REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Konitmen Yang Belum Pasti

31 January 2015

Alhamdulillah, rajin hari ini. ^_^

Setelah dicium-cium surat cinta Kalamullah, buka pula kitab keramat yang dah 5 tahun beli tapi tak habis-habis baca.



Buat revision sikit.
Tajuk terpilih ialah pada page 20.

Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan..

Quote ke 2,
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup selama-lamanya sampai mati.....

Ya, ia tepat sekali.
Proses ini panjang dan letih menanti kerana penuhnya ujian disepanjang perjalanan ini.

Perhubungan ini cuba diawasi batas-batasnya.
Jarang sekali berhubung, bersua muka apatah lagi. OTP tak pernah walau sekali!

Syukur, mudah-mudahan ia tetap terpelihara hingga lafaz sakinah nanti!

Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, di pagi 31 Januari ini kita dapat...
eh eh, ini dialog pagi tadi..Emcee cilik tak berbakat..

Kalam cinta hari ini berkaitan NIKAH! Oh Nikah.. Kebetulan hari ini sudah masuk juzu' 5 terkandung Surah An-Nisa' iaitu Surah ke 4..



"......... maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah an Nisaa': 24)

Sebahagian kisah asbabun nuzul sebahagian ayat 24 iaitu ayat di atas ialah berkaitan maskahwin..

Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa orang Hadhrami telah membebani kaum lelaki mereka dengan mengenakan pembayaran mahar (maskahwin) yang tinggi supaya mereka tidak dapat membayar pada masa yang telah ditetapkan. Dengan cara ini penambahan kepada pembayaran tersebut dapat dilakukan.

Maka turunlah ayat ini (Surah an Nisaa': 4:24) sebagai penentuan kepada pembayaran maskahwin dengan mengikut keredhaan di antara kedua belah pihak. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ma'mar bin Sulaiman dari bapanya)

Maskahwin & Hantaran

Pada suatu ketika dulu ayah amat tegas dalam penetapan hantaran bagi saya. Tapi suatu ketika itu juga ayah tak kisah tentang berapa nilainya kerana nilai wangnya susut dek seorang lelaki soleh yang tidak ternilai harganya..

Syukur tak ku sangka. Cempedak menjadi nangka. hehe
InsyaAllah pasti yang sedikit itu lah besar barakahnya..

Dulu ayah yang menetapkan tapi kini Allah yang memberi. Bila kita ikhlas, syukur dan meletakkan sepenuh pengharapan pada Allah pasti Allah memberi apa yang kita mahu. Sayang Allah & sayang ayah.

2015

07 January 2015

Assalamu'alaikum..

SubhanAllah, Alhamdulillah Wa Lailahaillah AllahuAkbar..

2014 telah melabuhkan tirai..
Kini 2015 mengambil tempat..

Berhari-hari fikir ape azam tahun ni..
Tapi yang pasti ade 1 prinsip baru..

2015, Talk good or remain silent!

Tak perlu throwback sebab banyak kisah duka yang dilalui & ingin dilupai..

Chaiyok 2015!

Ya Allah,
Kau lah Maha Pengasih & Maha Penyayang..
Ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa keluarga ku & dosa semua muslimin & muslimat..
Ya Allah,
Berilah aku kejayaan di dunia & akhirat..
Tunjukkanlah aku jalan yang benar & jalan yang diredhai oleh Mu..
Ya Allah,
Berilah aku kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk meneruskan kehidupan ini..
Ya Allah,
Jauhkanlah aku dari bisikan syaitan & hindarkanlah aku dari melakukan maksiat..
Ya Allah,
Berkatilah ilmu-ilmu Mu, Rahmatilah guru-guruku..Jadikanlah setiap ilmu yang aku perolehi adalah ilmu yang bermanfaat..
Ya Allah,
Permudahkanlah setiap urusanku..
Ya Allah,
Perkenankanlah doa hamba Mu ini..





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails