^_^
Untuk menjadi dewasa, setiap individu memerlukan tempoh yang berbeza.. Ada yang pantas, ada yang mengambil masa yang lama.. Begitulah diriku..
Bila review satu per satu post dalam blog ni buat saya tersenyum malu.. Nak padam semua adegan ayat yang tak matang tu tapi ia sebenarnya sesuatu yang berharga.. kerana setiap yang tercatit punya cerita disebaliknya.. ^_^
bermula awal tahun 2008, seorang rakan baik menyarankan untuk mencipta sebuah diari maya.. katanya ia akan jadi memori indah buat kita dan satu perkongsian bermakna buat pengunjung.. Maka selepas SPM, masa terluang untuk mencatat tentang diri ini.. Tapi bila ada blog kalau boleh tak mahu kawan-kawan tahu sebab malu bila diorang baca..
Mei 2008, melangkah ke suatu tempat yang jauh dari keluarga.. Tercampak di tempat 'jin bertendang' kata orang.. Disitu saya tak punya sesiapa.. Keluara jauh di selatan, saudara mara juga tiada.. Hidup berdikari pada usia remaja.. Maka blog ini jugalah tempat meluah rasa, perasaan, emosi dan segala-galanya..
tahun 2009, maju satu langkah ke menara gading.. proses mematangkan diri.. tapi rasanya masa ni kanak-kanak lagi.. pengalaman dikongsi disini.. Masa tu proses pembelajaran.. Belajar dari abang kepada akhi, dari panggilan manja diri kepada yang lebih dihormati..
tahun demii tahun berlalu.. Tuntutan belajar dan dakwah semakin menyimpitkan ruang berkarya.. Rasa rugi tak dapat share tentang isi usrah, pengisian yang diperoleh dan penglaman bergerk kerja & dakwah.. tapi ia pasti tetap akan menjadi satu kenangan indah di kotak minda ini..
InsyaAllah satu langkah lagi telah bermula.. Langkah di alam kerjaya.. InsyaAllah, coming soon~ ^_^
1 comments:
Salam sejahtera tuan, pada mulanya saya suka bersangka baik dengan program kerajaan iaitu KPLI meskipun guru-guru terlibat hanya melalui latihan amat pendek iaitu kurang dua tahun sahaja kerana menyangka program ini mengambil golongan pandai, cemerlang akademik yang berasal daripada universiti terkemuka dan sekolah asrama, sekolah bagus-bagus.
March 31, 2014 at 7:26 AMNamun sangkaan saya meleset sama sekali apabila mendapat tahu bukan semua produk KPLI ialah golongan cerdik pandai yang mampu membimbing murid-murid berdasarkan pengalaman mereka dahulu. Ada guru KPLI hanya keluaran kolej yang orang tak pernah dengar, berasal pula dari sekolah menengah biasa yakni tidak skor UPSR mahupun SPM. Perwatakan pun tak macam guru jalan kengkang hisap rokok tak putus-putus asyik main fb.
Adakah untuk guru begini cukup latihan perguruan hanya dua tahun? Berapa kali mereka praktikal kalau hanya kursus dua tahun? Adakah mereka mampu menjalankan tanggungjawab atau hanya datang ambil gaji DG41 untuk hidup senang? Apa sekolah tempat menghasilkan modal insan atau tempat bail out orang tak ada kerja?
Tidak hairanlah sekarang budak-budak tidak hormat orang tua, berzina, hisap rokok, minum arak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Ibubapa kecewa,
Taman Sri Sinar, KL.
Post a Comment