Urusetia bukan fasilitator
Sepanjang perjalanan ke destinasi kem saya asyik fikir masalah tiket. Teguran sis membuatkan saya rasa serba tak kena. Nak berbual dengan sahabat dekat sebelah pun tak ade mood. Sampai ke destinasi, saya bawa diri. Saya nak mendekati sahabat tapi sebenarnya perbuatan saya menjauhi diorang. Makan cepat-cepat, balik hostel, sidai baju, solat dan tidur.
Segala persiapan menyambut adik-adik dibuat pada malam sebelum hari pendaftaran. Kali ni hati bertambah sedih sebab nama saya tersenarai dalam urusetia tugas khas. Saya tak terpilih dalam 25 orang fasilitator. Rezeki saya di bahagian urusetia mungkin. Mungkin juga bakat dan pengalaman saya lebih pada pengurusan program. Redha sahaja lah tapi mulut mengomel juga. Saya bantu setiausaha taip nama peserta, penat juga. Alhamdulillah di kesempatan ni, saya dapat lebih mesra dan rapat dengan Ketua Komanden, Penolong Ketua Komanden dan urusetia-urusetia yang lain. Dapat berkongsi banyak pengalaman sambil berceloteh tentang gambaran hari esok.
Saya bersyukur dapat bersama semuanya muslimat. Boleh berjoget dan tak perlu jaga suara tapi aurat tetap kena jaga. Hehe. Banyak perkara baru yang saya belajar samada secara langsung atau tidak. Secara teorinya dapat belajar pengurusan, macam mana nak handle adik-adik, belajar psikologi dan banyak lagi. Secara tak langsung pula, saya belajar mandi di kolah besar (tak pernah sebelum ni), belajar tak manjadi hipokrit sebab kena sentiasa bersama adik-adik samada waktu kuliah atau waktu tidur dan menjadi kakak yang lebih menyayangi.
Pengembaraan ini
Hasrat saya untuk mengenali adik-adik lebih awal tak berkesampaian sebab saya ditugaskan menjaga pagar masuk sekolah. Bimbang waris tak dapat cari destinasi sebenar kem dijalankan. Sambil-sambil tu bergambar sakan lah kami.
"Assalamualaikum warahmatullahiwababarokatuh..Adik-adik, siapa dengar suara kakak angkat tangan..siapa dengar suara kakak angkat tangan, siapa dengar suara kakak angkat tangan..Alhamdulillah..Nama akak .....bla..bla..bla.."
Tamat sesi taaruf urusetia, saya dikhabarkan akan menjadi fasilitator. Alhamdulillah, tanpa banyak cakap saya terus setuju. Sis beri beberapa amanah kepada saya. Penampilan saya perlu diubah. Mad'u kali ni berbeza, jadi saya kena jadi contoh yang baik buat mereka. Saya sangka saya perlu berpenampilan seperti mereka untuk buat mereka berkongsi sesuatu dengan saya. Mungkin cara yang sis cadangkan lebih berkesan.
Saya mendapat 6 orang adik usrah dengan nama kumpulan Sumayyah. Di awal perkenalan, semuanya senyap belaka. Cuma seorang adik ni sahaja yang agak aktif, itu pun malu-malu juga. Dua orang adik dari sekolah agama, yang lain pulak dari sekolah biasa. Cabaran buat saya untuk bantu mereka agar menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Usrati
Adik D
Sejak awal pertemuan dia diam je. Mase tengah makan, saya cuba berbual dengan dia. Entah kenapa tiba-tiba dia menangis. Ok oo ape saya dah buat. Saya dan adik-adik usrah yang lain pujuk dia tapi dia nangis juga. Rupanya dia nak duduk dengan kawan dia. Kumpulan yang diberi memang dah tetap, tak boleh diubah. Jadi saya jelaskan pada dia kelebihan dia bersama kami. Susah sebenarnya nak pujuk dia. Nad lah kawan baik D sejak kecil. Diorang selalu bersama. Nad pun rupanya asyik nangis nak satu usrah dengan D. Disebabkan perkara kecil ni, diorang tak dapat fokus dalam kuliah dan tak makan. Cuma saya kagum dengan D bila saya beri tugasan dalam LDK, dia dapat buat dengan baik. D dan Nad sentiasa nangis. Saya dan akak usrah Nad pun dah tak tahu nak buat apa. Nasihat dah banyak beri, terpaksalah kami bawa dia pada Ketua Fasi dan Ketua Kom. Ketua Kom bijak, dia berbincang dengan cara yang paling lembut dengan diorang. Ketua Kom beri tugasan pada D dan Nad supaya dapat melengahkan masa tapi tak berhasil juga.
Mulanya Nad minta ibunya bawa biskut dan pakaian tambahan. Kata ibunya dia nampak ceria tapi kali kedua ibunya datang, Nad menangis nak pulang. Asbab utama adalah kejadian histeria pada malam pertama. Kejadian tu sebenarnya cabaran untuk adik-adik. Allah uji niat adik-adik datang ke kem. Tak dinafikan ramai adik-adik ketakutan dan nak pulang. Kejadian tu berlaku masa kuliah Maghrib. Semakin adik-adik kuat berzikir, semakin kuat teriakan syaitan. Panas kot. Saya pun menggeletar sebenarnya, pertama kali tengok histeria depan mata. Alhamdulillah dapat tenangkan diorang, Nad dan D pula kami dapat tahan diorang daripada balik dan diorang ditempatkan tidur bersama urusetia. Tak aci.
Hari kedua, Nad dan D angkat beg nak pulang. Saya dah penat pujuk, saya geram sangat dengan budak dua orang ni. Setiap kali mesyuarat fasi, nama saya mesti kena sebut sebab adik-adik. Nak balik, baliklah. Tapi kali ni berjaya ditahan juga. Akak usrah Nad beri nasihat, saya diam je. Akak ni pun dah penat. Akhirnya terpulang pada diorang untuk buat keputusan sendiri.
Saya jumpa D, bincang masalah dia tapi macam biasalah dia akan nangis dan menjawab sepatah dua sahaja. Geramnya saya. Akhirnya terpaksa guna reverse psyco. Saya minta dia simpati dengan saya, susah-susah datang dari selatan ke utara semata-mata nak bantu adik-adik. Nak lihat wajah mata-mata rantai perjuangan Islam. Kalau perkara senang ni pun saya tak dapat handle, maknanya saya gagal. Saya tak pastilah dapat beri kesan pada D atau tak.
Selepas maghrib ada mesyurat fasi, beberapa cadangan diberi untuk adik saya ni. Ada yang minta beri diorang sahaja tidur bersama tanpa melibatkan ahli usrah yang lain. Ada juga yang cadangkan ahli usrah Nad pindah ke dorm yang same dengan ahli usrah saya. Lagi susah sebab melibatkan ramai orang. Saya pula minta supaya kami bertegas, jangan asyik ikut cakap diorang. Pakse je. Ketua Fasi tak setuju cara saya, jadi kami bersepakat supaya Nad dan D gilir-gilir tidur di dorm Blok A dan Blok B setiap malam. Persetujuan dah diperoleh, Alhamdulillah adik-adik tak teruskan keras kepala diorang. D bagitahu saya yang diorang akan ikut tidur dengan ahli usrah masing-masing.
Adik Ati
Selesai masalah pertama, masalah kedua pula mentensionkan saya. Awal pagi hari kedua, adik Ati mengadu dia sakit kepala. Saya rasa mesti sebab mengantu sebab dahi dia tak panas. Dia pula asyik menangis. Saya ingat nak bagi dia tidur je tapi saya tak dapat selesaikan masalah tu sebab ada mesyuarat fasi. Saya serahkan pada urusetia. Ati tak nak masuk dewan, dia menangis je. Habis mesyuarat, Ketua Fasi kata dia mungkin mengada-ngada je. Saya pun buat spekulasi mungkin dia jeles dengan D. Saya asyik beri tumpuan pada D sepanjang program. Masing-masing baru tingkatan 1, perangai masih keanak-anakan walaupun dah remaja. Jadi bila dalam LDK, saya fokus pada D dan Ati. Saya benarkan je kalau Ati nak bersandar atau rehat. Memang dia nampak letih tapi semua aktiviti dalam LDK dia dapat buat dan gembira je.
Tak diduga, ingatkan D yang akan balik tapi rupanya Ati. Saya terkilan sangat sebab saya tak sempat jumpa dia sebelum dia balik. Rupanya waktu D angkat beg, Ati pun sama. Adik-adik usrah yang lain tak bagitahu saya pula. Diorang kata, masa kena tukar baju, Ati kemas beg dan lambai diorang kata nak balik. Masa tu tak de siapa yang perasan. Mujurlah ibu bapa Ati datang jumpa Ketua Kom. Kalau tak, mungkin kami ingat dia hilang. Saya pelik macam mana Ati boleh terlepas pulang sedangkan ibu bapa Nad dah 3 kali datang masih boleh tahan Nad dan D supaya tak balik. Saya jadi serba salah dan tak kena. Dimana silapnya saya sebagai seorang fasi dan kakak? Teruk dan bosan kah saya kendalikan LDK? Sekali lagi tension berhari-hari waluapun dah dapat jawapannya. Saya rasa saya dah tak kuat nak teruskan. Tak dapat tidur malam fikir tentang adik-adik. Kalau tidur pun dalam mimpi pasti tentang adik-adik. Nak tahu kenapa kami tak dapat tahan Ati? Komenlah dibawah.
Adik Anis
Satu-satunya adik yang mengaku dipaksa datang ke kem ni. Adik Anis yang nampak ceria dan bersemangat rupanya ada masalah keluarga. Itulah, don’t judge a book by its cover. Ayah Anis dah 6 tahun tinggalkan keluarga, ibunya pula sibuk bekerja. Anis rasakan ibu dia lebih sayangkan adik berbanding dirinya. Saya cuba jelaskan yang adik masih kecil, sebab tu ibu nampak macam lebihkan adik. Kalau ibu tak sayangkan Anis, ibu takkan hantar Anis ke sini. Mungkin kata-kata saya tak cukup power, Anis terus tak nak makan dan balik ke bilik bila sebut tentang keluarganya. Mungkin dai malu dengan kawan-kawan. Masa modul Utusan Bonda, Anis orang pertama yang nangis. Saya faham perasaan dia jadi saya beri lebih tumpuan pada dia. Anis nampak macam seorang yang cekal, mungkin dah lama dia tahan perasaan rindu pada ayahnya. Melalui surat yang dia tulis, saya tahu dia anak yang baik. Dia cuba sembunyikan perasaan dia kerana tiga huruf (EGO). Saya cuba beri kasih sayang saya pada adik-adik sepanjang program. Semoga Anis terus tabah hadapi hidup yang lebih mencabar.
Adik Weyn
Seorang yang matang dan bijak handle masalah. Weyn pelajar sekolah Maktab Mahmud, kuat pegangan agamanya dan mempunyai keluarga yang sempurna. Weyn sering bantu saya dan ahli usrah yang lain sebab dia beri fokus lebih dalam kuliah. Masa modul yang terakhir iaitu Modul Dengarlah Adikku, Weyn ceritakan masalahnya. Puas sepanjang program saya cuba korek masalah dia, akhirnya dia cerita juga. Weyn tiada masalah cinta atau keluarga tapi ada masalah perhubungan dengan kawan-kawan. Disebabkan dia pelajar baru, cantik dan ada kakak di sekolah, ramai yang bermasalah dengannya. Saya dapat fahami situasi dia dengan baik sebab saya pernah alami. Biasalah dik, tiada yang suka orang baru dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi kalau kita ada kelebihan tersendiri. Jadilah matang, jangan kerana perkara yang kecil menjadi nanah dalam hati kita ye. Mengadu pada Allah masalah kita.
Adik Iqa
Kecil molek tapi berjiwa besar. Iqa mempunyai sebab tersendiri datang ke kem ni. Dia adik yang aktif. Dalam usrah, dia sering gelak tawa. Iqa, Ima dan Anis tak boleh jumpa, ada je perkara yang ingin digaduhkan. Mesra lah katakan. Alhamdulillah, bagus adik-adikku. Dalam suratnya Iqa rasa kurangnya kasih sayang daripada ibu dan ayahnya. Mungkin dalam peringkat ini, adik-adik masih tak memahami bukti kasih sayang yang ibu dan ayah tunjukkan. InsyaAllah suatu hari nanti adik-adik pasti faham. Iqa bijak, dia juga sedang mencari Nur Islam. Dia banyak tanya persoalan tentang Islam. Bila Weyn cerita masalah tentang kawan, yang lain pun nak cerita juga. Iqa juga agak matang tapi kadang-kadang sensitif juga. Iqa suka berkawan dengan non-muslim. Dia pernah baca Bible. Katanya dalam Bible banyak kisah nabi yang tipu. Nasib baik awak tahu tentang kisah yang sebanar, kalau tak mungkin awak akan percaya apa yang dalam Bible tulis. Jangan berani-berani lagi ye. Kalau kawan awak minat dengan Islam, bawa dia jumpa Ustazah. Kaji dan khatamkan setiap makna dalam Al-quran terlebih dahulu. Mantapkan iman. Tak salah awak nak tahu tapi jangan terlebih sudah.
Adik Fat
Saya lihat Fat macam bermasalah tapi saya tak berjaya korek masalah dia. Dia happy go lucky. Kefahaman Islamnya kurang tapi dia sekolah agama. Pasti ada sebab-sebab tertentu yang menghalang dia untuk bercerita. Dia Cuma cerita sikit tentang masalah dengan kawan. Dalam setiap modul, dia dapat beri kerjasama yang baik. Solatnya juga hampir sempurna. Saya rasa dia sedang bercinta tapi dia tak mengaku. Huh, susah adik ni. Ape pun saya memang terkilan sebab tak dapat dekati dia dengan lebih rapat. Semoga ada yang membantu kamu.
*nama adik-adik bukan nama sebenar diterbalik-balikkan. Cerita untuk berkongsi serba sedikit masalah remaja.
Secara keseluruhan,
Ade adik-adik yang masih tak tahu doa qunut dan beberapa bacaan dalam solat. Saya janji untuk beri buku pandan solat pada mereka. Semoga hajat ini tertunai. Majoritinya faham bahana bercinta dan batas-batas pergaulan dengan yang berlainan jantina. Mereka masih mempersoalkan kasih-sayang ibu dan ayah.
Duhai adik-adikku,
Andai kasih sayang boleh dikira, mudah sahaja untuk diberi sama rata. Ingatlah ibu dan ayah sangat sayangkan kita. Bila adik-adik dah dewasa nanti pasti adik-adik dapat fahami nilai kasih sayang sebenar yang ibu dan ayah beri.Jangan tinggal solat ye. Jangan disebabkan karton dan sikap malas, Allah murka dengan kita.
Pelajaran yang utama, jangan jadikan cinta sebagai keagungan. Sahabat ketawa mudah dicari tapi sahabat yang seddih bersama susah ditemui.
Maafkan akak jika tak dapat beri kesempurnaan dalam program. Akak dah cuba yang terbaik untuk bantu adik-adik. Maaf kalau tak balas mesej dan sebagainya sebab sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar, da’ei, anak dan hamba. Keep in touch.
Bila dalam LDK
1. Tiada penyumbang idea, kerja tak jalan.
Cara saya : Minta bahagi tugas, kemudian setiap daripada mereka mesti beri satu idea.
Contohnya modul Identiti Diri. 3 orang kena buat logo dan 3 orang lagi buat war cry. Kemudian sebelum buat keputusan, minta pendapat semua ahli samada setuju atau tidak.
2. Orang yang sama je buat kerja.
Cara saya : Beri amanah pada mereka supaya mereka rasa lebih bertanggungjawab.
Contohnya modul Hamparan Hati. Setiap orang mesti cari satu gambar berkaitan tajuk dan satu point yang dapat menjelaskan gambar tersebut kemudian setiap orang mesti bentangkan dan bersuara masa perbentangan. Jadi masa ni adik-adik saya masing-masing sibuk mencari dan tukar-tukar idea dengan ahli usrah yang lain. Hasilnya, setiap orang dapat point yang ingin disampaikan dan tak ada sleeping partner. :)
3. Bosan.
Cara saya : Create satu game selepas selesai modul.
Contohnya modul Perbetulkan Solatku. Adik-adik yang dah expert cepat bosan. Saya minta dia bantu kawan betulkan solat, kawan yang lain pula kenalah ikut. Selesai modul dan mereka kelihatan bosan, saya buat game Satu Darab Katak. Lepas diorang ceria balik, saya ulang sikit point-point dalam modul.
Alhamdulillah, sambil berprogram, saya dapat memprogramkan diri. Umi suruh niat jihad. Ganjaran dunia tidak diharapkan yang pasti diakhirat. Lihatlah dunia melalui jendela akhirat. Bekalan rohani untuk diri saya sangat penting. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua.