REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Kepimpinan Mahasiswa

16 February 2011


Kepimpinan mahasiswa boleh diertikan sebagai kepimpinan yang diasaskan oleh rasa tanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan umum. Samada sifatnya adalah sukarela ataupun ianya terpaksa, namun hakikatnya tuntutan tanggungjawab seolah-olah memaksa sesiapa sahaja yang dipundakkan amanah untuk melaksanakannya.
Generasi pelapis
Oleh itu, kepimpinan mahasiswa merupakan generasi pelapis yang  perlu sentiasa didekati, terutamanya oleh para pemimpin negara agar kesinambungan kepimpinan positif dapat diterapkan. Walaupun layanan terhadap kepimpinanan mahasiswa penuh tekanan dan paksaan, namun ia tetap diperjuangkan oleh segelintir mereka yang sedar.
Dalam kepimpinan mahasiswa, kita bukan hanya sekadar menerima keistimewaan atas posisi jawatan yang disandang. Tetapi tidak membezakan antara keistimewaan yang benar-benar berhak dimilikinya ataupun tidak dengan mereka yang lebih memerlukannya.
Keikhlasan
Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Anfal, ayat 27)
Justeru, keikhlasan merupakan kunci terbesar dalam menjalankan taklifan kepimpinan. Dalam kepimpinan mahasiswa, golongan ini merupakan mereka yang mampu membahagikan kepentingan diri dengan orang ramai.
Maka keikhlasan itu adalah ubat dan penawar kepada keletihan, kerana keyakinan bahawa setiap pekerjaan yang dilaksankan akan diganjar pahala oleh Allah s.w.t.
Ramai sekali pemimpin yang dilahirkan kerana jawatan. Dengan mudahnya, seseorang pemimpin itu dianggap sebagai pemimpin kerana jawatan yang diberikan. Barangkali ada yang sedar bahawa tidak kurang juga pemimpin yang dihasilkan dengan kuasa pengaruh. Walau tidak berjawatan namun akan dirujuki sebagai pemimpin dalam menyelesaikan apa jua permasalahan.
Sikap Tenang
Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah, Tanziman ada pula menggariskan panduan kepimpinan dalam erti kata tenang dalam bertindak sebagaimana berikut :
“ Sesiapa yang terburu-buru (isti’jal qabla awanihi), maka dia akan mengalami kerugian (u’qiba bihirmanihi)”
Paling baik bagi seorang pemimpin adalah bertenang dalam setiap tindakan dan keputusan. Pastikan diri mampu dikawal agar tidak mengambil pendekatan agresif yang hanya merugikan kebolehan diri dan mencacatkan bakat kepimpinan. Tindakan terburu-buru juga akan menampakkan kebodohan pemimpin disamping akan merugikan sokongan pengaruh. Oleh itu, bertindaklah secara rasional dan tenang.
Keperibadian Baik
Seorang pemimpin yang baik akan berusaha membawa imej yang baik walau di mana sahaja. Imej tersebut tidak seharusnya ditampilkan semata-mata ketika menghadapi khalayak tetapi seharusnya menjadi pancaran akhlak diri yang luhur dan ikhlas.
Bermakna walaupun pemimpin itu tersembunyi daripada liputan insan lain, watak keperibadian diri pemimpin itu tetap teguh bersama ketakwaan diri kepada Allah yang Maha Mengetahui apa yang hamba-Nya lakukan dan fikirkan.
Kesimpulan

Hidup ini bagaikan roda yang berputar, ada kalanya kita di atas, dan adakalanya kita di bawah. Ada masanya kita dipimpin, ada masanya kita memimpin. Apabila menjadi pemimpin, perlu ada kesedaran untuk mengingati saat ketika kita di bawah.

Apa jua tanggungjawab kepimpinan kita, kepimpinan diri adalah aspek penting yang mendasari kepimpinan organisasi. Justeru, pembentukan akhlak mulia serta penerapan nilai peribadi yang utuh perlu menjadi fokus dalam usaha mengasahkepimpinan untuk diri dan insan lain.


Apa itu Valentine's Day?

12 February 2011


Budaya menyambut Hari Kekasih kini semakin popular di kalangan anak-anak muda. Bahkan turut menjadi tradisi bagi golongan dewasa. Apabila menjelangnya bulan Februari, didapati iklan-iklan tentang sambutan Valentine's Day ini boleh didapati di mana-mana sahaja, yang sekaligus menyemarakkan jiwa remaja untuk menyambutnya.
Benarlah sebagaimana ucapan Saidina Umar al-Khattab yang menyatakan:

“Kita adalah suatu bangsa dan golongan yang telah dimuliakan Allah apabila kita berpegang dengan ajaran Islam, akan tetapi sekiranya kita mencari kemuliaan dengan selain daripada Islam, sudah tentu Allah akan menimpakan kepada kita kehinaan!”.

Sambutan Hari Kekasih atau dikenali sebagai Valentine’s Day adalah antara pencemaran agama dan budaya dalam masyarakat Islam sekarang. Sambutan Valentine’s Day ini kononnya adalah untuk menyemarakkan hubungan kasih sayang sesama manusia, lalu masyarakat Melayu tidak terkecuali begitu bersungguh-sungguh membuat persediaan untuk menyambut Hari Kekasih ini yang jatuh pada tanggal 14 Februari pada setiap tahun.

Ensiklopedia Katolik menyebutkan tiga versi tentang Valentine, tetapi versi terkenal adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3 M di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada 14 Februari 270 M Claudius II menghukum mati St.Valentine yang telah menentang beberapa perintahnya. Claudius II melihat St.Valentine mengajak manusia kepada agama Nasrani lalu dia memerintahkan untuk menangkapnya.
Dalam versi kedua , Claudius II memandang lelaki bujang lebih tabah dalam berperang daripada mereka yang telah berkahwin yang sejak awal menolak untuk pergi berperang. Maka dia mengeluarkan perintah yang melarang pernikahan. Tetapi St.Valentine menentang perintah ini dan terus mengadakan majlis pernikahan di gereja secara sembunyi-sembunyian, tetapi akhirnya diketahui lalu dia dipenjarakan. Dalam penjara dia berkenalan dengan anak perempuan seorang penjaga penjara yang diserang penyakit. Ia mengubatinya sehingga sembuh dan jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum mati, dia mengirim sebuah kad yang bertuliskan "Dari yang tulus cintanya, Valentine." Hal ini terjadi setelah anak tersebut memeluk agama Nashrani bersama-sama 46 kerabatnya.
Versi ketiga menyebutkan ketika agama Nasrani tersebar di Eropah, di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul setiap pertengahan bulan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkannya di dalam sebuah kotak, lalu setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya keluar akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun. Ia juga mengirimkan sebuah kad yang bertuliskan " dengan nama tuhan Ibu, saya kirimkan kepadamu kad ini."
Akibat sulitnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan mengganti kalimat "dengan nama tuhan Ibu" dengan kalimat " dengan nama Pendeta Valentine" sehingga dapat mengikat para pemuda tersebut dengan agama Nashdrani.
Versi lain mengatakan St.Valentine di-dtanya tentang Atharid, tuhan perdagangan, kefasihan, makar dan pencurian, dan Jupiter, tuhan orang Romawi yang terbesar. Maka dia menjawab tuhan-tuhan tersebut buatan manusia dan bahawasanya tuhan yang sesungguhnya adalah Isa Al Masih, oleh kerana itu dia dihukum mati.
Berdasarkan sejarah asal-usul sambutan Valentine's Day ini, mengapakah masih terdapat umat Islam yang masih menganggap bahawa Hari Valentine itu begitu istimewa? Mengapakah masih terdapat umat Islam yang hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli dan semberono sedangkan mereka mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu?! Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud:

'Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.'

Semoga Allah melindungi kaum muslimin dari segala fitnah (ujian hidup), yang tampak ataupun yang tersembunyi dan semoga meliputi kita semua dengan bimbingan-Nya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails