REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

1001 pengalaman

07 December 2009


 Selamat Datang ke Seminar Kebangsaan Dakwah Islamiah di IPT dan Komuniti
Seminar ini berlangsung selama 2 hari di Dewan Tunku Ibrahim Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang melibatkan 150 orang peserta terdiri daripada pegawai2 dari pelbagai sektor awam dan swasta serta para imam dan pelajar IPT itu sendiri.
Seminar ini membincangkan hal-hal berbangkit dikalangan masyarakat kita hari ini. Ramai panel dan pembentang yang berpengalaman dan bertauliah telah turut serta dalam perbincangan ilmiah ini.
Seramai 20 orang AJK Kecil dari kalangan pimpinan JTPI dan Kelab Iqra' telah membantu menjayakan seminar ini termasuklah saya.
Saya telah pulang ke kampus 2 hari sebelum program bermula untuk menyiapkan persediaan sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung. Di sini saya belajar menguruskan program yang grand. Rupa-rupanya rumit sangat. Kita kena fikirkan perkara yang sekecil2nya untuk menjadikan majlis sempurna. Lebih2 lagi Menteri Besar Johor yang akan merasmikan perasmian penutup majlis.
Penat? memang sangat2 penat tapi saya enjoy. Caranya jangan terlalu tension masa buat kerja. Relax sudah, janji kerja jalan.

Macam2 perkara berlaku sepanjang program. Gembira, sedih. Gembira dapat makan ramai2 di Pinang Sebatang. Rasa macam satu family. Lagi2 bila makanan kitorang semua di sponsor. Hari terakhir mengundang air mata salah seorang dari kami. Berita kematian ayahnya amat memilukan kami. Saya terkedu apabila diberitahu. Terus terbayangkan wajahnya. Bagaimana dia menghadapi semua ni. Dia bekerja keras menunaikan tanggungjawabnya, mesti rasa terkilan tak dapat tatap wajah ayah tercinta pada saat terakhir. Tabahlah kak. Redhakanlah pemergiannya. Kami sentiasa ada untuk akak.. Al-Fatihah..

 
pose terakhir dari kami.. (^^,)

Seindah pengalaman..

25 November 2009

Salam ukhuwah wahai sahabat...
"Maka (wahai Muhammad), hendaklah engkau memberi peringatan tetapi barang diingat bahawa tugasmu hanyalah memberi peringatan. Bukanlah kamu (wahai Muhammad) seorang pemaksa. Tetapi sesiapa yang berpaling (tiada menurut perintah itu) dan ingkar, maka Allah akan menyiksanya dengan siksa yang lebih besar."
(Al-Ghaasyiyah, 21-24)
Gembira, teruja, gementar, segala perasaan saya bercambur baur.. alangkah seronoknya sahabat, begitu banyak butir2 mutiara saya kutip dari bumi USIM ini..
Secara puratanya saya dapat katakan Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 09 ini telah memberi berjuta-juta ilmu yang amat berguna kepada saya..
..
xjemu menunggu pak cik bas buka pintu untuk teruskan perjalanan ke USIM.
Malam pertama saya di bumi USIM ini, saya mulai terpegun dengan keindahan landskap, reka bentuk bangunanya dan nyaman sungguh dewan kuliahnya.. Taklimat dari pengarah program, Saudara Daing Fadzil begitu memberi harapan agar program ini dapat menjadi platform terbaik bagi semua pendakwah muda untuk berbincang dan berdiskusi mengenai gerakerja dakwah agar dapat menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan.. Beliau meminta semua peserta agar membetulkan niat mengapa mereka berada dalam majlis ini.. Beliau juga berharap program ini dapat mencari titik persefahaman untuk menyelesaikan masalah ummat..
..
gembira rasanya dapat menimba banyak ilmu2 yang bermanfaat.
Kediaman yang disediakan saya beri 3 star..sebabnya same je cam kolej kediaman kat Taman U cuma USIM best lagi..(bak kate Kak Dija) Makanannye plak sedikit membuatkan saya xberselera tapi bila dah lapar, semuanya saya telan cuma xabis je.. yang bestnye air mineral ngan air kotak nye saya wat koleksi sebab air mineral tu ade lambang USIM..hehe..Pengangkutan teratur..Best dapat rasa naik semua bas dari U yang berbeza..;p DK terlalu sejuk la..lg2 kalau malam, macam duduk dalam peti ais..yang lain2, kerap sangat wat announcement tp xpe jd peringatan untuk peserta cuma peserta terlalu bergantung ngan arahan yang akan diberikan..

Pengisian2 program ini amat menarik.. Mulanya Ucaptama dari Dr Mohd Farid bin Mohd Shahran.. ucaptama je dah membuatkan semangat saya berkobar.. Kata2nya memberangsangkan, beliau meletakkan harapan baru kepada generasi muda dalam dakwah dan katanya perubahan perlu bermula dari sekarang..
Wacana, forum, bengkel dan pengkongsian dakwah antara u telah menyuntik semangat saya untuk berada dalam jalan dakwah ini..segala ilmu yang ditimba dan dikutip dari para pendakwah yang berpengalaman dan pengkongsian ilmu dari sahbat2 di universiti2 seluruh Malaysia akan saya manfaatkan sepenuhnya..
..
taknak tinggalkan USIM rasanya..
Rasa sedih dan sayu apabila ingin tinggalkan USIM..Beban terpikul di bahu apabila kembalinya saya ke Johor..sebenarnya banyak lagi pengisian rohani saya kena mantapkan..Adakah ini satu permulaan??
"Ya Allah, kami mohon keampunanmu. Kami mohon keberkatanmu dan kerahmatanmu.. Ya Allah, ketika engkau memberikan rasa nikmat, takut dan gentar kepadamu, jangan kau palingkan perasaan tersebut. Kami ingin beramal ibadat kepadamu, ya Allah.. Kau berilah kekuatan kepada kami. Kau lindungilah kami ya Allah"
(doa daripada pembentangan kertas kerja Prof Dr Muhd Kamil)
..
the best moment..akhirnya dapat jumpe kak Tika tersayang..rindu sangat dekat kak tika..
Saya akan titipkan lagi pengalaman2 berharga dan info2 yang telah diberikan dan didapati daripada konvensyen ini dalam post akan datang dan jika berkesempatan...InsyaAllah..
Mohon diberi teguran atas mana2 kesilapan yang berlaku..


"Tidak ada tujuan lain daripada usaha dakwah aku kecuali untuk mengisahkan manusia sekadar yang aku upaya. "
(Hud: 88)

Assobru minal iman

07 October 2009


Assobru Minal Iman


“Bila ditanya mengapa Allah beri kita dugaan? Jawapan yang kita sering dengar adalah kerana Allah nak tahu tahap kesabaran kita. Allah kan Maha Mengetahui, mengapa Dia nak uji sebegitu?
Na’uzubillah. Ya, Allah bersifat dengan sifat Maha Mengetahui. Yang sebbenar-benarnya bukan Allah nak tahu tahap kesabaran kita tapi Allah nak kita yang tahu tahap kesabaran kita apabila Allah beri ujian pada kita. Manusia sering alpa dan leka, bila Allah beri kenikmatan kita tidak bersyukur. Apabila Allah beri ujian barulah kita mengingati Allah.”


3 peristiwa yg benar-benar menguji kesabaran sy.


Peristiwa 1


06-10-2009
Presentation spontan
Utk presentation Falsafah hari ni sy sdiakan slide n vdeo utk dtygkan tp xdpt nk wat sbb lectrer xbgi gne laptop die... xde sape pn dlm kelas sy yg bwa laptop... Jd kitorg knelah present spontan tnpa pape alt bantuan mngajar... Gram sgt.. Pnat je sy brtungks-lmus wat.. xsngke plak jd cmni... Biasenye lctrr provide lptp utk dgunakan... Dgn selmbenye sy present.. pape jd, jdilh.. markh indivdu, yg pntg wt yg trbaik.. mse tgh present tu ag bengang sbb qayum leh plak peace2 n snyum2.. pastu die leh plak sruh sy stop.. xsmpat sy nk hbiskn smua tjuk sy.. tp yu ckp klau qayum xwat cm 2 mesti sy xbrhenti-henti brckp.. hehe.. sy klau da brckp, xleh stop.. prsntation kli ni sy lg yakin sbb sy btul2 kuasai tjuk tu.. sy brgrak ke dpan klas, dpt pndg mta stiap audience n dpt thn ketak wlaupn tngn asyk shaking je.. =p


Peristiwa 2


06-10-2009
Berjanggut tunggu giliran
Lepas je habis klas Falsafah, sy pegi DTII jap sblm gi F2.. Hari ni glrn bdk FKEE ngn FPTek serah dokumen PTPTN tp sy ngk rmai je bdk fakulti lain dtg menyibuk.. Truk tul.. xreti ikut prosedur.. dah la prosesnya lambt.. Yu dpt no 400, pgw HEP bgthu tu no last.. Then sy xdpt la no... Kmi tggu smpai ptg.. Kjap2 pgi F2, jge booth n wat kje.. Pnat sgt2... Dah pkul 6.30 tp bru no ke 300.. Ktorg pn blik la sbb da give up..


07-10-2009
Finally
Hari ni ktorg gi F2 lg.. kali ni ktorg xgi klas tkot xdpt nk srah dokumn lg.. Ktorg dtg pkul 8pgi tp da rmai sgt org.. smlm kne amik no kt pgw hep, hari ni dorg bg utk sape yg dduk je plak.. Klau sdiakan byk kerusi xpela, ktorg yg diri ni xdpt no lgsg.. Nsib baik at last dpt jgk.. tu pun no 312.. huhu, cmni pas Zohor la sy dtg blik.. Sy tlg jge booth JTPI smntara tggu.. Lps Zohor sy dtg lg, Alhamdulillah glrn sy sblm pkul 4..


Peristiwa 3
07-10-2009
Math tipu
Mse sy duk tlg jge booth JTPI, sy wt math..ngh tension ngn PTPTN tp try gak stdy..tp pape pn xmsuk..smue xdpt..tension sgt..sy da mle nk nangis mse 2..then kwn ajk pi mkn, mse ngh mkn tu tbe2 air mata nk kuar..sy xkuat..rase bertan2 beban sy tanggung..dugaan ari tu mmg bnyk, kwn sy try hepikn sy tp die pn snanye ngh tension.. ktorg monyok je


Sesungguhnya Allah Maha Penyayang, Dia tahu apa yang Dia lakukan.. Allah uji sy dgn byk dugaan.. Hikmahnya, Allah berikan pelangi disebalik hujan dan mendung.. Akhirnya muncullah mentari yang dinanti.. Alhamdulillah, segala kekusutan dilerai.. PTPTN selesai, test Math postpone, presentation dah lepas..lega...
Kata2 ’Afifah Syatirah terngiang2 ditelinga. wahai sahabat, syukrn jazilan.. Mmg benar Allah uji kita krn nk kita tahu thp kesbrn kita.. =)

puasa, RAYA, assignment ...

23 September 2009

Salamun'alaik..
Alhamdulillah, berakhirnya Ramadhan diganti dengan Syawal.. Semoga Ramadhan pada kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu dan Ramadhan yang akan datang lebih baik dari Ramadhan kali ini..
Malam 1 Syawal merupakan Lailatul Jaizah (kalau xsilap, dah lupa) ataupun Malam Penganugaerahan.. Allah telah menjadikan malam ini adalah malam penganugerahan untuk kita bertakbir dan bertahmid memuji Allah dan menunjukkan rasa syukur kita pada yang maha satu..

Lailatul Qadar
R amadhanku kali ini ku rasakan yang terbaik dari Ramadhan-Ramadhan yang lalu.. Aku berjaya menunaikan solat malam untuk beberapa kali (mungkinkah aku telah perolehi Lailatul Qadar? hanya tuhan yang tahu), aku berjaya mengkhatamkan beberapa juzuk bacaan Alquran dengan sendiri.. Alhamdulillah.. Keletihanku tidak menyebabkan aku jadikan ia alasan.. Tapi kadang kala nafsu mengatasi segalanya.. Aku ada juga tinggal solat tarawikh kerana kesibukan tugasan sebagai pelajar.. InsyaAllah aku berazam untuk perbaikinya pada Ramadhan akan datang.. Mudah-mudahan ibadat yang telah aku lakukan sepanjang Ramadhan tidak tamat begitu saja.. Aku akan tetap berusaha menunaikannya seperti biasa..

Berbuka
Juadahku berbuka biasanya adalah juadah-juadah yang disediakan di Masjid.. Aku lebih kerap berbuka di Masjid Kampus berbanding di Surau Melewar.. Sebabnya tugasku dan mesyuarat biasanya di kampus dan berakhir lewat.. Kadang-kala aku berbuka juga di rumah bersama teman serumah dan sekali di Restoran Gazeebo bersama sahabat sekelas.. Meriah betul..

tak pulang
Bulan ini juga aku mencatat sejarah tidak pulang ke rumah selama tiga minggu berturut-turut..hehe =) Aku sibuk dengan assignment, Pameran Patriotisme untuk subjek kenegaraan, KP2i, mesyuarat-mesyuarat persatuan, tanggungjawab sebagai rakan biro, hiasan kemerdekaan bagi Pertandingan Kolej ku Ceria dan sibuk shopping untuk raya..=p

RAYA
1 Syawal kali ini kurang meriah kerana Kakak dan Abang Hasan tak pulang raya bersama.. Cik Lela dan Cik Yati pun tak raya di Kluang tahun ni.. Baju raya ku tahun ni ada 3 pasang.. Semuanya warna merah jambu..hehe.. tak ikut tema pun.. yang penting aku selesa..


Duit Raya
Duit raya tahun ni tak banyak sebab dah besar.. Dulu zaman kecil lah paling best.. Tahun ni jugak tak beraya dengan family ayah jadi ongkosnya dah kurang..



Assingment
Wah, raya-raya ni pun banyak assignment.. rasa macam tak nak cuti je.. Naik ni pun banyak test.. Cmane ni.. Aku kena balik kolej cepat.. ada kerja artikel kenegaraan, esei untuk English, power point Falsafah, banyak lagi kot tapi tak ingat..
Dalam kesibukan orang dok pi raya pun aku dapat mesej pasal program naik cuti nanti..ish-ish kacau mood raya lah...

bisikan nurani

04 September 2009

Salam Ramdhan Al-Mubarak..
Ramadhan sudah hampir ke pertengahan bulan, Lailatul Qadar pula sudah mula mahu menyinggah ke jendela hati orang yang tekun beribadat pada malam hari, berzikir, bertahajud, menyembah tuhan yang satu..
Hari semakin hari, assignment mula banyak..Ramai sahabat-sahabat yang mula tertekan dan bosan..Saya pun apa kurangnya..Ada pula sahabat yang tanya saya tak tension ke? muka hepi je..huhh mana xtensionnya, semua subjek ada assignment..kena present lagi..bila dah present, lecturer pulak komen yang xsedap didengar..tanggungjawab kat organisasi lagi..huish..saya tension juga sebenarnya tapi rasenya tu baru sikit Allah turunkan ujian..bxperlulah sampai masam muka n marah-marah kat orang lain..senyum tu pengubat duka..so,senyumlah..Dalam kesibukan ini, kita kena sentiasa mengingati Allah..sebab adalah menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim untuk sentiasa mengingati Allah..lagipun, dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang..
Jangan tinggalkan solat, jangan lakukan maksiat..


Ada seekor ikan yang hidup di lautan yang sangat luas..Semua lautan yang diciptakan oleh Allah adalah masin..maka tinggallah ikan itu didalam lautan tersebut tanpa sedikit pun air lautan itu menyebabkan ianya terasa masin bila kita makan..Namun apabila kita bawa ianya ke darat, ia akan terasa begitu masin jika kita menambah sedikit garam sehinggakan kita tak lalu makan kerana ianya terlalu masin..Kenapa jadi begitu?
Itulah lumrah kehidupan..Kita tidak akan terpengaruh walau banyak dugaan menimpa jika hati kita cekal, kuat dan sentiasa berwaspada..Namun jika segumpal darah bernama hati itu mati, dipenuhi titik-titik hitam maka ia akan mengakibatkan keseluruhan tubuhnya..Wahai sahabat, jagalah hati kita, pelihara ia..Sentiasa ingatkan Allah..Banyakkan ibadah..
Firman Allah bermaksud 'Bila mengingati Allah hati akan tenang"

DILEMA

26 August 2009

Salam..

Alhamdulillah dpt juga sy luangkan masa utk luahkan perasaan walau dalam kesibukkan menyambut Ramadhan.. kali ni, sy dibelenggu pelbagai masalah..hmm assignment nye, tanggungjawabnye..
yg paling memeningkan kepala bila sy dapat tahu sy diberi amanah utk jadi setiausaha Badan Pemuda Masjid, Jawatankuasa Teman Puasat Islam.. Mane xnye, sy baru sem 1 tahun 1, dah diberi tanggungjawab sebegini.. Walaupun sy rakan Biro Kerohanian dan Etika Kolej Kediaman shj, sem 2 sy kene pegang jadi timbalannya pula.. Sy AJK Kebajikan Kelab Keusahawanan lg.. hush, byk tu.. larat ke.. Sy masih kelam kabut dengan kuliahnye, xde knderaan, masih sesat dgn kwsn u, xde laptop lg, xde kndraan.. hmm tp tu semua alasan yang sebenarnya sy boleh atasi.. Tapi, hish memang tension lah bila difikirkan.. Sy berkeras xmahu terima.. Puas Akhi Fairuz pujuk tp akhirnya dia mengalah dengan keputusan sy..
Kalau tanya umi memang umi xbagi nye.. Sy pun xnak.. Tp hati sy luntur bila fikirkan kalaulah ada berjuta2 orang bg pelbagai alasan utk tolong agama Allah mcm sy, alamatnya teruklah dunia ni..
Sy xyakin yg sy boleh lakukan semua tu.. Sy minta byk pendapat.. Sy akhirnya akur bila Akhi Syafiq beri pndapat..
Katanya, Adakah Rasullullah meminta kepada Allah utk di Rasulkan atau Allah memilih baginda utk di Rasulkan? Jawapannya Allah yang pilih baginda.. Nabi pun rasa berat nak pikul amanah.. tapi apa yang Nabi boleh buat? Allah dah pilih baginda.. Nabi terus memimpin perubahan masyarakat.. Nabi xtolak atau pertikaikan pun.. Samalah dgn keadaan sy kali ni.. Masa Nabi terima wahyu yang pertama, baginda gementar dan takut.. Apa yang Nabi buat? Baginda solat malam xhenti2 merayu kpd Allah spy siberi kekuatan ruhiyyah.. Inilah ujian Allah kepada hati kita.. panjang lg nasihat akhi..
Akhi nk lihat bagaimana Srikandi Muslimat Muda (sy) memimpin ummat.. =)
Jadi sy perlu ikhlas terima tanggungjawab ni, selalu mencari keredhaan Allah, kembali kpd Allah dan komitmen dlm menerima tggjwb ni.. =)

Salam Ramadhan Al-Mubarak

20 August 2009

Ertinya: "Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. "

Salamun'alaik..
haa kawan-kawan jangan lupa niat puasa ye..Esok, InsyaAllah seluruh umat Islam akan menjalani bulan Ramadhan yang penuh barakah dan menunaikan rukun Islam yang 2. Sebagai seorang muslim, kita bertanggungjawab untuk menyumpurnakan ibadah ini..
Ibadah puasa yang akan kita jalani tahun ini berlangsung pada bulan 8 dan 9 atau mudah dikatakan pada waktu kuliah..huhu.. Jadi, walau penat dan dahaga sekalipun, jangan sesekali ponteng ye.. Bersabarlah.. InsyaAllah mudah-mudahan dengan penat lelah kita, kita akan mendapatkan lebih banyak ganjaran pahala daripada Allah.
Bulan Ramdhan ini, syaitan dan kuncu-kuncu nya di rantai jadi mudahlah untuk kita beribadat.. Perbanyakkanlah ibadah seperti Solat sunat dan berzikir mengingati Allah selalu..


Bulan Ramadhan ni pasti banyak program tadarus.. Walau sesibuk manapun kita, berazamlah untuk mengkhatamkan Al-quran sepanjang Ramdhan ini.. Perdengarkan bacaan-bacaan ayat suci kalam Allah ini di telinga anda..

Akhir kalam, Selamat berpuasa! Jauhi maksiat, perbanyakkan ibadah.. =)

KEMSIS '09

29 July 2009

salam ukhuwah..
dah 5 minggu rasenye sy brade d uthm ni..
mcm2 program sy join..yg terbaru ni, Kem Kembara Mahasiswa 2009 yg dadakan d Dusun Eco-Resort Bentong Pahang..best sgt..
3 hari sblm progrm sy batuk2 n slsme..kwn2 sruh pgi pku tp sy xnk..tkot kne tahan dsyaki h1n1..hehe tkot..lps 2 hari baik, sy dserang gastrik yg amt truk..mle2 ingt nk thn tp serius sakit sgt..pkul 4.30 pagi rase perut mncucuk2..at last terpakse mntk tlg felo hantrkn pgi pku..nsib baik esknye baik n bleh pgi kem..
Mle2 sy ingt kem ni adlh kem jati diri, rupenye kem kpmpinan..huhu tertipu ke..x,sbb sy yg assume sndri..xpela, yg pntg kat sne suasana nyaman n cantik..mkn pn sdap..
nilah kem pertama yg sy sertai peserta perempuan nye sikit berbanding peserta lelaki n kt cni dhdngkan mknn yg bnyk sgt..smpai xlarat nk mkn..
modul2 kem ni byk bercorak kepimpinan..n plg pntg sy enjoy sgt wlaupun gram kne berendam dlm kolam..
mlm prtma aktvt Dinamik Kumpulan..kmi kne bentangkan nma kmpln, lagu kmpln, anikman kmpln, rukun kmplan n bndra kmpln..mmg truk mlm tu kne hentam btul2 ngn fasi..plg sportng kmpln kmi..kumpln Hassan Al-Banna..kmpln ktorg hormt fasi..Ikhwan yg esan spy jgn jwb ngn kurg sopn..klau kne mrh pn, snyum je n zkir byk2..2lah yg kmi praktikkn..
mlm ke-2, kmbara mahasiswa..ktorg kne msuk hutan, n wat sikit explorace..mse explorace ni lah ktorg kne brndam dlm kolam..hish2 ksejukan sgt..
disiang hari byk aktvt ldk,n ceramah..
Sy blik dgn pnuh ilmu yg dbekalkan oleh Pusat Islam n dpt rmai knalan yg baru..
:-)




senyumlah

17 July 2009

Salam ukhuwah,
Artikel ni mengingatkan saya kepada Progaram 'Manage A dan pengurusan masa' pada 12 Julai yang lalu. Progaram yang dikendalikan oleh Kelab Iqro' UTHM memperkenalkan konsep 2P iaitu 'Panjangkan Senyuman' dan 'Peluk ala-ala Semut'.


Senyuman Rasulullah Banyak Bantu Misi Dakwah


Yussamir Yusof
Editor: arisHa27


BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.
Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,
“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban) Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,
“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi) Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,
“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.” Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:
“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?” Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya. Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya. Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan). Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:
“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”. Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

minggu haluan siswa

04 July 2009

Assalamualaikum..
dah lame sgt rasenye tak wat posting kt sini..
hari ni 04 Julai 2009, cukuplah seminggu saya berada di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia..
dalam seminggu ni macam2 suka dan duka saya dapat rasa..


28 Jun 2009, hari pendafataran mahasiswa/i baru di IPTA.. Saya datang lambat mase daftar hari tu.. lebih kurang dalam pukul 9.30 pg.. Sebelum bertolak, Kak Zahida dah pesan keluar awal, ramai orang dah daftar.. Abg Firdaus plak bagithu tentang pemeriksaan H1N1..
Lps pemeriksaan H1N1, saya ke dewan peperiksaan F2 utk daftar, buat bayaran,buat kad matrik, dpt bju..mcm2 dpt..Saya ditempatkan di Fakulti Pendidikan Teknikal atau FPTek..selesai je pendaftaran saya terus ke Kolej Kediaman Melewar utk check in..


First Impression about Melewar..
I though it is a flat but actually it is a house..wah, I'm so excited when knew about it..but the happines was destroyed when I knew the member of the house are 10 persons.. Can you imagine how come a small house will fill up with 10 members.. Whatever it is, I should be thankful to Allah because He gave me the best housemate and roomate..

29 Jun 2009, Isnin..Sepatutnye ktorang cuti tau ari ni.. Hari ni Hari HOL Sultan Johor.. tapi ade LDK plak.. tp xpela, LDK ni best.. Saya buat trademark sendiri, dapat belajar wat watermelon, kenal ramai orang, macam2 lagi lah.. yang penting sepanjang hari tu mmg best..



30 Jun, 01, 02 Julai 2009.. Hari-hari ni penuh dengan taklimat dan pendaftaran matapelajaran.. Saya daftar 7 subjek termasuk koku.. Semuanya 17 kredit.. Ade taklimat ngan NC dan TNC, ngan dekan n macam2 lg.. Semua ilmu yg saya dapat sangat berguna untuk digunakan sepanjang perjalanan saya kat UTHM ni..


03 Julai 2009, Jumaat.. Hari terakhir Minggu Haluan Siswa UTHM.. Hari ni ade sukan dan Persembahan Kebudayaan.. Saya masuk kebudayaan.. Dapat tempat ke 2.. Best sangat sebab sebelum ni Melewar tak pernah menang.. Enjoy habis.. MHS best sgt.. =p

KELEBIHAN SEORANG WANITA

18 June 2009

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



tension!!!!!!!!!

06 April 2009

Ya Allah,
aku perlukan kekuatan...
aku puas menangis ketika menghadapMu,
ketika mengalun kaimah-kalimah suciMu..
ketika berada di rumahMu..
Ya Allah,
aku perlukan ketenangan,
yang bisa membuatku asyik melakukan ibadah kepadaMu,
yang memberi aku nafas ketika menuntut ilmuMu..
Ya Rabb,
bantulah aku..
padaMu ku serah segalanya...
aku buntu..
aku tidak percaya manusia..
aku hanya ingin mengadu padaMu..
tapi apakan daya, aku tidak puas..
masalah-masalah tersebut tetap bermain di kotak fikiranku..
Ya Rabb,
aku terus menangis..
aku lemah..
aku sudah tak berdaya..
aku hampir tewas dengan ujianmu..
berilah aku kekuatan..
berilah aku ketenangan..
teguhkanlah imanku...............

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails