REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Riang Ria Raya Aidilfitri

18 September 2010

umi shopping raya


Seronoknya dapat berkumpul

drive to atok's house

Tradisi keluarga saya, hari raya pertama semua orang mesti berkumpul di rumah atok. Usai Solat Sunat Hari Raya dan bermaafan sesama ahli keluarga, kami akan bertolak ke rumah atok. Jalan kaki je. Dekat sana ramai lah saudara mara yang dah berkumpul, makanan pun dikumpul atas satu meja makan. Lepas semua orang makan, kebiasaannya Pak Long akan mengetuai tahlil. Lepas tahlil, sambung makan lagi.
Raya pertama saya san keluarga akan habiskan masa di rumah atok untuk menyambut tetamu yang datang.

ni baru sebahagian
Hiba ketiadaan atok disisi

di pusara yang tersayang

Tahun-tahun sebelum ni, atok lah yang paling bersemangat bila nak sambut raya. Atok akan masak dan beli macam-macam. Atok suka kalau raya pertama, semua cucu dan anak-anaknya berbaju kurung. No jubah for the 1st Eid. Tapi kali ni kami beraya dengan atok di tanah perkuburan. Atok meninggalkan kami 5 bulan yang lalu. Bergenang air mata ketika berada di pusara atok tercinta. Semoga atok menerima rahmat dariNya.

Tingkatan berapa?

Orang kata kalau dah besar tak dapat duit raya. Tapi tradisi keluarga kami, selagi belum bekerja selagi tu la dapat duit raya dan orang yang dah bekerja, kenalah hulur duit raya. Sibuk-sibuk bersalaman, duit pun dihulur. Tiba-tiba abang saudara saya menanyakan satu soalan yang sangat menggeramkan. "Juwai, kau tingkatan berapa ek?" tersedak saya, nasib baik makan ketupat je mase tu. Aduh Abang Nuar, kalau tanya umur berapa boleh bla juga. Aish, memang nak kena ni. Nasib baik dia tanya masa dia dah bagi duit raya.
Orang yang lebih besar sebenarnya dapat lebih banyak duit kan?

anak dara kena tolong didapur

Konvoi sakan

dirumah saya

Hari raya keenam berlangsunglah konvoi RKA batch 03-07 SMKTHO. Meriah betul. 12 buah rumah kami kunjungi dalam masa 12 jam. Penat tapi seronok. Kami berkumpul dirumah Ezzaty aka Tut. Kemudian ke rumah Mek Jah aka Liyana, rumah Faiq, rumah Suria, rumah Ain, rumah Achik aka Asyraf, rumah sy, rumah Balabu aka Adam, rumah Fatin, rumah Suhai, rumah Rubi dan rumah Begin aka Khairil.
Hari tu yang join --> sy, tut, qiah, yana, ejot, ain, huda, pp, nasa, suhai, bob, balabu, adik balabu, fatah, faiq, begin, rubi, wak ran, suria, acap. yg lain tak ingat. Banyak sangat makan, semua rumah kena makan, sebab tu lambat. Paling seronok bila dapat bercerita perkembangan masing-masing. Silaturrahim semakin erta walaupun masing-masing duduk jauh-jauh. Raya ketujuh konvoi ke Chamek pula tapi saya tak ikut kerana keletihan.

berkawan sampai beruban

Beraya bersama si comel

Paling meriah raya kali ni dengan kehadiran si comel Fathimah Azzahraa. Setiap pagi dia dah bangun dulu daripada saya. Dalam ramai mak cik dan pak cik dia, cik Juwai juga yang dia nak ikut. Sangat gembira melihat telatah dan celoteh bayi berumur 1 tahun 5 bulan ni. Saya sangat sayang padanya. Tapi apa yang pasti hati Fathimah Azzahraa ini milik ibunya. Dia tak boleh berenggang dengan kakak.

fathimah sukakan teddy

fathimah habiskan kentang putar rch sorg2

Ku mohon sejuta kemaafan daripada sahabat-sahabat andai pernah mengguris jiwa.
Semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke syurga.
Sayang kalian.
Buat si comel, cik rindu sangat padamu.

Anda yang kami cari..

03 September 2010

Assalamualaikum..


Sempena Garden Talk yang bakal diadakan pada 16 OKTOBER 2010, kami mencari ahli jawatankuasa pelaksana bagi menjayakan program ini. Keterlibatan anda amatlah diharapkan bagi melicinkan perjalanan forum santai ini. Skop tugas sangat mudah dan anda akan menikmati kelebihan istimewa sebagai ahli jawatankuasa pelaksana.

Apakah Kelebihan Menjadi Jawatankuasa Pelaksana Program?


1.Memperoleh siji penyertaan
2.Rekod aktiviti didalam SMAP OnLine
3.Meningkatkan kemahiran Insaniah
4.Membina dan memperoleh ilmu serta pengalaman
5.Mengenali dan membina hubungan bersama Majlis Perwakilan Pelajar serta Jawatankuasa Pelaksana
6.Suatu pendedahan mengenai pengurusan organisasi.
7.Membina hubungan dengan masyarakat kampus
Tarikh tutup penyertaan AJK : 9 September 2010


Pengarah : Saudara Amerul Asyraf Bin Jamaludin
Timbalan Pengarah : Saudari Siti Juwairiyah Binti Ali (SUK rakan exco NYDP1)
PIC MPP : Saudara Mohamad Fauzi Bin Ali (NYDP2)

Unit yang diperlukan :

1) Unit Protokol dan Pengisian
2) Unit Teknikal dan Persiapan Tempat
3) Unit Makanan dan Cenderahati
4) Unit Promosi dan Publisiti

Terbuka kepada semua siswa dan siswi UTHM.
Terhad kepada 30 orang AJK sahaja.

Cuma beri maklumat diri anda kepada:

Nama:
No Matrik:
No KP:
No Tel:
Email:
Kolej Kediaman:

Saudara Asyraf :
deen_alhaqq@yahoo.com
013-6012441
facebook

Saudari Juwairiyah :
infinitsyifa@gmail.com
019-4490590
facebook

Saudara Fauzi :
fauzi.mpputhm@gmail.com
013-7188840
facebook
blog

Sertai Group Facebook Garden Talk : Love is Cinta.
Beramal kerana ALLAH..
Terima Kasih Daun Keladi :)

Garden Talk : Love is Cinta


GARDEN TALK : LOVE IS CINTA merupakan salah satu sub-program bagi Kempen 3J yang dianjurkan oleh Jabatan Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah (JKPS) Majlis Perwakilan Pelajar UTHM.



Program ini berbentuk forum santai yang bertajuk "LOVE IS CINTA" berkonsepkan perkongsian ilmu, perbincangan dan insyaAllah bakal disajikan dengan persembahan artis romantis terkemuka.

Program bakal dijalankan pada 16 Oktober 2010 di tempat yang sangat istimewa.

Jangan ketiggalan mengikuti perkembangan program ini di Group Facebook Garden Talk : Love is Cinta.

Marilah bersama menyusuri keindahan cinta yang sebenar. ♥

Kempen 3J

Apakah itu Kempen 3J?

Jangan tinggal solat, Jauhi maksiat dan Jagalah aurat


Kempen 3J merupakan kempen yang julung-julung kalinya diadakan dibawah Jabatan Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Tun Hussein On Malaysia dibawah penyeliaan Naib YangDi-Pertua 1 MPP UTHM. Kempen 3J ini mempunyai cabang-cabang 3 program berikut :

•Kempen 3J - (Jangan Tinggal Solat, Jauhi Maksiat dan Jagalah Aurat.

•You're Beautiful - Hanya untuk Mahasiswi

•Garden Talk - Tajuk : "Love is Cinta"
 
Maklumat Kempen 3J ini adalah seperti berikut :


1.Tempat : Sekitar UTHM dan Kolej-kolej Kediaman

2.Masa : Dari bulan September hingga November

3.Facebook : Kempen 3J

Pengenalan Program Kempen 3J
 
Kempen 3J - Sekreteriat Kempen akan menghadiri satu bengkel bagi meningkatkan kemahiran insaniah terutamanya kemahiran berkomunikasi, kaedah temubual, kerja lapangan. dan lain-lain kemahiran. Sekreteriat dibekalkan dengan badge, poster, sticker, bookmark dan lain-lain lagi untuk pengedaran kepada masyarakat kampus. Pengedaran ini akan bergerak mengikut zon-zon didalam kampus secara bersama mengikut masa dan tarikh yang sesuai mengikut kumpulan masing-masing.


Selain itu, pameran juga akan diadakan dengan dibekalkan dengan pelbagai pengisian yang menarik. Antaranya praktikel solat, bahan-bahan pembacaan ilmiah, praktikel pemakaian, personal grooming, pemberian tudung percuma (dalam perancangan memohon tajaan), pemberian CD percuma kepada mahasiswa berkenaan kempen, nasyid corner (Solo Band) dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Pameran ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober dan November.


Pelbagai pengisin menarik yang akan diadakan.

Maklumat lanjut di : Blog NYDP1 (Abang Chik)

Husnuzhon, and The Way Will be Shown

01 September 2010

I want to share a story about one of my friend, she's been practicing Law Of Attraction for almost two month before this scenario took place. Recently, she had to fly to oversea for a few days for some reason. Her flight will be departure most probably at 8.00 pm and she have to be there at least one hour before departure. She have already make a preparation a day before, packing up everything, and on that day, her relative sent her to airport in the afternoon. I received her call when she was on her way to the airport.


My Friend : Everything turn upside down! Why this thing happen? even i have focus and give commitment to make everything smooth! What's wrong with my focus? Did i make something wrong?
Me: Why? What happen, be cool..
My friend : Firstly, Only after we past the toll, i realize that i am wearing my old garbage shoes! I have bought a new shoes for this event, but i forgot that I have left it home! I got into the car without changing my shoes!
Me: what? Hahaha...
My friend : Secondly, its my bag! i can't pull the zip! I got a lot of stuff to bring! and i don't wanna leave any single of it...i think now its more than my weight excess limit..may be i have to pay extra for the excess...
Me : (speechless).. Control your emotion..
My friend : And for my bonus, why must this thing came to me at this moment? Its not the time yet, It should be another week! Do you understand what i mean?
Me : No..I don't
My Friend : I mean menstrual period lol!..its not the time yet!..
Me : owh..sorry...Ok..Ok..can you please calm down? and take a deep breath? And pray to Allah
My Friend : I'm trying..but I'm really frust..anyway thanks for your advice..the phone line is not so good, your voice is breaking up...and the line cut....and what I can do is to pray for her, may Allah ease her on every situation.

And that night, just a few minute before her flight departure, I got a text message from her..

Hi there, everything is just fine...
1. About my shoes, my dad just bought for me an expensive branded shoes at the airport and Its one of my dream shoes.
2. He also bought me a bigger baggage, only after that we realize that my small bag is only for 3kg. So, after changing the baggage, all my stuff is still below the excess limit.
3. Because of the menstrual period, I don't have to worried about my solat, either to jama' or qasar, God ease me and helped me a lot! Syukur Alhamdulillah. Ok, see you then, and thanks.


So, there is always a good reason and explanation beyond everything that we assume as a bad luck. Be positive, Husnuzhon, and we will be shown..

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.
65:2 With that is admonished he who believes in Allah and the Latter Day. And whoever keeps his duty to Allah, He ordains a way out for him,
65:3 And gives him sustenance from whence he imagines not. And whoever trusts in Allah, He is sufficient for him. Surely Allah attains His purpose. Allah indeed has appointed a measure for everything.
(At-Talaq : 2,3)

source : click here

Countdown to Lailatul Qadr

Ramadhan,
Diawalnya keberkatan,
Pertengahannya keampunan,
Diakhirnya dijauhkan dari azab api neraka..

Ramadhan
Bulan Transformasi Iman ke Taqwa..
melatih keimanan dengan tawaran ganjaran dahsyat sari langit..
Bulan Ops-Sikap

Peristiwa di Bulan Ramadhan
Nuzul Qur'an
Perang Badar
Pembukaan Kota Mekah
Perang Tabuk
Perang Hittin
Perang Ainjalut
Perang Zalaqah
Perang Yakhlis
Pembukaan Andalus


Ramadhan
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar. "
~Surah Al-Qadr~


Akhirnya di 10 malam terakhir..
Lailatul Qadr


Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?


Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu'
[Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].


Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.


Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :
"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut.
(Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).

Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :
"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam,dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam
(sumber yang sama - 6342)."


Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang soleh, InsyaAllah.

Marilah kita berlumba-lumba menunaikan ibadat.

4 minggu pertama di Tahun 2 Semester 1

15 August 2010

Program Kepimpinan Harapan Kali Ke 8
16 - 18 Julai 2010
Akademi Kemahiran Latihan Insan (AKLI),
Kota Tinggi, Johor


Program ini saban tahun dijalankan khas untuk barisan kepimpinan baru Jawatankuasa Kolej Kediaman. Ia mendidik semangat kerjasama dan berpasukan antara kepimpinan. Walaupun kebanyakan LDK telah saya alami tetapi hasilnya berbeza. Program ini berjaya mencari titik penyatuan buah fikiran antara kolej. Perkongsian idea, kerjasama dan sikap toleransi dapat dilihat pada setiap individu.


Pemimpin yang sebenar mestilah seimbang dalam amal rohaninya. Sesi Mantapkan Solatku (saya sediri bagi nama) ini adalah sesi bersama Ustaz Shahrir. Siswi dapat tengok je sebab ini khas untuk pemimpin bergelar Ar-rijal. Lepas ni kena jemput Ustazah lah pula.


Peserta dari Kolej Kediaman Melewar bersama Dr. Rizal dan En Izat.
JKK perlulah mewujudkan hubungan yang baik dengan pihak pentadbiran kolej kerana mereka saling memerlukan bagi membantu menjaga kebajikan penghuni kolej.


JKK akan selalu berurusan dengan pihak pentadbiran Hal Ehwal Pelajar bagi menjalankan aktiviti di kolej.


Inilah barisan pimpinan Kolej Kediaman di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Forum Perdana Hal Ehwal Islam
22 Julai 2010
Dewan Tunku Ibrahim Ismail,
UTHM


Forum ini dirakamkan oleh RTM istimewa di UTHM bersempena Program Memperingati Jasa Tun Hussein Onn.


Panelnya ialah Ustazah Salbiah dan Ustaz Hj Noh Gadot.
Saya berkesempatan mengutip ilmu pada tajuk Musang Berbulu Ayam sahaja. Siaran lintas langsung ke RTM tak dapat join sebab kena balik awal.

Seminar Pembangunan Mahasiswa Di Kolej Kediaman Peringkat IPT (SEPAKAT) 2010
23 - 25 Julai 2010
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
Gombak


Seminar ini berjaya mengumpulkan wakil-wakil jawatankuasa kolej kediaman dan wakil majlis perwakilan pelajar dari seluruh IPTA di Malaysia. JKK juga terasa beban tanggungjawab bagi melahirkan mahasiswa berketerampilan kerana kebanyakan masa mahasiswa dihabiskan di kolej kediaman. Oleh itu bagi merealisasikan impian tersebut, pencantuman idea dan perkongsian pengalaman daripada wakil-wakil universiti akhirnya membentuk resolusi yang dapat dilaksanakan di kolej dan universiti masing-masing.


Antara perkara yang dibincangkan didalam setiap kumpulan untuk pembentangan pada Sidang Pleno ialah Bagaimana membentuk Jaringan Interaksi Di Kalangan Mahasiswa, Mahasiswa Berwawasan dan Berketerampilan Membentuk Usaha Pembangunan Insan Bersepadu dan Melatih Mahasiswa di Kolej Kediman Menganjurkan Program Jati Diri.


Kami diraikan pada Majlis Makan Malam pada malam terakhir seminar. Hasil pembentangan kertas kerja dan forum yang diadakan, pelbagai input berguna dapat saya jadikan bekalan pulang ke kampus. Alhamdulillah, bukan makanan yang sedap dan layanan yang istimewa saya harapkan lagi tetapi saya harapkan lebih banyak perbincangan antara universiti seperti ini diadakan.


UTHM antara universiti yang menghantar peserta teramai selepas tuan rumah.


Bukan suka-suki kami di sini tetapi kami ada misi.


KKM, KKTF, KKTDI, KKTU/KKTSN, KKP, KPTA UTHM bergabung bersama UIA, UM, USM dll.


Panorama indah yang tak akan saya lupakan. Kredit to Noor Hafiza Zainal, My BFF di Kuliyyah Law sebab bagi pinjam baju batik.

Program Jalinan Bestari Komuniti Johor 2 2010
6 - 8 Ogos 2010
Mukim Parit Bakar,
Muar, Johor 


Program ini pernah berjaya diadakan pada tahun lepas. Kini giliran Mukim Parit Bakar untuk menerima kunjungan kami. Alhamdulillah, saya mendapat ibu dan adik-beradik angkat yang sangat baik. Inilah rumah mereka.


Lihat sahaja kereta yang segak beratur di tepi rumah. Boleh gambarkan tak anak-anak Mak Amanah berprofesion apa? Kebetulan semasa kunjungan kami, semua anak Mak Amanah pulang ke kampung sebab ada kenduri. Jadi kami berpeluang jumpa adik-beradik angkat kami.


Gambar di atas mak dan Kak Ana (isteri Abang Hamidon) bersama anak-anak angkat UTHM. Anak kandung Mak Amanah semuanya sangat berjaya. Kak Long adalah Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian di UPM namanya Prof. Dr. Mahiran Hj Basri. Abang Ngah pula Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa) di UKM, namanya Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Hj Basri. Kak Uda namanya Pn Hjh Mahanom merupakan Pengerusi Persatuan TASKA Negeri Selangor. Anak Mak Amanah yang ke 4 pula bernama Dr. Hamidon Hj Basri merupakan doktor peribadi YDP Agong kalau tak silap di Prince Court Medical Centre dan abang yang bongsu bakal bergelar Ir. juga, Hanafi Hj. Basri merupakan seorang engineer di Kuantan.



Si comel Siti Aminah dan Madu. Ada dua ekor lagi kucing mak. Semuanya comel-comel.




Macam-macam kami buat disana. Ini sesi gotong-royong.


Ini pula rewang warisan. Masak untuk makan malamnya.


Sambil rewang dan gotong-royong, dekat sini diadakan juga Motivasi bersama pelajar sekolah, Rawatan Darussyifa', sukaneka dan banyak aktiviti lagi.


Sukaneka, si cilik makan tembikai.


Friends True Love


Cikgu-cikgu seksyen 1 mencapub sekejap.


Makan malam bersama pemimpin. 


Raja Zarith Sofiah sangat mesra rakyat.


Berbakti pada tanah sebelum pulang. Amanah buat anak-anak untuk tanam anak pokok dan beri pada Mak angkat.

Karnival Aktiviti Pelajar
6 - 9 Ogos 2010
DTII, UTHM


Masa itu seperti pedang, saya takkan benarkan dia potong saya. ;p
Gunakan segala masa dan peluang yang ada untuk buat homework sebab waktu orang lain belajar, saya bekerja jadi waktu orang lain tidur, saya perlu belajar.

Ramadhan: Bulan Transformasi Diri
9 Ogos 2010
Dewan Aktiviti TDI,
UTHM


Penyampaian Ustaz Muhd Shaari sangat memukau.


Walau bekejar masa, sempat saya singgah sekejap untuk kutip ilmu berharga. Bekalan rohani penting ni.

Walau ada masa-masa tak ada aktiviti kolej atau fakulti tapi sebenarnya aktiviti kendiri diri tulah yang paling penting dan sentiasa ada. Masa untuk family dan housemate juga diadakan dalam montly planner dan yang paling penting homework, assignment dan study.

DAKWAH NO 1, JKK NO 2 DAN STUDY BUKAN NO 3

REMAJA MASJID Bersedekah Tanpa Wang

11 August 2010

Assalamualaikum w.b.t.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi : “Setiap yang baik itu sedekah.”

Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk bersedekah. Sedekah bukannya dikira berdasarkan nilai wang semata-mata, bahkan skopnya lebih luas.

Setiap kata-kata yang baik dikira sedekah.

Setiap langkah menuju solat itu sedekah.

Hatta senyuman itu juga diambil kira sebagai sedekah.




Nah, terbuka luas jalan untuk kita melakukan sedekah.

Pendek kata, segala amalan kebaikan yang kita buat, ganjaran pahalanya sangat besar.

Ketika solat, kebanyakan orang akan memakai songkok atau kopiah. Ada segelintir yang tak memakainya. Pemakaian songkok atau kopiah pun dikira sebagai perkara ma'ruf jika dilakukan. Terkadang kita selalu memandang remeh akan hal ini. Solat tanpa kopiah atau songkok pun dikira sah. Namun, lagilah cantik kalau kita sempurnakan zahir kita dengan amalan ma'ruf ini agar kita mendapat ganjaran sedekah yang dijanjikan.

Selain itu, mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut. Ini juga dikira sebagai yang ma'ruf. Nampak memang sangat mudah. Mulakan kaki kanan dahulu ketika memakai kasut. Apabila nak menanggalkan kasut pula, keluarkan kaki kiri dahulu. Sebabnya ? Supaya kaki kanan berada lagi lama di dalam kasut berbanding kaki kiri. Ini sebagai satu bentuk penghormatan kepada kaki kanan. Persoalannya, pernahkah kita fikirkan ini semua dan melakukannya ?

Bahkan masuk ke masjid dengan kaki kanan dahulu disertai doa masuk masjid, juga antara adab yang harus menjadi amalan yang boleh menambah sedekah kita.

Kalau difikir-fikirkan, segala aktiviti harian dalam hidup ini, semuanya dikira sebagai sedekah sekiranya kena cara dan aturannya.

Boleh jadi, sekecil-kecil amalan yang kita buat, dipandang tinggi oleh Allah. Kita fikir benda tu nampaknya kecil dan remeh. Tapi di sisi Allah, siapa yang tahu. Kita pun tak dapat menilai amalan manakah yang kita buat, yang diterima oleh Allah.

Kerana setiap yang baik itu, dianggap satu bentuk sedekah yang ternyata sangat menguntungkan kita jika diamalkan. Sekecil-kecil amalan itu, mungkin sebesar-sebesarnya di sisi Allah.

Jadi, janganlah kita memandang mudah pada segala bentuk amalan yang baik itu. Selagi dikurniakan kesihatan yang baik, berlumbalah melakukan amal kebaikan. InsyaAllah ada sahamnya di akhirat kelak.


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 
 

sumber tulisan : atiyyah binti amin :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails