiliki bumiputera dan rakyat Malaysia pada hari ini?

iii) Rakyat memerlukan bonus dalam zaman kesempitan ini

iv) Kos awal RM 5bilion, pasti akan naik punya, macam projek istana negara; atas 'sebab-sebab' tertentu.


Apa juga hujahnya, golongan yang berusia awal 20-an harus sedar, di mana NILAI pandangan anda? Adakan sekadar disimpan rapi di dalam peti, atau terkunci di dalam peti suara?

Bahaskan dengan bijaksana. Ingatlah wahai mahasiswa sekalian, pandangan anda bernilai, dan hanya BERNILAI (VALUABLE) apabila anda suarakan.

Dan ingat, menyuarakan padangan tidak semestinya anda menyokong pembangkang!

'Isu Rosmah' Pula Meyusul


Beberapa hari selepas pembentangan bajet negara, seantero negara gempar dengan aksi-aksi 'panas' semasa Islamic (Islamic?) Fashion Festival (IFF).

Pelbagai NGO bangkit membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu. Rupanya ada pakaian yang membuka aurat dan terpampang nama 'Muhammad' secara terbalik di dada si peragawati. Beberapa persoalan di sini;

i) Penggunaan nama 'Muhammad' ini sememangnya satu penghinaan, jika ia benar.

ii) Namun begitu, kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar, penganjuran program seumpama ini juga sudah merupakan satu penghinaan besar.

Walaupun namanya fesyen Islam, namun pemakaiannya langsung tidak Islamik! Ibaratnya kalau kita mahu menjual kereta Proton, namun kita iklankan di akhbar yang kita mahu menjual kereta Jaguar. Adakah tindakan kita itu adil?

Dalam hal ini, tanpa mengira siapa sekali pun yang bersalah, mahasiswa wajar mengambil tahu akan apa yang berlaku, dan suarakan teguran anda.

Bagi yang beragama Islam, apabila cara hidup anda dihina, anda wajib bangkit mempertahankan dan menegur kesilapan yang ada. Dan bagi yang bukan Islam, apabila ada agama lain yang dihina, atas semangat 1Malaysia, kita mesti bersama-sama bersatu dalam membetulkan kesilapan yang telah dilakukan, demi kemaslahatan bersama.


Wahai mahasiswa, jangan ragu-ragu menyatakan NILAI pendirian anda.

Zaman sekarang kita ada blog, media alternatif, akhbar tempatan dan medan sosial maya seperti Facebook. Nyatakan pendapat anda dengan penuh hikmah dan beradab dan penuh ikhlas.

Dan menyatakan pendirian anda tidak semestinya anda menyokong pembangkang. Anda sebenarnya menyokong jati diri anda!

diperolehi dari iluvislam.com

Inilah apa yang berlaku diakhir zaman. Manusia berebut-rebut ingin mendirikan pencakar langit. Yang haram pula dihalalkan. Perkara yang batil berselindung dibalik nama yang baik. Wahai Malaysia yang ku cinta..

Jawapan kepada si pemburu cinta..


Alhamdulillah, berkat usaha dan kerahan tenaga semua ahli jawatankuasa program maka berhasillah satu program yang merungkai persoalan tentang cinta dari perspektif Islam. Program yang berlangsung pada tarikh keramat 16 Oktober 2010 itu telah dimulai dengan Pelancaran Program 3J yang dirasmikan oleh penyelaras Program 3J, Saudara Mohd Hadi Bin Abd Rahman. Program ini disertai pelajar UTHM sendiri dan institusi pendidikan berdekatan.

Seperti yang telah diwar-warkan, ketiga-tiga panel dapat hadir dan menyampaikan segala ilmu tentang cinta. Ilmu cara bercinta ini tiada diajarkan dalam dewan kuliah malah dimana-mana institusi pendidikan, cinta adalah suatu yang subjektif. Menurut Dr Arieff, didalam buku Panduan Bercinta dan Memendam Rindu lengkap bicaranya tentang cinta. Antara yang disampaikan Dr Arieff jika kita mencintai sesuatu pasti kita sering ingin memendangnya, kita sering mengingatinya, kita sering menyebut namanya. Maka bagaimana pula cinta kita pada Yang Esa?

Setiap butir perkataan yang keluar dari bibir Saudara Suhaimi Saad pasti diambil perhatian oleh adik-adik pelajar Sekolah Tun Ismail. Saudara Suhaimi Saad banyak menceritakan tentang pengalamannya bercinta. Beliau tegas menyatakan tidak wajar wujudnya cinta sebelum kahwin. Satu-satunya srikandi yang berbicara tentang cinta di atas pentas Garden Talk ialah Ustazah Nazirah. Ustazah banyak memberi nasihat kepada srikandi muda supaya tidak terjebak dalam kancah kemaksiatan virus cinta.

Program tidak diakhiri dengan forum semata-mata, peserta dihidangkan dengan slot Semanis Cinta kendalian Saudara Mohd Fauzi Bin Ali. Pada slot ini terpancar kemesraan Saudara Suhaimi Saad melayan peminatnya dengan menjawab pelbagai soalan lucu yang diajukan. Saudara Suhaimi Saad telah mendendangkan 2 buah lagu diakhir program.

Saya selaku timbalan pengarah amat mengharapkan program ini dapat membantu mengurangkan penularan virus cinta maksiat. Tetapkanlah cinta kita hanya pada Illahi selamanya. Nafas lega tidak dapat lagi dihembuskan. Banyak lagi tugasan seorang dae'i yang masih belum selesai.

Perjuangan ini masih panjang dan berliku.....

Disebalik pohon Garden Talk: Love is Cinta

AJK induk memantau lokasi

2 lokasi menjadi pilihan

Mempromosikan ketiga-tiga program

Konvoi 3J ke Kolej-kolej Kediaman

Dengan harapan

Persediaan oleh muslimat

Set up tempat

Fresh moderator

Panel-panel yang hebat

Semanis Cinta

Persembahan istimewa
  
Sesi penyampaian cenderamata



"Indahnya bercinta..." Tutur bicara sang pecinta setia...
Tapi,salah seorang penyair Islam mengatakan.. "Permulaan cinta adalah nikmat, pertengahan percintaan adalah sengsara, akhir percintaan adalah maut"


Ermm... apakah itu?


Nah, ianya telah dirungkaikan...

Sekalung penghargaan buat semua ahli jawatankuasa yang terlibat.
Salam perjuangan!

Renungan buat diriku; Muslimah...

20 October 2010


Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. 


Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.


Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian;
ia cermin peribadi, juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...
Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;
kerana malu itu, sebahagian daripada iman...


peringatan eksklusif buat diriku..
saya srikandi, saya muslimah, saya anak, saya lah hamba...

Bual bicara tentang cinta!

13 October 2010


GARDEN TALK: "LOVE IS CINTA" merupakan sebuah forum santai yang akan membincangkan soal cinta menurut perspektif Islam. Forum ini menampilkan 3 orang panelis hebat iaitu Dr Arieff Salleh Bin Rosman yang merupakan Penolong Pengarah Fakulti Tamadun Islam di UTM, Mohd Suhaimi Bin Saad iaitu bekas anggota kumpulan nasyid In-Team dan Ustazah Nazirah Binti Abd Rahim merupakan pensyarah Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Kolej Polytech Batu Pahat.
Forum yang akan berlangsung selama 2 jam ini dimulakan dengan Majlis Pelancaran Program 3J. Forum ini dijangkakan akan menerima 500 orang penonton. Masuk adalah percuma, tiada bayaran yuran atau perlu mendaftar. Datang dan anda akan menerima cenderahati daripada kami.
Ingin bertanya sebarang persoalan atau masalah kepada panel? Emailkan persoalan anda ke infinitsyifa@gmail.com.
Segala maklumat pengirim adalah dirahsiakan.




Draf tentatif program : (bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang)
Pelancaran Program Kempen 3J



Sesi Garden Talk: Love is Cinta


Panel 1 : Dr. Arieff Salleh Bin Rosman


- Penolong Pengarah Fakulti Tamadun Islam, UTM.


Panel 2 : Mohd Suhaimi Bin Saad


- Artis (Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team)


Panel 3 : Ustazah Nazirah Binti Abd Rahim


- Pensyarah Pendidikan Islam & Bahasa Arab Kolej Polytech Batu Pahat.


Semanis Cinta bersama Suhaimi Saad


Persembahan oleh Suhaimi Saad

Jangan lepaskan peluang.
Bas akan disediakan seperti biasa.

Ada air mata di pipimu..

06 October 2010

Hujan renyai-renyai membasahi jalan raya utama Batu Pahat-Kluang. Saya buka semula mesej yang sampai tadi..
" Sy otw.kt summit ni."


Kakak bawa dengan cermat dari Batu Pahat Mall ke Kolej Melewar. Dari tadi saya perasan kakak banyak mengelamun. Shoppingnya tak se'excited' orang yang ingin membeli belah. Si kecil tidur nyenyak, di kedua tangannya ada coklatku. Peristiwa raya kedua menerjah kotak fikiran. "Ish, tak patut.." getus hati ini.

Pagi itu, si kecil tiada lagi, dibawa oleh lelaki yg pentingkan diri. Sedih, risau, gundah gulana hati ini. Si kecil yang ku sayang. Saya terlalu rindukannya. Butiran mutiara menitis di pipi. Apa dosanya di lakukan sebegitu.
Ya Rabb, beri kami kekuatan. Sesungguhnya kami teraniaya.

Doa sentiasa dipanjatkan. Sahabat-sahabat dikumpulkan. Solat Hajat bersama, membaca yasin dan berdoa bersama. Abang Husin pula mengumpulkan 30 orang Huffaz bersama mendirikan Solat Hajat. Moga Allah memperkenankan doa kami.

Telefon umi sentiasa berdering. Panggilan dari saya semestinya 3 hingga 4 kali sehari, anak-anak yang lain juga. Perkembangan semasa sentiasa diikuti.


Fikiran masing-masing bergelumang dengan masalah.

Saya fikirkan perjalanan dakwah ini. Ia jadi tersekat-sekat gara-gara masalah yang sering dirunsingkan. Da'ei ini lemah longlai tak terdaya. Da'ei ini tidak sepantas dan secekap biasa. Da'ei ini semakin perlahan langkahnya.

"Y, nenek koma. Call abg hasan to see nenek at bp"
Innalillahhi wainna ilaihi rojiuun..

"Ya Allah, aku tak terdaya menghadapi ujianmu. Kuatkanlah diriku. Teguhkanlah imanku."
Saya terbaring di atas lantai. Air mata lagi.
Pulang dari kelas, Kancil milik sahabat meluncur ke Hospital Batu Pahat. Sedih dan hiba melihat keadaan nenek. Air mata lagi. Apa pun nenek nampak sihat sedikit. Syukur.

Ujian demi ujian Allah beri. Tarbiyah untuk diri ini yang tidak pernah mengalami masalah keluarga semasa bergerak kerja. Tawar dan masin rasanya.

Saya impikan masalah yang ada disegerakan penyelesaiannya. Fokus belajar mulai hilang. Tiada apa yang difahami walau seribu kali ulang perkara yang sama.

Esok test Elektrik.
Saya buntu. 8 soalan, hanya 3 yang dapat dijawab. Maka markahnya mungkin tidak lebih 37.5%. Pasrah. Saya sendiri menjadikannya sebegitu. Pulang dalam keadaan dibasahi hujan ke Masjid. Air mata lagi selebat hujan yang turun.

Sahabatku sambut sahabatmu ini. Saya dah tak mampu berdiri.


Stress lagi. Serik. Esok test Matematik.
6 jam study berseorangan tanpa henti di Library. Fokus, tidak hiraukan sesiapa di sekeliling. Tanggungjawab gerakerja sentiasa bermain di kepala. Ahh, saya tahu itu tanggungjawabku tapi ini juga tanggungjawab yang paling penting buat saat ini.

Tidak pulang ke rumah. Ingin bersama sahabat. Dari library terus ke Masjid. Tidur bersama, makan bersama, study bersama dan qiamullail bersama. Terasa indahnya ukhuwah ini. Jangan ukhuwah ini menjadi ujian buat masa ini.

Test, alhamdulillah senang tapi kenapa saya bermurah hati tak kena pada tempatnya. Membantu sahabat mengisi jawapannya yang kosong. Akhirnya kertas lewat dihantar dan lecturer tak mahu terima.
Air mata lagi di bilik pensyarah. Sentiasa berdoa agar hatinya dilembutkan agar dia menanda kertas saya.

Air mata, air mata, air mata. Adakah ianya berbaloi? Saya perlu bersemangat, bukannya lembek dan longlai.

Kenapa jadi begini? Ada yang tidak memahami. Dimarahi saat saya benar-benar down. Diasaki disaat saya benar-benar ingin lari.

Kenapa Allah uji? kerana dosaku terlalu banyak. Keampunan yang ku pinta belum dapat memadamkannya.
kerana saya sebenarnya mampu menghadapinya. kerana Allah mahu saya tahu tahap kesabaran saya. kerana Allah menyayangi saya.

Hanya Allah yang memahami.
Sujudku hanya buatMu.
Hidupku diserah padaMu.
Cintaku hanya untukMu.


Semoga tarbiyah kali kedua ini banyak hikmahnya. Semoga saya hadapinya dengan tabah.

BANGKITLAH WAHAI MUJAHIDAH AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR!!
Dunia sedang menantimu wahai Srikandi.
Perjalanan dakwahmu belum selesai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails