REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

PJJ Kemanisan Berumah Tangga..

07 January 2016


Ramai kawan2 post ttg kesedihan perkahwinan jarak jauh..sy jg pernah hadapinye..9 bulan..tempoh yg singkat tp cukup rasa terseksa dlm bahagia..lebih bahagia bile kite mendapat ganjaran drpd sifat SABAR..

Utk sahabat yg berpjj, jgn gundah gulana..jdkn tempoh ini, merupakan saat yg plg bermanfaat & akan diingati sbg kenangan yg sgt manis..

1. Takruf Cinta
Hari ke 5 sy sudah ditinggalkan suami di tempat sy perlu bekerja..sudahlah xberapa kenal, xpernah bercinta, xkenal perangai..tp kn bile2 muhasabah semula, org da kahwin 2,3 tahun, bercinta 4,5 tahun pn masih belum mengenali pasangan..

Dalam tempoh ini lah kami saling berkenalan dan bercinta..wasap ayat2 manis, bergayut ditelefon berjam2..kalau duduk same2, buat ape nk telefon lame2 kan..perlahan2, semakin hari semakin rindu..dulu malu2, lame2 bile free je mesti telefon..

2. Ladang pahala
Pernah terasa diri ini isteri part time..huhu
Tak mampu utk solat jemaah bersama2..dpt berjemaah bile jumpa je..xdpt tahajud same2, puasa same2..xdpt sediakan makan, minum & pakaian utk suami..

Ketahuilah sebenarnya saling rindu-rinduan jg mendapat ganjaran pahala sbb rindu pd yg halal..tak dapat mengaji same2? Boleh je sebenarnye..lps maghrib sy akn telefon suami, sy pegang quran sy & mengaji sambil disemak oleh suami melalui telefon..haa, xsusah pn..teknologi smkn canggih..

Bile jarang jumpe jg, kuranglah dosa kite pd suami..

3. Sweet mcm gula2
Kami pernah salah faham..suami balik dlm keadaan hati terluka..lps hantar suami di stesen bas, baru sy tahu sy ade buat salah..patutlah suami lain mcm & sy xsempat minta maaf..
Maaf di wasap, maaf di corong telefon xsama dgn maaf yg dilafazkan dgn bertentangan mata..

Sy ambil keputusan utk pergi ke tempat kerja nya..suami pernah kate dia izinkan sy ke mana2 jika dia tak ada utk mudahkan urusan sy..jd jam 3 bergerak, sampai jam 5..nasib baik ofis tak tutup lg..masa tu sy kirimkan satu kotak yg penuh dgn kata2 maaf didalam botol berisi kapal, gambar2 nikah, conversation sblm kahwin dan cokelat..hihi..tp mase tu xbrani jg nak jumpa, jd tinggalkan pd guard & pulang..

Dalam perjalanan pulang, suami tanya dah ade dkt mana..sy bagitahu lokasi dan die letak..hampa..itu je die nak tanya..sepanjang perjalanan berlinangan air mata sama mcm keadaan diluar kereta..hujan lebat xhenti2..xdpt jumpa suami, xdpt maaf dr suami..lebih kurang sudah sejam lebih perjalanan, suami suruh berhenti tepi jalan..rupanya die kejar dgn motor dlm keadaa basah kuyup & kesejukan hulurkan cokelat yg sy suka..Allah.. 😭




Dapat mohon maaf, suami bawa makan & hantar pulang..

Xhabis disitu, suami jg balas adegan hindustan tu..keesokan harinya lps keje, suami pulang ke rumah..dihulurkan telefon..berkumandang lagu tema tunang kami sambil die pegang note yg ditulis kata2 manis...gaya ala2 style suami dena bahrin buat tu..hmm makin hari jd makin syg..

Nikmatilah setiap saat yg Allah kurniakan kpd kita..jadikan ia bermanfaat..

Terima kasih ya Allah atas segala nikmatMu..

Indahnya nikmat sabar, Allah akan bagi hadiah yg lebih besar..
Mari kita sama2 muhasabah..

Mitsaqan Ghalizah

19 April 2015

Assalamu'alaikum..

Mitsaqan Ghalizah adalah perjanjian teguh yang disebut Allah di dalam kalam sucinya hanya pada 3 tempat. 

Dalam surah An-Nisa' ayat 154 ketika Allah mengangkat bukit Tsur di atas kepala Bani Israel dan menyuruh mereka bersumpah setia dengan Allah Taala. 


Kedua, dalam surah Al-Ahzab ketika Allah Taala mengambil perjanjian teguh ke atas Nabi Muhammad SAW dan Rasul Ulul Azmi.

Ketiga pada surah An-Nisa' ayat 21 tentang hubungan pernikahan.

Alhamdulillah 2 bulan sudah menjadi zaujah. Banyak suka, ada juga sesekali diuji. Ia bukan duka tapi satu latih tubi dalam subjek rumah tangga.



2 bulan pertama ini saya belajar
1. Sabar
2. Sabar
3. Sabar
4. Jujur
5. Ikhlas

Sesungguhnya perkahwinan adalah medan untuk kita belajar dan bersabar..ada tarbiyyah di dalamnya yang berbeza-beza bagi setiap orang..rumah tangga Rasulullah juga banyak cabarannya..

terpahat kuat pesannya..
"bersabarlah dengan saya dan bersabar untuk bersabar dengan saya...." insyaAllah..


Perkahwinan ini indah..insyaAllah sulamannya iman dan taqwa..moga cinta kami hingga ke syurga..

ana uhibbuka fillah.

Aku Cinta Kamu, Murabbiku

15 February 2015


Ingat tak lagi hari Jumaat 6.6.2014, kita gigih ke Medan Ilmu sebab nak dengar kuliah Tok Guru? bila sampai, peniaga2 kata Tok Guru dah lama tak datang bagi kuliah..tapi kita tetap duduk dekat situ & dengar kuliah yg disampaikan..



Rezeki org Johor katanya, bila nak balik ada pengumuman kata Tok Guru dlm perjalanan..Alhamdulillah seronok sangat..bila nampak kelibat kereta Tok Guru, terus capai camera & bangun melalui orang2 terus ke depan pentas..nampak susuk tubuh Tok Guru yg lemah, hati jadi sayu bercampur gembira..inilah susuk tubuh org yg aku kagumi..



Sesuai dengan gelarannya 'Tok Guru', cara penyampaiannya menarik walau dlm nada yg lemah..walaupun sukar difahami sebab dlm dialek Kelantan, bila org ketawa kita pun ikut ketawa jela..






"Bulan Ramadhan bukan bulan puasa" perkataan ini diulang2 & diikuti hadirin..Tok Guru juga membacakan doa dan diikuti & diaminkan para hadirin di Medan Ilmu..30 minit je kuliah, tak puas langsung..





Bila Tok Guru turun dari pentas, Jujue & Yuyue zuupp hilang..berlari2 & mencelah diantara org yg sgt ramai pegi duduk betul2 depan pintu kereta Tok Guru rupanya..diamati & diselami wajah tua yg penuh dgn kelembutan itu..sungguh aku jatuh cinta pdmu Murabbiku...


Al-Fatihah..



kami menyanjunginya bukan kerana kami taksub..
tp krn peribadi & akhlaknya yg sukar ditandingi..
sentiasa zuhud dimata kami krn Allah beliau merendah diri..
perkara duniawi diletak tepi dan agama didahulukan drpd setiap segi..



Konitmen Yang Belum Pasti

31 January 2015

Alhamdulillah, rajin hari ini. ^_^

Setelah dicium-cium surat cinta Kalamullah, buka pula kitab keramat yang dah 5 tahun beli tapi tak habis-habis baca.



Buat revision sikit.
Tajuk terpilih ialah pada page 20.

Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan..

Quote ke 2,
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup selama-lamanya sampai mati.....

Ya, ia tepat sekali.
Proses ini panjang dan letih menanti kerana penuhnya ujian disepanjang perjalanan ini.

Perhubungan ini cuba diawasi batas-batasnya.
Jarang sekali berhubung, bersua muka apatah lagi. OTP tak pernah walau sekali!

Syukur, mudah-mudahan ia tetap terpelihara hingga lafaz sakinah nanti!

Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, di pagi 31 Januari ini kita dapat...
eh eh, ini dialog pagi tadi..Emcee cilik tak berbakat..

Kalam cinta hari ini berkaitan NIKAH! Oh Nikah.. Kebetulan hari ini sudah masuk juzu' 5 terkandung Surah An-Nisa' iaitu Surah ke 4..



"......... maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah an Nisaa': 24)

Sebahagian kisah asbabun nuzul sebahagian ayat 24 iaitu ayat di atas ialah berkaitan maskahwin..

Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa orang Hadhrami telah membebani kaum lelaki mereka dengan mengenakan pembayaran mahar (maskahwin) yang tinggi supaya mereka tidak dapat membayar pada masa yang telah ditetapkan. Dengan cara ini penambahan kepada pembayaran tersebut dapat dilakukan.

Maka turunlah ayat ini (Surah an Nisaa': 4:24) sebagai penentuan kepada pembayaran maskahwin dengan mengikut keredhaan di antara kedua belah pihak. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ma'mar bin Sulaiman dari bapanya)

Maskahwin & Hantaran

Pada suatu ketika dulu ayah amat tegas dalam penetapan hantaran bagi saya. Tapi suatu ketika itu juga ayah tak kisah tentang berapa nilainya kerana nilai wangnya susut dek seorang lelaki soleh yang tidak ternilai harganya..

Syukur tak ku sangka. Cempedak menjadi nangka. hehe
InsyaAllah pasti yang sedikit itu lah besar barakahnya..

Dulu ayah yang menetapkan tapi kini Allah yang memberi. Bila kita ikhlas, syukur dan meletakkan sepenuh pengharapan pada Allah pasti Allah memberi apa yang kita mahu. Sayang Allah & sayang ayah.

2015

07 January 2015

Assalamu'alaikum..

SubhanAllah, Alhamdulillah Wa Lailahaillah AllahuAkbar..

2014 telah melabuhkan tirai..
Kini 2015 mengambil tempat..

Berhari-hari fikir ape azam tahun ni..
Tapi yang pasti ade 1 prinsip baru..

2015, Talk good or remain silent!

Tak perlu throwback sebab banyak kisah duka yang dilalui & ingin dilupai..

Chaiyok 2015!

Ya Allah,
Kau lah Maha Pengasih & Maha Penyayang..
Ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa keluarga ku & dosa semua muslimin & muslimat..
Ya Allah,
Berilah aku kejayaan di dunia & akhirat..
Tunjukkanlah aku jalan yang benar & jalan yang diredhai oleh Mu..
Ya Allah,
Berilah aku kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk meneruskan kehidupan ini..
Ya Allah,
Jauhkanlah aku dari bisikan syaitan & hindarkanlah aku dari melakukan maksiat..
Ya Allah,
Berkatilah ilmu-ilmu Mu, Rahmatilah guru-guruku..Jadikanlah setiap ilmu yang aku perolehi adalah ilmu yang bermanfaat..
Ya Allah,
Permudahkanlah setiap urusanku..
Ya Allah,
Perkenankanlah doa hamba Mu ini..





Liku-liku Guru Novis

01 October 2014

3 bulan yang lalu..
tangisan tidak dapat di seka..malah raungan menjadi-jadi..
tidak dapat menerima takdir..
Astaghfirullahal'azim..
ini jalan yang ku pilih...



ia bermula dengan sebuah harapan dan direalisasikan kerana ketaatan.

Langkah 1~

Elektronik Digital & Lukisan Kejuruteraan, kelas 2 Teknologi Elektronik..
Persepsi biasa-biasa malah terlencong sedikit kerana judulnya 'Vokasional'..
Cuba menyesuaikan diri dengan pelajar, subjek, guru, suasana dan title sebagai pelajar..
Seawal pagi sudah di sekolah, 5 petang baru keluar dari pagar..
Sampai di rumah sudah lewat petang..
Malam pula bersedia untuk esok hari..Kadang-kadang hanya tidur di atas lantai berbantalkan buku dan komputer riba..

Pelajar? better than after.. Mahu belajar, cuma 5,6 orang yang susah mendengar kata.. tetapi masih hormat gurunya..
Guru? geng guru perempuan baik-baik belaka, sangat membantu..tapi bertelingkah dengan guru lelaki pula..kami anti lelaki gatal..hihi Ia sebagai pengajaran buat kami dan mereka...
PdP? sebelum mula kelas pasti ada tazkirah atau video sebagai mukaddimah..
Formula? Bangun malam Solat Hajat sungguh-sungguh mohon hati mereka lembut dan mudah menerima pelajaran..


Langkah 2~

MPV-Menservis Peralatan Elektrik Domestik & Kemahiran Hidup(KT)
Sekolah nun jauh di Utara.. Mengambil ia sebagai satu cabaran luar biasa.. Benar-benar luar biasa..
Hari pertama di Pulau-Pinang, beg duit hilang dirembat.. Nangis itu harus, namun kenalah berusaha pergi balai polis, JPN, bank dll.. terima kasih naqib & naqibah, juga adik2 USM yang membantu..
Mula dengan pahit..
Hidup sendirian, berdikari dan hidup sebagai seorang dewasa.. Iftar sorang-sorang memang sangat hiba..tapi cuba juga mencari ilmu dan pergi ke Usrah..

Pelajar? sukar difahami bahasanya.. Kasar, itu biasa.. Tapi ada hormat pada kita..
Guru? baik dan mulai rapat dengan guru-gurunya..tapi masa terlalu singkat untuk lebih mengenali mereka..
PdP? Alahmdulillah dapat ajar mereka dengan baik..
Formula? kerap bertanya bila tak pasti dan tak tahu...

Langkah 3~

Matematik, Kemahiran Hidup (SP, KT, ERT), PJ
Kembali ke Johor.. Memaksa diri untuk berdikari lagi..tak mengenali sesiapa kemudian mencari kenalan.. Alhamdulillah, setahun bertahan.. Pahit dan manis terus di lalui, mengenali mereka buat ku disayangi dan menyayangi guru mahupun pelajarnya juga staf mereka..

Pelajar? nakal itu biasa, baik pula bonus bagi kita.. tapi masih boleh dikawal.. pelajar cina juga kena pandai ambil hati mereka.. jadi kawan pada mereka tapi jangan sampai hilang rasa hormat mereka pada kita..
Guru? kebanyakannya sangat disenangi, sudah kenal budi pekerti, ada pula geng sekaki dan serumah..
PdP? buat yang terbaik.. masa ajar Matematik memang sukar tapi usaha sebanyaknya.. Bila ajar subjek sendiri, macam-macam aktiviti dan idea dipraktik..
Formula? berlapang dada, pekakkan telinga, khidmat untuk semua kerana Allah..

Langkah 4~

MPV-Pendawaian Domestik
Langit tak selalu cerah, tidur tak selalu lena.. dari comfort zone berpindah kepada zon yang benar-benar berliku.. Allah sahaja yang tahu.. Benar, ujian kali ini terlalu berat.. Cabaran kali ini betul-betul mencabar..

Pelajar? luar biasa nakalnya.. maki hamun dihembur, hari-hari makan hati berulam rasa..
Guru? masih berhati-hati..tapi sudah dapat kenalpasti hati budi mereka..
PdP? sukar..terlalu sukar kerana objeknya telah membentuk menjadi batu..
Formula? tawakkal..berserah kepada Allah..


Semoga dapat terus bertahan sebagai pendidik, memikul amanah Tuhan, menjadi harapan masyarakat..

Proses Kematangan

05 February 2014



^_^

Untuk menjadi dewasa, setiap individu memerlukan tempoh yang berbeza.. Ada yang pantas, ada yang mengambil masa yang lama.. Begitulah diriku..

Bila review satu per satu post dalam blog ni buat saya tersenyum malu.. Nak padam semua adegan ayat yang tak matang tu tapi ia sebenarnya sesuatu yang berharga.. kerana setiap yang tercatit punya cerita disebaliknya.. ^_^

bermula awal tahun 2008, seorang rakan baik menyarankan untuk mencipta sebuah diari maya.. katanya ia akan jadi memori indah buat kita dan satu perkongsian bermakna buat pengunjung.. Maka selepas SPM, masa terluang untuk mencatat tentang diri ini.. Tapi bila ada blog kalau boleh tak mahu kawan-kawan tahu sebab malu bila diorang baca..

Mei 2008, melangkah ke suatu tempat yang jauh dari keluarga.. Tercampak di tempat 'jin bertendang' kata orang.. Disitu saya tak punya sesiapa.. Keluara jauh di selatan, saudara mara juga tiada.. Hidup berdikari pada usia remaja.. Maka blog ini jugalah tempat meluah rasa, perasaan, emosi dan segala-galanya..

tahun 2009, maju satu langkah ke menara gading.. proses mematangkan diri.. tapi rasanya masa ni kanak-kanak lagi.. pengalaman dikongsi disini.. Masa tu proses pembelajaran.. Belajar dari abang kepada akhi, dari panggilan manja diri kepada yang lebih dihormati..

tahun demii tahun berlalu.. Tuntutan belajar dan dakwah semakin menyimpitkan ruang berkarya.. Rasa rugi tak dapat share tentang isi usrah, pengisian yang diperoleh dan penglaman bergerk kerja & dakwah.. tapi ia pasti tetap akan menjadi satu kenangan indah di kotak minda ini..

InsyaAllah satu langkah lagi telah bermula.. Langkah di alam kerjaya.. InsyaAllah, coming soon~ ^_^

Bidayah Tafaqquh Fiddin


Mujahidah mengembara mencari sinar..

Kecintaan terhadap ilmu membawa ku pergi jauh..

Perjalanan jauh dari Johor ke Kelantan dan akhirnya ke Terengganu membawa satu harapan dan pulang dengan kepuasan. Ilmu yang terlalu luas tidak mungkin saya dapat mengaut semuanya tapi saya dapat kutip sikit demi sedikit. Syukur atas nikmatMu.

penaku takkan berhenti

nyaman










Kejayaan Pelajar Kegembiraan Guru

19 December 2013

Alhamdulillah, Allahuakbar!

say Alhamdulillah, thank you Allah.. — feeling blessed.

Apa yang menggembirakan bagi seorang guru adalah kejayaan anak didiknya dan saya sangat merasainya kini. Gembira kerana ilmu yang dicurahkan telah diterjemahkan kembali. Semoga apa yang dipelajari, diaplikasi dalam kehidupan mereka. ^_^


Harapan guru

Terimbau tragedi mendenda 3 Bakti. 
Cikgu bagi spot question, dimanahkan untuk menyiapkannya di rumah dan bawa kembali pada keesokan harinya untuk dibincangkan..tapi hampa. Hanya 5 orang yang bawa dan siapkan tugasan yang diberi. Apa lagi, kena denda la. Hero-hero Penang katakan, dah bersiap sedia tadah tangan nak kena rotan. Cikgu pun hayun rotan dan ketuk meja kuat-kuat sambil memberi amaran keras. 

"Cikgu nak awak salin semula soalan 1-60 siap dengan jawapan. Siapa tak siap jangan balik!"

Tapi ada pulak yang menjawab "Aiya cikgu, rotan saja la. Saya tak mau salin. Penatlah."
Kalau cikgu rotan awak, apa yang awak dapat cuma sakit. Cikgu pula boleh kena dakwa dekat mahkamah nanti.
Saya cuma balas ringkas "Cikgu hanya beri denda yang bermanfaat  untuk awak."

Apa yang seorang guru lakukan mestilah untuk suatu kebaikan. Rotan sahaja untuk apa. Kalau salin, secara tak langsung mereka membaca dan mengingat soalan dengan jawapan yang betul. InsyaAllah akan membantu dalam exam nanti.


I may not be as smart as you people all #3A4B1C #PMR13!! — feeling frustrated.

Anak-anak cikgu yang dikasihi,
Gagal bukan bermakna dunia telah berakhir tapi gagal adalah satu ujian daripada Allah. Malah orang yang cemerlang itu juga satu ujian yang lebih besar Allah beri padaNya. 

Lihatlah PMR ini bukan sekadar satu peperiksaan tetapi lebih daripada itu. PMR juga boleh menjadi penanda aras antara hubungan seseorang dengan Allah. 

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syuura ayat 30.

Audit diri, muhasabah dan fikir kembali. Dalam pada kita sedih dengan keputusan yang diperoleh pernahkah kita bersyukur atas nikmat yang Allah beri? Adakah setimpal usaha kita dengan apa yang kita peroleh? Bukan itu sahaja, adakah cukup erat hubungan kita ketika kita merayu mengharap suatu kejayaan daripadaNya?

Ayuh,
Teruskan mendaki, kerana puncak sedang menanti anda. Anda masih ada peluang lagi untuk terus berusaha. Maka, jangan kecewa, pandang secara rasional. Senyum dan terus berusaha. ^_^

Aku Graduan Itu

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini hadiah dari Allah


Ilmu dan amal yang tidak ada dengan perantaraan dakwah akan menjadi adat dan ilmu yang diperolehi secara adat akan menjadi perantaraan untuk mencari wang.








Hijab I'm In Love

02 February 2013

My pinky hijab collection

Ketika mengenalmu, hati selalu bertanya,
Sudah bersediakah aku?
Akhirnya aku mengerti, aku telah jatuh hati,
Dan menghijabkan diri..
Indahnya.. 
Oh teduhnya.. 
Cantikkan hatiku..
Hijab, hijab I'm in love..
Kau menjaga hati dan diriku..
Hijab, hijab I'm in love..
Ku tenteram bersamamu..
Semenjak bersamamu, kau hiasi hariku,
Ceriakan selalu..
Takkan ku lepas lagi, kerana kau telah menjadi,
Sebahagian dari hidupku..
Mereka selalu berkata,
Untuk menangguh dirimu,
Kerana ingin menjilbabkan hatinya dulu..
Namun sampai bilakah,
Semua akan berubah,
Kerana hati manusia tempat khilaf dan salah..

Inspired: OSD & Shindy ^^

Hijab, I'm in LOVE

Kawan Jauh Di Mata

Assalamualaikum

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."(Al-Hujurat:13)


Pada tahun 2009, Allah telah mentakdirkan saya berkenalan dengan seorang kawan yang merupakan kawan kepada sahabat saya. Saya takut nak mendekati dia sebab dia sangat pendiam. Dia dengan perihal diri dia sendiri. Balik kuliah dia akan pergi masjid atau ke bilik. Dia budak masjid tapi bila ada program, dia selalu bersembunyi. Kadang-kadang dia pelik. Hmm :)

"Hai, nama saya..."
Kami bukan kenal dengan cara begini. Saya kenal dia dan perihal peribadi dia daripada sahabat saya. Saya gembira bila lihat sahabat saya gembira berkawan dengan dia. Kenangan matrikulasi. :)

"Sahabat sebenarnya ada dua macam iaitu sahabat yang membawa kita ke syuga dan sahabat yang akan mencampakkan kita ke dalam neraka. Namun, hakikat sahabat hanya ada satu iaitu sahabat yang akan membawa kita ke syurga." iluvislam

Tamat matrikulasi, masing-masing membawa haluan untuk mencapai cita-cita masing-masing. Sepanjang bergelar mahasiswa kampus, banyak perkara yang berlaku. Dia sering berkongsi cerita. Dia cerita dia pergi ke kem, menghadapi tempat program yang dhaif dan macam-macam lagi. Sebenarnya perkara-perkara tu saya dah lalui. Saya selalu doa supaya dia dekat dengan orang-orang yang baik. Sebab orang yang baik akan membawa orang yang berdamping dengannya bersama-samanya ke syurga. Alhamdulillah, dia aktif dengan BADAR di kolej kediamannya. Menjadi salah seorang "orang penting" dalam krew tu lagi. :)

Banyak yang saya nak kongsi dengan sahabat yang pernah memperkenalkan saya kepada dia. Dia banyak berubah. Yelah, manusia akan sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Dia matang. Lebih-lebih lagi dalam soal jodoh. :D

Sahabat adalah refleksi kepada diri kita. Bila kita memberi nasihat kepada dia, sebenarnya kita sedang menasihati diri kita sendiri. 

Teruslah berlari merapatiNya. Saya bangga ada sahabat seperti awak. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Saya dah kotakan satu janji. InsyaAllah lagi satu coming soon. :)

Tarbiyyah Hati Saya

Assalamualaikum.

"Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermulanya daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah! Bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang ."
~ As Syahid Hassan Al Banna~

Allahuakbar, sudah lima bulan blog ini tak dapat makanan rohani. Segalanya kerana title bergelar PTA! *Pelajar Tahun Akhir. :(
Kesibukan mengecapi kejayaan duniawi dalam menggapai redhaNya dengan sedikit sumbangan ke arah usaha-usaha ukhrawi. Semoga Allah redha. ^^

Hari-hari meninggalkan taman tarbiyyah ini, hati sayu. Sahabat-sahabat ramai yang sudah pulang ke kampung untuk persediaan LM *Latihan Mengajar. Saya masih di sini. Menyiapkan segala tugasan dan amanah yang sahabat-sahabat berikan. Moga bantuan kecil ini dapat melancarkan urusan mereka.


To-do-list:
1) Daftarkan subjek sahabat (manual)
2) Hantarkan thesis sahabat-sahabat. 15 buah semuanya.
3) Dapatkan tanda tangan penyelia mereka.
4) Hantar peralatan makmal yang sahabat pinjam.
5) Hantar thesis yang sahabat pinjam di Library. 10 buah semuanya.
6) Hantar thesis saya.
7) Hantar borang kelim projek saya.
8) Jumpa penyelia saya yang sangat baik. ^^

3.5 @ UTHM

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantah; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Anfaal:46)

Tiga tahun setengah saya di bumi tarbiyyah ini. Banyak yang saya belajar. Belajar menjadi seorang mahasiswa + dai'e, menjadi orang yang lebih matang dan rasional dalam membuat keputusan, belajar berpengurusan, belajar bersosial dan macam-macam lagi.

"Sungguh manusia berada dalam kerugian." (Al-'Asr:2)

Semua ayat-ayat Allah adalah benar. Rugilah siapa yang berada di kampus tapi hanya belajar untuk mendapatkan CPA yang cemerlang, menjadi mahasiswa 3K *Kuliah, Kantin, Katil. Universiti adalah tempat kita mendapatkan sesuatu yang tidak akan kita perolehi di alam pekerjaan. Pengalaman, pelajaran dan keindahan.

Berbalik kepada ayat Allah dalam Surah Al-Anfaal yang saya catatkan di atas. Dalam menempuhi proses tarbiyyah yang mantap, kita akan merasai duka, kesedihan, kesakitan dan kesengsaraan kerana tiada keselesaan yang dijanjikan kepada para pejuang. Ujian itu datang daripada dua faktor iaitu faktor luaran dan dalaman.


Nak berkongsi tentang ujian dan dugaan-dugaan luar biasa itu tapi terlalu banyak. Ujian Allah macam exam kita, ada kuiz, ada test, ade final. Tapi ujian Allah sangat istimewa. Beruntunglah orang-orang yang berjaya melepasi ujian itu. Lepas tempuhi ujian tersebut kita akan menaiki satu tingkatan level iman dan selepas itu ujian akan lebih mencabar.

"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Ujian dan dugaan adalah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Semakin kuat kita menempuhinya, semakin tinggi tahap kebergantungan kita pada Allah semakin dekatlah kita pada Allah. Dalam kita menghadapi ujian Allah, Allah hadiahkan love letter untuk kita. Setiap masalah itu pasti ada penyelesaian. Baca dan dalami Al-Quran. Pasti ketemui jawapannya. Sesungguhnya dengan mengingati Allah pasti hati akan menjadi tenang. Allahu, saya cinta Allah. :)

Maka, jangan mengeluh, jangan resah. Allah sentiasa ada bersama kita.

Wallahualam.

Amanah

09 September 2012

Assalamualaikum..
Ya Rabb, rindunya pada papan kekunci ini..rindu ia nya ditekan untuk menceritakan sebuah kehidupan..

10 September 2012
"InsyaAllah, tahun 4" fakta yang sering diungkap, moga ianya menjadi doa. Langkah kali ini pasti berbeza dengan langkah 3 tahun yang lalu. Semakin jauh kaki melangkah, semakin mengecil sasaran dituju. Alhamdulillah saya kini berada di Menara Gading, hati berkata ketika mula melangkah. Ini impianku sejak kecil lagi. Hari pertama MHS 2012 sangat berbeza dengan MHS 2009. Roda berputar melalui bulatan kecil, hati sayu, air mata mula berlinangan. Allah, pantasnya masa berlalu. Adakah selama saya diizinkan Allah melangkah dibumi ini telah saya manfaatkan ia sebaiknya? 


Saya ingin berbakti kepada masyarakat dan alam kerana saya dan anda semua punya amanah. Amanah yang berat yang tidak sanggup dipikul oleh gunung-ganang. Amanah sebagai hamba Allah dan KHALIFAH. Tertunaikah tanggungjawab ini selama Allah campakkan saya ke dalam Universiti Tarbiyah Hati Manusia ini? 

Ya Allah, aku merintih padaMu ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk menghabiskan sisa tempoh yang Engkau kurniakan padaku untuk aku laksanakan amanahku ini.
Rabbi yassir wala tu'assir~

Doa Buat Kekasih

10 August 2012


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah,
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta untukku,
satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi.

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
ketepian yang sejahtera dan abadi,
maka jodohkanlah kami.

Tetapi Ya Allah,
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,
bawalah dia jauh dari pandanganku,
luputkanlah dia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Ya Allah yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan menolak beyangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersamanya.

Ya Allah yang Tercinta,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu.
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini.

Ya Allah,
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat.
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini.
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat,
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.

Ya Allah,
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat
dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Amin Ya Rabbal 'AAlamin


Cinta Yang Sejati Hanya Pada Maha Pencipta Yang Telah Menciptakan Kita

Hak Dan Kesamarataan

08 December 2011


RESOLUSI KONVENSYEN MAHASISWA PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2011


 
1 ) MENGEMBALIKAN JAMINAN PENEMPATAN GURU
a.     (Utusan Malaysia:10/8/2011). Dinyatakan bahawa pengambilan pelajar ke program pendidikan guru IPTA adalah berlandaskan unjuran yang dibuat KPM pada setiap tahun. Maka selayaknya semua guru Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diberi penempatan dan lebihan guru tidak berbangkit.

b.     Dalam RMK 10 terdapat objektif mempertingkatkan kualiti guru baru secara signifikan dengan memperketatkan syarat kemasukan. Sewajarnya keutamaan perlu diberikan kepada GST sekiranya objektif kualiti guru baru ingin direalisasikan memandangkan guru Izajah Sarjana Muda Pendidikan ( ISMP ) melalui empat tahun pendidikan dengan modul khusus melatih untuk menjadi pendidik berbanding dengan Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT ) selama dua tahun.
c.     Intipati RMK-10 ialah meningkatkan Daya Tarikan Keguruan dan Menghasilkan Guru Terbaik, Meningkatkan Kualiti Guru Baru Secara Signifikan, Menjadikan Profesion Keguruan Pilihan Utama. Sudah pasti mereka yang berada dalam sistem pendidikan khusus seperti sekarang ISMP adalah lebih layak untuk kearah meningkatkan profesionalisme perguruan. Daya penarik utama kepada dunia pendidikan adalah menanam minat untuk mendidik dan juga jaminan penempatan, sekiranya penghapusan berlaku, ia gagal untuk menarik golongan yang cemerlang ke bidang pendidikan.
d.     Perancangan mensifarkan GSTT semasa perlaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang sudah pun berlalu dimana isu GSTT masih berlarutan hingga kini dan menimbulkan banyak kekacauan dalam penempatan GST, perkara ini perlu di semak semula sedangkan PIPP telah berlalu.
e.     Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan produktif, sewajarnya pihak kerajaan mempertimbangkan jaminan penempatan Guru Sandaran Terlatih kerana guru adalah nadi pembangunan Negara. Ini bagi mengelak emosi mereka yang mengikuti ISMP disebabkan tekanan isu penghapusan penempatan guru ini.
f.      Bakal guru dibidang pendidikan sukar mencari pekerjaan lain apabila penilai/penemuduga melihat bahawa pemilik ijazah pendidikan ini akan bekerja sementara dan lambat laun akan lari ke bahagian perguruan dan hanya segelintir yang berjaya. Ini melibatkan soal perangkap kepercayaan majikan terhadap pemengang ISMP, sekiranya tidak dapat kemanakah arah tuju mereka dan ini menimbulkan kegusaran kepada mereka yang memiliki ISMP.

g.     Graduan Ijazah Sarajan Muda Pendidikan (ISMP) mempunyai latihan yang khusus dalam bidang pendidikan dan mereka tiada ada pilihan lain selain menjadi guru memandangkan ijazah mereka yang khusus dalam bidang pendidikan sukar untuk diterima dalam pasaran kerja semasa.

2 ) MEMBUKA PELUANG MEMOHON BIASISWA KEPADA SEMUA PEMENGANG IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
a.     Secara mudahnya, semua pelajar yang berada dalam Kusus Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI ) dan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah ( DPLI ) diberikan elaun pengajian, akan tetapi bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda ( ISMP ) Pendidikan tidak pula diberikan peluang yang sama terhadap perkara ini.
b.     Kita meminta jasa baik pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi peluang kepada semua pemengang ISMP memohon biasiswa yang dikeluarkan oleh pihak KPM. Kita faham sekiranya tidak memberi biasiswa kepada semua pelajar ISMP sekurang-kurang memberi peluang memohon kepada semua ISMP bukannya mengenakan syarat bidang tertentukan dalam pendidikan. Sedangkan yang berlaku sekarang, ada bidang yang dibuka memohon ada pula yang tidak dibuka, ini satu diskriminasi yang jelas seumpama tahun 2010. KPM hanya membuka kepada jurusan Pendidikan Khas, Pendidikan TESL, Pendidikan Sukan.
c.     Pelajar ISMP akan praktikal selama enam bulan tetapi semuapelajar ISMP tidak di bayar elaun untuk tempoh tersebut, dan ini satu bebanan yang cukup besar kepada pelajar ISMP berbanding KPLI, DPLI dan IPG. Untuk perkara ini, kita memohon pihak KPM memberi sedikit elaun kepada semua ISMP.

3) KEPIMPINAN BARU TIDAK MENGUBAH DASAR YANG SEDIA ADA TANPA MELIHAT DAN MENGAMBIL PANDANGAN PENDIDIK

a.     Kami menuntut pihak KPT dan KPM mengambil kira pandangan pendidik dan pelajar sendiri sebelum membuat dan melaksanakan sesuatu dasar yang baru.Kami bimbang jika pihak KPT dan KPM tidak mengambil pandangan para pendidik dan pelajar,ia menjadi satu dasar baru yang sia-sia malah lebih teruk lagi dasar tersebut memberi kesan yang negatif kepada pendidik,bakal pendidik serta modal insan yang akan dilahirkan.Jika perubahan dasar yang baru ingin dibuat dan dilaksanakan juga,kami member cadangan supaya dasar baru tersebut dibuat bermulanya sessi pengambilan yang baru supaya tidak mempengaruhi mahasiswa pendidikan yang sedang mengikuti kursus pendidikan.
b.     Contohnya isu di UTHM yang mengambil kursus teknik dan vokasional, kami menuntut jaminan dari pihak KPM untuk memberi penempatan dalam bidang teknik dan vokasional dan jaminan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia sehingga membolehkan mereka menagajar di Kolej Vokasional.

4) PEMERKASAAN BAKAL GURU

a.     Mengutamakan kualiti berbanding kuantiti seorang guru. Kami berpandangan pemilihan guru-guru mestilah berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM) yang mana mempunyai Key Performance Index (KPI) yang jelas sebagai seorang guru supaya guru-guru yang bakal dilantik mampu menjalankan tugas dengan baik.

b.     Penyeragaman kurikulum bagi setiap institusi.
              i.        Menyeragamkan kurikulum bagi setiap ipg/ipt dalam pendidikan diselaraskan (masa, pelaksanaan dan pemarkahan gred).
             ii.        Menyeragamkan kurikulum dari segi praktikal/ROS (pemarkahan gred)

            iii.        Memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih kursus elektif(minor) yang mereka minati dan bukan menentukan kursus elektif kepada mereka.

5) Mansuhkan GSTT /KPLI/DPLI.
a.     Perancangan mensifarkan GSTT semasa pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang sudah pun berlalu dimana isu GSTT masih berlarutan hingga kini dan menimbulkan banyak kekacauan dalam penempatan GST, perkara ini perlu di semak semula sedangkan PIPP telah berlalu.

b.     Jadi kami menuntut agar pengambilan GSTT/KPLI/DPL dapat dimansuhkan.

c.     GSTT seharusnya beralih kepada bidang kerjaya yang lain yang peluang kerjaya ini tidak dimilki oleh graduan ISMP.



Catatan Cikgu Jue

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails