REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI
Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

PJJ Kemanisan Berumah Tangga..

07 January 2016


Ramai kawan2 post ttg kesedihan perkahwinan jarak jauh..sy jg pernah hadapinye..9 bulan..tempoh yg singkat tp cukup rasa terseksa dlm bahagia..lebih bahagia bile kite mendapat ganjaran drpd sifat SABAR..

Utk sahabat yg berpjj, jgn gundah gulana..jdkn tempoh ini, merupakan saat yg plg bermanfaat & akan diingati sbg kenangan yg sgt manis..

1. Takruf Cinta
Hari ke 5 sy sudah ditinggalkan suami di tempat sy perlu bekerja..sudahlah xberapa kenal, xpernah bercinta, xkenal perangai..tp kn bile2 muhasabah semula, org da kahwin 2,3 tahun, bercinta 4,5 tahun pn masih belum mengenali pasangan..

Dalam tempoh ini lah kami saling berkenalan dan bercinta..wasap ayat2 manis, bergayut ditelefon berjam2..kalau duduk same2, buat ape nk telefon lame2 kan..perlahan2, semakin hari semakin rindu..dulu malu2, lame2 bile free je mesti telefon..

2. Ladang pahala
Pernah terasa diri ini isteri part time..huhu
Tak mampu utk solat jemaah bersama2..dpt berjemaah bile jumpa je..xdpt tahajud same2, puasa same2..xdpt sediakan makan, minum & pakaian utk suami..

Ketahuilah sebenarnya saling rindu-rinduan jg mendapat ganjaran pahala sbb rindu pd yg halal..tak dapat mengaji same2? Boleh je sebenarnye..lps maghrib sy akn telefon suami, sy pegang quran sy & mengaji sambil disemak oleh suami melalui telefon..haa, xsusah pn..teknologi smkn canggih..

Bile jarang jumpe jg, kuranglah dosa kite pd suami..

3. Sweet mcm gula2
Kami pernah salah faham..suami balik dlm keadaan hati terluka..lps hantar suami di stesen bas, baru sy tahu sy ade buat salah..patutlah suami lain mcm & sy xsempat minta maaf..
Maaf di wasap, maaf di corong telefon xsama dgn maaf yg dilafazkan dgn bertentangan mata..

Sy ambil keputusan utk pergi ke tempat kerja nya..suami pernah kate dia izinkan sy ke mana2 jika dia tak ada utk mudahkan urusan sy..jd jam 3 bergerak, sampai jam 5..nasib baik ofis tak tutup lg..masa tu sy kirimkan satu kotak yg penuh dgn kata2 maaf didalam botol berisi kapal, gambar2 nikah, conversation sblm kahwin dan cokelat..hihi..tp mase tu xbrani jg nak jumpa, jd tinggalkan pd guard & pulang..

Dalam perjalanan pulang, suami tanya dah ade dkt mana..sy bagitahu lokasi dan die letak..hampa..itu je die nak tanya..sepanjang perjalanan berlinangan air mata sama mcm keadaan diluar kereta..hujan lebat xhenti2..xdpt jumpa suami, xdpt maaf dr suami..lebih kurang sudah sejam lebih perjalanan, suami suruh berhenti tepi jalan..rupanya die kejar dgn motor dlm keadaa basah kuyup & kesejukan hulurkan cokelat yg sy suka..Allah.. 😭




Dapat mohon maaf, suami bawa makan & hantar pulang..

Xhabis disitu, suami jg balas adegan hindustan tu..keesokan harinya lps keje, suami pulang ke rumah..dihulurkan telefon..berkumandang lagu tema tunang kami sambil die pegang note yg ditulis kata2 manis...gaya ala2 style suami dena bahrin buat tu..hmm makin hari jd makin syg..

Nikmatilah setiap saat yg Allah kurniakan kpd kita..jadikan ia bermanfaat..

Terima kasih ya Allah atas segala nikmatMu..

Indahnya nikmat sabar, Allah akan bagi hadiah yg lebih besar..
Mari kita sama2 muhasabah..

