REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Rehlah Ibadah Bermotor dan Mesra Felda '10

19 May 2010

"Pendakwah di jalan Allah itu ibarat sepohon pokok yang lebat dan ranum buahnya. Orang ramai melontarkannya dengan batu dan kayu (untuk mendapatkan buahnya). Tetapi dia melontarkan (memberikan) buah-buahan yang ranum kepada mereka."
-Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna-



Program kali ini merupakan program high-impact Pusat Islam UTHM. Gabungan kerjasama penduduk Felda Sri Jaya dan beberapa jabatan lain berjaya menjayakan majlis ini. Saya juga turut terlibat tetapi cuma pada program Motivasi Pelajar sahaja. Rehlah Ibadah Bermotor dipimpin oleh Ustaz Aziz, manakala Motivasi Pelajar dipimpin oleh Ustazah Zurina. Alhamdulillah gabungan dua program ini mendapat sambutan daripada kalangan penduduk setempat dan mahasiswa UTHM. Banyak aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam kami berkampung di Felda Sri Jaya ini. Semoga pengalaman dan kenangan indah ini akan dapat dicoretkan lagi. Setakat ini cuma beberapa gambar yang boleh menjadi bukti saya mengutip mutiara ilmu daripada program ini. Cuma saya kesal apabila beberapa batas ikhtilat tak di jaga antara fasi, urusetia dan peserta yang berlainan jantina. Semoga masalah ini dapat diperbaiki pada masa akan datang supaya keberkatan dari Allah yang kita cari di peroleh.  
InsyaAllah selamanya berjuang kerana Allah.
Erti hidup memberi.


Sekolah pilihan hati

Akhi Muhsein sebagai Ketua Fasilitator

Khusyuk demi memastikan tercapainya matlamat

Jangan lupa kewajipan

Kumpulan 'Saya' @ 'Al-Khawarizmi'

Tanggungjawabku untuk berkongsi dengan mereka

Raziqi yang berpotensi

Denda untuk mentarbiyah kalian

 
Tinggal kenangan

Perkongsian pengalaman sebagai fasilitator

Penampilan pertama
mestilah SENYUM, SCAN muka setiap peserta, berPAKAIAN kemas, berDIRI tegak dan wujudkan keYAKINan diri.

Cara memulakan aktiviti pertama
Mula-mula beri SALAM, DOA (buka majlis), betulkan KEDUDUKAN peserta (pastikan peserta RAPAT dengan fasi, peserta duduk dalam bentuk 'U' atau bulatan), tanya KHABAR (perlu ramah, tanya sorang-sorang, panggil nama atau warna baju), TAARUF (beri panduan apa yang mereka perlu cakapkan), tanya TUJUAN mereka datang ke program (tarik mood peserta), tanya MASALAH mereka (masalah kesihatan ke), teruskan aktiviti.

Bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab kita?
Apabila melihat sesuatu KEJAHILAN, apabila melihat KESESATAN, apabila melihat KEJAHATAN dan apabila melihat KEMUNGKARAN?
Peluang untuk kita BERAMAL, melakukan KEBAIKAN, mencari PENDAMAIAN, memerangi KEKUFURAN, mendekati MAHA PENCIPTA dan melakukan AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR.
Maka inilah  peluang yang ditawarkan!
Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan di sini, di mana lagi?

Semoga perjuangan ini membawa kesejahteraan UMMAH.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails