Alhamdulillah,sudah 5 hari saya pulang dari Seminar Kebangsaan Pendakwah Muda di UTM Skudai. Banyak pengalaman yang saya ingin kongsikan.
Sebelum ke seminar
Saya difahamkan bahawa seminar tersebut memerlukan 10 orang peserta wanita dan 10 orang peserta lelaki. Sehingga malam sehari sebelum hari seminar, tiada penyertaan dari kaum adam. Seperti kebiasaan. huh. Saya pun sibuk mencari dan akhirnya tiada hasil. Peserta wanita pula 6 orang dari kalangan sahabat sekelas saya. Siapa suruh Ju cari, kalau Ju cari peserta, confirm semuanya dari kawan rapat Ju je. Kawan sekelas lagi. :)
Kami akan bertolak ke UTM pada jam 11 pagi, jadi sebelum tu sempat lagi kami ke perarakan Maulidur Rasul anjuran universiti. Malam tu pun sempat lagi mewarna sepanduk untuk Kolej Kediaman Melewar dan hasilnya kami menjadi Naib Juara bagi kategori kaligrafi. Tak sia-sia usaha Abang Fauzi.
Semasa seminar
Teruja walaupun universiti ini merupakan universiti yang paling kerap saya lawati. Yelah, kawan baik saya ramai di sini. Teruja bukan kerana dapat jumpa kawan sahaja tapi teruja dengan modul yang terdapat dalam seminar ini. Banyak universiti terkemuka yang terlibat antaranya USIM, KUIS, MARSAH, UTM KL, UiTM Johor, Politeknik JB dan Jabatan Agama Islam Johor sebagai peserta jemputan.
Banyak input yang saya dapat sepanjang program berlangsung.
Tajuk-tajuk pembentangan kertas kerja adalah seperti
Kewajipan Berdakwah dan Kepentingannya Dalam Pembentukan Generasi Rabbani yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Fariza Md Sham.
Teknik Berdakwah Yang Berkesan Faktor Kejayaan Pendakwah oleh Ustaz Roslan Bin Mohamed
Kewajipan Berdakwah dan Kepentingannya Dalam Pembentukan Generasi Rabbani oleh Dr Mohd Ismail Bin Mustari
Kemahiran Berdakwah Kepada Masyarakat Orang Asli disampaikan oleh Ketua Penyelaras Masyarakat Orang Asli Negeri Johor dan Melaka, Ustaz Chatazman Bin Abdullah.
Dakwah dan Tuntutan Membangunkan Ekonomi Islam disampaikan oleh President and Chief Executive of Johor Corporation, Tan Sri Dato' Muhammad Ali Bin Hashim.
Input-input yang saya sempat salin, saya kepilkan dalam nota, ada juga yang saya rekod dan ada yang tersimpan dalam memori.
Penginapan kami kali ini agak mencabar iaitu di Masjid UTM yang penuh dengan bom atom (cctv). Tidur, mandi dan segalanya di sini. Saya dah biasa dan pernah rasa penginapan yang lebih teruk dari ini tapi agaklah rimas sebab 24 hours wearing hijab. Yang teristimewanya, santapan kami dihidang dan ditaja oleh KFC Holdings. Best, makanan sedap-sedap belaka.
Input Berguna
Cabaran Dalaman Seorang Da'ie
Pemantapan aqidah, melaksanakan syariah, pemantapan ukhuwah, pembinaan saf dakwah, pengorbanan diri, masa dan harta dan pemantapan akhlak.
Cabaran Luaran Seorang Da'ie
Postmodernisme, Free Masonry, Feminisme, Sekularisme, Kapitalisme dll.
Seorang Da'ie Muda perlu ada kemahiran psikologi dalam dakwah kepada golongan remaja kerana remaja sangat idealis tetapi kadang kala tidak realistik. Dakwah dan psikologi amat berhubung-kait kerana sikap boleh dipengaruhi tetapi tidak boleh diubah.
REMEMBER!
pesanan ibunda Prof Madya Dr. Fariza Md Sham
:+: bina kemahiran komunikasi dan hubungan serasi
:+: jangan duduk dalam kelompok sendiri
:+: JANGAN MENGHUKUM ORANG
:+: hati perlu bijak
:+: hubungan serasi dengan mad'u
:+: lakukan perjuanganmu, jangan hanya tahu melaungkan
:+: gunakan media massa, facebook--isikan dengan input-input dakwah
:+: jangan customize
:+: setiap perbuatan bermula dengan niat
:+: materialistik untuk berdakwah
:+: musuh kita adalah orang Kristian
:+: musuh bukan sasaran Islam
:+: perbezaan pendapat adalah biasa
:+: berdakwah bukan hanya menyeru!
:+: Gunakan kemahiran memanipulasikan emosi remaja.
Wahai para Da'ie
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman" (51:55)
Orang menilai akhlakmu sebagai pendakwah. Kamu berilah kebaikan dan kebenaran dengan kasih sayang.
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar......" (3:104)
Janganlah bercakap sebelum berfikir dan jangan bertindak sebelum merancang. Kita hanya mampu menyampaikan tetpi hidayah itu milik Allah.
Tuntutan Dakwah
1) Amanah Allah ke atas hambaNya
2) Masyarakat yang dilanda pelbagai penyakit rohani dan merebak kepada penyakit-penyakit lain.
3) Kejahilan yang semakin berleluasa
4) Pertarungan yang tiada kesudahan
5) Islam tersebar melalui manusia yang beriman dan yang melaksanakan tanggungjawab dakwah.
6) Menyelamatkan diri dari kemurkaan Allah.
INSAN MUSLIM MESTI MEMILIKI 4 PERKARA
KEMANTAPAN - ilmu tentang Islam
KEMATANGAN - rohani
PENGHAYATAN - akhlak Islam
KEFAHAMAN - harakah dan organisasi yang bertepatan dengan tuntutan amal Islami semasa
Aktiviti yang paling menarik adalah Kembara Seorang Da'ei . Pada mulanya, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama ke Perkampungan Orang Asli Sungai Selangi Kota Tinggi, kumpulan kedua ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan kumpulan terakhir tinggal di UTM. Masing-masing mempunyai aktiviti yang menarik.
Perkampungan Orang Asli Sungai Selangi
Setibanya kami di perkampungan ini, kami memberi sedikit motivasi "Seronoknya Belajar" kepada warga kampung. Seperti yang telah Ustazah Naemah beritahu, aktiviti seperti ini sangat kurang penyertaannya. Mereka tidak berminat dengan slot ini. Mujurlah ada adik-adik dari KUIS memeriahkan slot ini. Wakil dari Pusat Kesihatan UTM pula mengambil alih slot seterusnya. Kemudian kami dibahagikan tugas untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti tersebut ialah seperti "Amali Berwudhu'" untuk warga dewasa, "Demonstrasi Memberus Gigi Yang Betul" dan Pertandingan Mewarna dan Puzzle.
Selepas Solat Zohor, aktiviti sukaneka diadakan. Terdapat banyak permainan dipertandingkan. Aktiviti ini ramai pula pesertanya. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Objektif kami berjaya dicapai. Mereka sangat gembira.
Pemalu
Warga Perkampungan Orang Asli Kampung Selangi ini mempunyai sifat pemalu yang amat. Anak gadis mereka hanya tertunduk jika terdapat kehadiran orang asing. Apabila ditanya soalan hanya sebaris gigi yang terpamer. Anak teruna mereka pun begitu. Baguskan.
Anjing
"Jika nak hapuskan anjing, kita kena berkomprantasi dengan mereka" kata Ustaz Chatazman.
Benda pertama yang saya lihat di rumah mereka ialah anjing dan kucing sama halal dan haramnya bagi mereka. Pekerjaan utama orang asli adalah mencari hasil hutan, sebab tu mereka menganggap anjinglah peneman dan penyelamat mereka. Jadi, jangan hairan kalau lihat mereka mengusap anjing.
Islam agama ikutan
Di perkampungan ini hampir 90% penduduknya adalah Islam. Sebab mereka memuluk Islam pastinya hidayah dari Allah tapi ada juga kerana ikutan. Jika Tok Batin mereka Islam, maka mereka akan menunjukkan taat setia kepadanya dengan memeluk Islam. Maka, tidak hairanlah jika mereka memeluk agama Islam sebanyak 3 kali.
Sekolah
Terdapat sebuah Tadika KEMAS di dalam perkampungan ini dengan kehadiran 2 orang guru tetapi muridnya cuma 3 orang. Tidak ramai dikalangan mereka yang ingin ke sekolah. Pada pengamatan saya, mereka berasa tersisih jika berada di sekolah. Mereka lain daripada kawan-kawan yang lain. Mereka mempunyai keistimewaan tersendiri. Kasihan tengok mereka yang tidak bersekolah.
Input istimewa
Kenapa Orang Asli?
1) Gerakan Kristian yang aktif melampaui dakwah kita.
2) Pengaruh budaya luar yang hebat.
3) Penghijrahan Belia Orang Asli ke Bandar.
Kenapa kami (orang asli) perlu peluk Islam?
1) Islam adalah agama rasmi Malaysia.
2) Pemimpin negara adalah orang Islam.
3) Terdapat banyak jabatan yang membantu orang Islam.
4) Kebanyakan jiran adalah orang Islam.
5) Ialam adalah agama yang benar.
Tuntutan Dakwah Adalah Kesiapsiagaan Jiwa dan Raga
0 comments:
Post a Comment