Mitsaqan Ghalizah

19 April 2015

Assalamu'alaikum..

Mitsaqan Ghalizah adalah perjanjian teguh yang disebut Allah di dalam kalam sucinya hanya pada 3 tempat. 

Dalam surah An-Nisa' ayat 154 ketika Allah mengangkat bukit Tsur di atas kepala Bani Israel dan menyuruh mereka bersumpah setia dengan Allah Taala. 


Kedua, dalam surah Al-Ahzab ketika Allah Taala mengambil perjanjian teguh ke atas Nabi Muhammad SAW dan Rasul Ulul Azmi.

Ketiga pada surah An-Nisa' ayat 21 tentang hubungan pernikahan.

Alhamdulillah 2 bulan sudah menjadi zaujah. Banyak suka, ada juga sesekali diuji. Ia bukan duka tapi satu latih tubi dalam subjek rumah tangga.



2 bulan pertama ini saya belajar
1. Sabar
2. Sabar
3. Sabar
4. Jujur
5. Ikhlas

Sesungguhnya perkahwinan adalah medan untuk kita belajar dan bersabar..ada tarbiyyah di dalamnya yang berbeza-beza bagi setiap orang..rumah tangga Rasulullah juga banyak cabarannya..

terpahat kuat pesannya..
"bersabarlah dengan saya dan bersabar untuk bersabar dengan saya...." insyaAllah..


Perkahwinan ini indah..insyaAllah sulamannya iman dan taqwa..moga cinta kami hingga ke syurga..

ana uhibbuka fillah.

Konitmen Yang Belum Pasti

31 January 2015

Alhamdulillah, rajin hari ini. ^_^

Setelah dicium-cium surat cinta Kalamullah, buka pula kitab keramat yang dah 5 tahun beli tapi tak habis-habis baca.



Buat revision sikit.
Tajuk terpilih ialah pada page 20.

Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan..

Quote ke 2,
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup selama-lamanya sampai mati.....

Ya, ia tepat sekali.
Proses ini panjang dan letih menanti kerana penuhnya ujian disepanjang perjalanan ini.

Perhubungan ini cuba diawasi batas-batasnya.
Jarang sekali berhubung, bersua muka apatah lagi. OTP tak pernah walau sekali!

Syukur, mudah-mudahan ia tetap terpelihara hingga lafaz sakinah nanti!

Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, di pagi 31 Januari ini kita dapat...
eh eh, ini dialog pagi tadi..Emcee cilik tak berbakat..

Kalam cinta hari ini berkaitan NIKAH! Oh Nikah.. Kebetulan hari ini sudah masuk juzu' 5 terkandung Surah An-Nisa' iaitu Surah ke 4..



"......... maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah an Nisaa': 24)

Sebahagian kisah asbabun nuzul sebahagian ayat 24 iaitu ayat di atas ialah berkaitan maskahwin..

Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa orang Hadhrami telah membebani kaum lelaki mereka dengan mengenakan pembayaran mahar (maskahwin) yang tinggi supaya mereka tidak dapat membayar pada masa yang telah ditetapkan. Dengan cara ini penambahan kepada pembayaran tersebut dapat dilakukan.

Maka turunlah ayat ini (Surah an Nisaa': 4:24) sebagai penentuan kepada pembayaran maskahwin dengan mengikut keredhaan di antara kedua belah pihak. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ma'mar bin Sulaiman dari bapanya)

Maskahwin & Hantaran

Pada suatu ketika dulu ayah amat tegas dalam penetapan hantaran bagi saya. Tapi suatu ketika itu juga ayah tak kisah tentang berapa nilainya kerana nilai wangnya susut dek seorang lelaki soleh yang tidak ternilai harganya..

Syukur tak ku sangka. Cempedak menjadi nangka. hehe
InsyaAllah pasti yang sedikit itu lah besar barakahnya..

Dulu ayah yang menetapkan tapi kini Allah yang memberi. Bila kita ikhlas, syukur dan meletakkan sepenuh pengharapan pada Allah pasti Allah memberi apa yang kita mahu. Sayang Allah & sayang ayah.

PENCURI hati ini

09 October 2011

AKU & DIA cinta sejati..

Kali ni akak nak share tentang KEKASIH akak.. (akak tulis huruf besar tu sbb akak terlampau sayang sgt kt DIA).. Penyayang sifatnya.. betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu.. Apa taknya, masa akak susah, mintak tolong sajalah pada DIA.. Sure akan datang bantuan.. Bila akak susah hati bleh terus ngadu kat DIA.. Direct!! perghh!! Yang bestnya tu, bila akak dah ngadu kat DIA, terasa peace je.. For surelah.. KEKASIH kan.. ish! beruntung tol dapat KEKASIH cam ni.. tak pernah nak sakitkan hati akak.. bila-bila masa aje akak bleh contact DIA.. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA dekat di hati ini.. Ye la.. cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau akak tak ingat kat DIA.. Tapi rugilah akak, sebab kalau akak ingat  dan contact je DIA, sure macam-macam la yang akak dapat.. Tak kira lah material ke.. spiritual ke.. emm, memang kekasih sejatlah tu.. kn?


Bila akak rindu kat DIA, baca aje surat-surat yang dia bagi tu. Macam-macam  nasihat ada dalam surat tu. Siap bagi example lagi nak suruh akak faham. Sebelum ni, akak pernah gak frust. Memang sedih giler la time tu.  Yela..cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje.. tapi KEKASIH akak yang ni lain. DIA tak kisah pun dengan cerita akak frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun. Cuma akak je yang jeles dgn DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dengan DIA. So, akak kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih~what you give you get back~ so, kalau akak usaha lebih sikit, akak dapat lebih la., kan?

KEKASIH akak ni baik sangat-sangat. pERfect!! Tu yang kadang-kadang akak tengah-tengah malam..area pukul 3 4 pagi tu pun, kalau akak terjaga, akak sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH akak ni kaya..millionaire..billionnaire..dan ntah ap-apa naire lagi. Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup akak, dia yang support..caya tak?? Free of charge..tapi akak tak sedap hati la..mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu,kan? Mak akak kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka ke, ambikk aje laa..pastu pandai-pandailah membalas budi. Tu yang buat akak sanggup berkorban apa aje.cheewah!

Dia suruh akak belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH akak ni memang cerdik + bijak+ genius etc. DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang akak buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat akak kalau akak rajin belajar. Malu la sebanarnya nak cakap ni. Emm.. Akak sebanarnya belum pernah jumpa lagi dengan DIA. Belum bersedia la.. Tapi KEKASIH akak ni dah janji, suatu hari nanti mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la akak ni. Tapi kecut perut gak!takakut!!

Akak mesti prepare awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, akak tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah akak nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat akak, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang DIA bagi hadiah special yang akak tak pernah terfikir pun.
Ish! Rindu sangat dah ni!


KEKASIH..
KU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…
WALAU NYAWA DIGALANG GANTI, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI, TIDAK SAMA SEKALI.
WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, KU TETAP BAHAGIA….
ITULAH KEKASIHKU…
ALLAH S.W.T..
CINTA TERAGUNGKU..

Diolah dan diadaptasikan dalam kisahku untuk yang teristimewa Sys Mia.. J

Hati pun berzina?

10 November 2010


Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.

Ingat lagi artikel popular bertajuk "Berapa Kali Nak Cakap, Couple Tu Haram"?
Ikuti kisah yang sama versi komik pula.















Semoga bermanfaat.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku yang lalu..


Jawapan kepada si pemburu cinta..

25 October 2010


Alhamdulillah, berkat usaha dan kerahan tenaga semua ahli jawatankuasa program maka berhasillah satu program yang merungkai persoalan tentang cinta dari perspektif Islam. Program yang berlangsung pada tarikh keramat 16 Oktober 2010 itu telah dimulai dengan Pelancaran Program 3J yang dirasmikan oleh penyelaras Program 3J, Saudara Mohd Hadi Bin Abd Rahman. Program ini disertai pelajar UTHM sendiri dan institusi pendidikan berdekatan.

Seperti yang telah diwar-warkan, ketiga-tiga panel dapat hadir dan menyampaikan segala ilmu tentang cinta. Ilmu cara bercinta ini tiada diajarkan dalam dewan kuliah malah dimana-mana institusi pendidikan, cinta adalah suatu yang subjektif. Menurut Dr Arieff, didalam buku Panduan Bercinta dan Memendam Rindu lengkap bicaranya tentang cinta. Antara yang disampaikan Dr Arieff jika kita mencintai sesuatu pasti kita sering ingin memendangnya, kita sering mengingatinya, kita sering menyebut namanya. Maka bagaimana pula cinta kita pada Yang Esa?

Setiap butir perkataan yang keluar dari bibir Saudara Suhaimi Saad pasti diambil perhatian oleh adik-adik pelajar Sekolah Tun Ismail. Saudara Suhaimi Saad banyak menceritakan tentang pengalamannya bercinta. Beliau tegas menyatakan tidak wajar wujudnya cinta sebelum kahwin. Satu-satunya srikandi yang berbicara tentang cinta di atas pentas Garden Talk ialah Ustazah Nazirah. Ustazah banyak memberi nasihat kepada srikandi muda supaya tidak terjebak dalam kancah kemaksiatan virus cinta.

Program tidak diakhiri dengan forum semata-mata, peserta dihidangkan dengan slot Semanis Cinta kendalian Saudara Mohd Fauzi Bin Ali. Pada slot ini terpancar kemesraan Saudara Suhaimi Saad melayan peminatnya dengan menjawab pelbagai soalan lucu yang diajukan. Saudara Suhaimi Saad telah mendendangkan 2 buah lagu diakhir program.

Saya selaku timbalan pengarah amat mengharapkan program ini dapat membantu mengurangkan penularan virus cinta maksiat. Tetapkanlah cinta kita hanya pada Illahi selamanya. Nafas lega tidak dapat lagi dihembuskan. Banyak lagi tugasan seorang dae'i yang masih belum selesai.

Perjuangan ini masih panjang dan berliku.....

Disebalik pohon Garden Talk: Love is Cinta

AJK induk memantau lokasi

2 lokasi menjadi pilihan

Mempromosikan ketiga-tiga program

Konvoi 3J ke Kolej-kolej Kediaman

Dengan harapan

Persediaan oleh muslimat

Set up tempat

Fresh moderator

Panel-panel yang hebat

Semanis Cinta

Persembahan istimewa
  
Sesi penyampaian cenderamata



"Indahnya bercinta..." Tutur bicara sang pecinta setia...
Tapi,salah seorang penyair Islam mengatakan.. "Permulaan cinta adalah nikmat, pertengahan percintaan adalah sengsara, akhir percintaan adalah maut"


Ermm... apakah itu?


Nah, ianya telah dirungkaikan...

Sekalung penghargaan buat semua ahli jawatankuasa yang terlibat.
Salam perjuangan!

Warkah buat Khairusyifa'

11 June 2010

Assalamualaikum….



Telah satu jam hujan berhenti selepas hampir enam jam turun tanpa henti… Di saat ini, hati masih mengenangkan insan yang telah lama menyentuh hati ini di saat tiada sesiapa yang berjaya menyentuhnya dan secara tiba-tiba, aku terimbau kembali segala yang telah aku lakukan pada kamu. Segala yang telah aku lakukan kepada kamu, bukan kerana telah pudar kasih aku pada kamu tetapi kerana aku ingin membataskan apa yang telah dibataskan dan aku telah sedaya upaya untuk menjaga batasan itu semampu yang boleh. Aku tidak ingin, kerana berkasih-kasihan kita tercampak ke lembah kehinaan yang tiada penghujungnya. Setelah lama tidak menghubungi kamu, aku menghantarkan mesej ini kepada kamu agar kamu mengetahuinya dan aku meminta maaf kerana tidak menghantar SMS sahaja. Apa yang ingin aku katakan adalah terlalu panjang untuk dihantar melaluinya.


Telah Allah jadikan perasaan kasih sayang di dalam diri manusia. Jiwa dan raga menjadi subur serta kuat dengan hadirnya kasih sayang yang akan menyerikan sebuah kehidupan yang sementara di dunia ini. Tanpanya, kehidupan ini menjadi pincang dan serba tidak kena. Aku menulis ini agar kamu tahu salah satu ilmu yang telah berjaya memasuki pengetahuan aku. Ia adalah : “Sebahagian nilai-nilai yang terdapat dalam kasih sayang”.



Sayang atau Cinta :


Jika aku mengatakan bahawa aku mencintai kamu, maka aku sebenarnya telah menipu diri aku dan kamu serta ramai orang di dunia. Sayang adalah perasaan yang ringkas dan mudah seperti halnya kasih ibu bapa kepada anak-anak mereka dan sayang hanyalah sebahagian daripada perasaan cinta. Tetapi, cinta adalah perasaan yang lebih mendalam. Ia adalah lebih kompleks dan sukar untuk diterangkan. Apabila perasaan cinta terhadap sesuatu atau seseorang telah hadir di dalam hati seseorang, maka ia sanggup melakukan apa sahaja, berkorban segalanya untuk sesuatu atau seseorang yang ia cintai itu. Ketahuilah kamu bahawa, aku hanya kasih kepada kamu dan bukannya cinta kepada kamu.



Persahabatan :

Persahabatan adalah keakraban dari segi tingkah laku, tutur kata, perlakuan dan cara hidup seharian. Ketahuilah, aku tidak melayan kamu dengan terlalu mesra kerana pergaulan kita masih perlu dibataskan. Batasan ini perlu benar-benar kita jaga kerana tanpa penjagaan yang rapi, kita boleh menghampiri jurang kemaksiatan dan seterusnya terhumban ke dalamnya. Kerana itu, aku tidak banyak melayani kamu seperti mana aku melayani sahabat-sahabat aku yang lainnya. Aku harap kamu mengerti akan hal ini.



Akhlak yang baik :

Kamu telah pun mengetahui bagaimana kamu telah menyentuh hati aku sejak dari saat itu. Ketahuilah, yang telah membuatkan kamu berjaya menyentuh hatiku ini adalah kerana akhlak kamu itu. Aku harap, akhlak kamu tidak menjadi lebih buruk dari saat aku mengenali kamu dan aku hanya berharap agar akhlakmu dapat menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Bertanggungjawab :

Rasa bertanggungjawab adalah keupayaan untuk menjaga orang yang dicintai itu. Setiap orang yang bercinta mesti bertanggungjawab kepada kekasihnya itu. Ingatlah, aku mungkin kasih kepada kamu tetapi tidak mungkin aku mencintai kamu sebelum sampai masanya kita dihalalkan. Jika kita mencintai Allah dan Rasul-Nya, maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mentaati Allah dan Rasul. Apalah ertinya jika kita mengatakan bahawa kita mencinta mereka sedangkan kita melanggar perintah mereka?


Hormat :


Kamu sedia maklum bahawa selama ini aku tidak banyak berbicara dengan kamu. Bukan kerana aku sombong, bukan kerana aku angkuh dan bukan kerana perasaan kasih aku telah pudar. Tetapi kerana aku mempunyai rasa hormat terhadap kamu. Aku menghormati kamu kerana kamu adalah wanita yang baik. Sekiranya aku melayanimu sepertimana aku melayani sahabat-sahabatku, aku bimbang akan timbul fitnah yang akan membinasakan kita berdua terutama sekali kamu kerana hati kamu tidak sekuat hatiku. Kerana itu, aku sentiasa menjaga pergaulan kita selama ini. Maaf, harap kamu dapat memahami apa yang aku katakan ini.


Prihatin :

Aku jarang menghubungi kamu kerana aku tidak ingin memberikan keprihatinan yang tinggi kepada kamu sebelum saat kita diijabkabulkan. Kamu sendiri telah sedia maklum, akan keadaan pasangan-pasangan yang bercinta sebelum datangnya saat perkahwinan mereka. Aku tidak mahu menjadi seperti mereka yang hanya mampu bertahan selama beberapa tahun setelah mendirikan rumah tangga. Oleh kerana itu, aku ingin menyimpan keprihatinan ini sehingga tiba masanya kita distukan dengan ikatan yang kukuh. Insyaallah…






Mesra :

Harap kamu memahami aku. Aku tidak mahu mesra tatkala berhadapan dengan kamu kerana aku tidak ingin perkenalan kita menjadi sesuatu yang dimurkai. Aku tidak mahu diri kita dicemari debu-debu dosa yang mudah bertempek di hati manusia. Kerana itu, aku kurang mencurahkan kemesraan kepada kamu.








Ya khairusyifa! Cukuplah sekadar aku memanggilmu dengan panggilan yang baik, kerana aku tidak mahu terlebih kemesraan kamu sehinggakan kamu terlupa bahawa kita masih dibatasi syarak. Aku tidak ingin banyak berhubung denganmu kerana aku ingin menunggu masa yang sesuai dan aku harap aku memahami akan masa yang sesuai itu. Itulah masa di mana hubungan kita tidak lagi dibatasi syarak sebagaimana sekarang. aku sering berdoa agar kita dapat melayar bahtera hidup ini bersama dalam keadaan yang Allah redhai. Maaflah, aku tidak mampu melayanimu sebagaimana pasangan kekasih yang lain. aku harap, kamu memahami aku…..


Sekian, assalamualaikum…

Jika Aku Jatuh Cinta

04 March 2010


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku menyintaiMu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan ini melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehinga hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..
Amiin..


Doaku semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat, berjaya mengharungi segala dugaan dan cabaran yang sememangnya menguji kekuatan iman kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang..


Semoga cinta yang dicari telah ditemui..
Semoga Allah meletakkan kita di bawah paying rahmat kasih-Nya..InsyaAllah..

Baitul Muslim


Firman Allah: (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]

Ayat ini disebut turun sempena peristiwa fitnah ke atas A'isyah radiallahu anha. Maksudnya, seseorang yang bersuamikan orang yang baik, dia juga adalah orang yang baik. Memandangkan A'isyah bersuamikan Rasulullah s.a.w. yang baik, maka A'isyah juga adalah baik.


Sekalipun ianya diturunkan kepada A'isyah radiallahu `anha, keumuman ayat tersebut menjadi pembimbing bagi seluruh umat agar mencari yang baik sebagai pasangan hidupnya.
Justeru ayat 26 surah al-Nur di atas tidak boleh mengenepikan usaha mencari pasangan yang baik, saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) sesama pasangan suami isteri.


Namun, jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi.


Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para GADIS YANG BELUM BERPUNYA, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.


Begitu juga buat PEMUDA YANG BELUM BERPUNYA, 'first thing first'. Utamakan yang lebih penting daripada yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan terus berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.


Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahua'alam.


sumber: Ustaz Hafiz Firdaus & Ustzh Fatimah Syarha


copy and paste dr Dg Siti Khairunnisa Ismail's Facebook Photos sebab saya suka sangat gambar tu dan petikan artikel ini. (^_^)

Kerana Cinta, Lahir CintaNya

01 March 2010


Dialah cinta pertama dan terakhirku. Dialah bakal suamiku. Dialah yang terbaik untukku dunia dan akhirat. InsyaAllah kami akan mengecap bahagia bersama hingga hujung nyawa.
Hari demi hari kami menyulam cinta, kesetiaan dipertaruhkan, janji diikat bersama, cita-cita sama-sama diimpikan, aku merasakan pelangi hidupku semakin bersinar indah.
Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Kerana kesalahanku yang kecil dia mempersoalkan. Petir-petir kesangsian mula menyambar. Namun, aku tabahkan hati. Aku ingin mempertahankan cinta sejati ini. Hingga suatu saat kata putus dilafaskan. Aku bingung. Bukan ini yang aku impikan. Aku mencari jawapan, mengapa ini yang dia inginkan. Suatu jawapan muncul bersama petunjuk Ilahi. Rupanya kesetiaan yang diharapkan hancur berkecai. Tangisanku tak pernah ku hentikan. Setiap perkara aku fikirkan. Tatkala hati berkecamuk, suatu ketenangan muncul. Ya, ini petunjuk Ilahi. Aku perlu gagahkan hati. Aku hampir lupakan cintaNya tapi Dia masih mengasihi aku.
Ya tuhanku, ampunilah aku.
Akhirnya segala yang terjadi kerana cinta duniawi, aku cuba lupakan. Disamping itu, aku terus menggapai cinta yang agung, cinta hamba kepada pencipta. Dengan bantuan sahabat dan keluarga, aku kembali mencari sinarNya.



Cintakan bunga, bunga akan mati.
Cintakan manusia, manusia tidak boleh dipercayai.
Cintakan Allah, kekal abadi.

Ungkapan ini, ungkapan pertama saya terima dari seorang kakak angkat yang bernama Siti Marziah. Saya tidak pernah kenal erti cinta ketika itu. Cinta ibarat mainan orang dewasa. Namun apabila usia meningkat remaja, saya cuba mengerti ungkapan cinta. Ungakapn itu penuh bermakna apabila saya dewasa dan mengenal erti cinta Ilahi. .
Teringat hadis nabi, "Saat yang paling ditakuti apabila kali pertama seorang anak perempuan itu akhil baligh ialah apabila dia menerima sekuntum bunga dari seorang lelaki."
Tepat sekali hadis ini. Cerita di atas adalah olahan semata-mata dari kisah seorang sahabat terdekat saya. Ya, ini benar dan saya rasakan ada yang pernah alami keadaan ini.
Saya bersamanya disaat dia benar-benar layu dipukul cinta yang tidak setia. Ketika itu saya tidak benar-benar mengerti apa yang dialaminya. Namun demi rasa kasih dan cinta seorang sahabat, saya memberinya semangat. Saya ungkapkan sayang padanya.
Wahai sahabatku, aku sangat menyayangimu kerana Allah. Aku sedih melihat tangisanmu. Aku ingin paut tubuhmu kembali berdiri tegak seperti sedia kala. Namun aku jua insan biasa.
Kerana kesibukan saya, saya hanya dapat melihat kesedihannya dari jauh. Maafkan saya, sahabat. Hampir setiap masa saya berada diluar rumah hinggalah saat ingin pulang bercuti, saya menghulurkan salam padanya dan dia menyambut dengan satu pelukan serta menyatakan kelemahannya bersama esakan tangisan.
Wahai sahabatku, alangkah baiknya andai aku dapat menanggung semua bebananmu bersama.
Sekembalinya dari cuti, saya lihat seorang sahabat dengan semangat yang berbeza. Alangkah gembiranya hati ini. Dia banyak berubah. Solatnya berjemaah, suaranya dialun dengan ayat-ayat suci, bibirnya ditutur dengan kebesaran Allah, auratnya bertambah baik.
Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Tuhan yang Maha Pengasih. Hidayah itu milikmu, terima kasih kerana kau kurniakannya pada sahabatku ini.
Diri ini terasa amat kerdil. Perubahan dirinya meningkat ke arah kebaikan tetapi diriku masih ditahap yang sama. Semoga saya dan dia terus istiqamah untuk mengecap bahagia di akhirat.
Wahai tuhanku, Kau bisa membolak-balikkan hati hambaMu ini. Maka, Kau sucikan hatiku serta sahabat-sahabatku. Kau limpahkanlah taufiq serta hidayahMu, Kau kuatkanlah hati kami dalam melayari kehidupan ini.


Cinta itu indah. (^_^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails