Salamun'alaik..
Alhamdulillah, berakhirnya Ramadhan diganti dengan Syawal.. Semoga Ramadhan pada kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu dan Ramadhan yang akan datang lebih baik dari Ramadhan kali ini..
Malam 1 Syawal merupakan Lailatul Jaizah (kalau xsilap, dah lupa) ataupun Malam Penganugaerahan.. Allah telah menjadikan malam ini adalah malam penganugerahan untuk kita bertakbir dan bertahmid memuji Allah dan menunjukkan rasa syukur kita pada yang maha satu..
Lailatul Qadar
R amadhanku kali ini ku rasakan yang terbaik dari Ramadhan-Ramadhan yang lalu.. Aku berjaya menunaikan solat malam untuk beberapa kali (mungkinkah aku telah perolehi Lailatul Qadar? hanya tuhan yang tahu), aku berjaya mengkhatamkan beberapa juzuk bacaan Alquran dengan sendiri.. Alhamdulillah.. Keletihanku tidak menyebabkan aku jadikan ia alasan.. Tapi kadang kala nafsu mengatasi segalanya.. Aku ada juga tinggal solat tarawikh kerana kesibukan tugasan sebagai pelajar.. InsyaAllah aku berazam untuk perbaikinya pada Ramadhan akan datang.. Mudah-mudahan ibadat yang telah aku lakukan sepanjang Ramadhan tidak tamat begitu saja.. Aku akan tetap berusaha menunaikannya seperti biasa..
Berbuka
Juadahku berbuka biasanya adalah juadah-juadah yang disediakan di Masjid.. Aku lebih kerap berbuka di Masjid Kampus berbanding di Surau Melewar.. Sebabnya tugasku dan mesyuarat biasanya di kampus dan berakhir lewat.. Kadang-kala aku berbuka juga di rumah bersama teman serumah dan sekali di Restoran Gazeebo bersama sahabat sekelas.. Meriah betul..
tak pulang
Bulan ini juga aku mencatat sejarah tidak pulang ke rumah selama tiga minggu berturut-turut..hehe =) Aku sibuk dengan assignment, Pameran Patriotisme untuk subjek kenegaraan, KP2i, mesyuarat-mesyuarat persatuan, tanggungjawab sebagai rakan biro, hiasan kemerdekaan bagi Pertandingan Kolej ku Ceria dan sibuk shopping untuk raya..=p
RAYA
1 Syawal kali ini kurang meriah kerana Kakak dan Abang Hasan tak pulang raya bersama.. Cik Lela dan Cik Yati pun tak raya di Kluang tahun ni.. Baju raya ku tahun ni ada 3 pasang.. Semuanya warna merah jambu..hehe.. tak ikut tema pun.. yang penting aku selesa..
Duit Raya
Duit raya tahun ni tak banyak sebab dah besar.. Dulu zaman kecil lah paling best.. Tahun ni jugak tak beraya dengan family ayah jadi ongkosnya dah kurang..
Assingment
Wah, raya-raya ni pun banyak assignment.. rasa macam tak nak cuti je.. Naik ni pun banyak test.. Cmane ni.. Aku kena balik kolej cepat.. ada kerja artikel kenegaraan, esei untuk English, power point Falsafah, banyak lagi kot tapi tak ingat..
Dalam kesibukan orang dok pi raya pun aku dapat mesej pasal program naik cuti nanti..ish-ish kacau mood raya lah...

1 comments:
hehe.. jue.. rekod kita xbalik umah adalah sama oke!..
September 30, 2009 at 5:28 PMcume dapat balik awal aritu sebab demam..
haha..
-syila
Post a Comment