Menenangkan..
Kak Zila punye idea |
Assalamualaikum..
Alhamdulillah walaupun keletihan pulang dari Perlis, saya sangat bersemangat nak membantu kem adik-adik ni. Kem ni namanya Inspirasi Teman Mahasiswa oleh Kelab Iqra' UTHM. Kem ni 3 hari tapi saya dapat join 2 hari je sebab ada program lain lepas ni. Saya jadi AJK Serbaboleh. :) semua saya dapat buat. Mula-mula AJK Makanan tolong Kak Aminah, pastu AJK Multimedia tolong Kak Zila, AJK Teknikal tolong Kak Lia dan AJK jaga adik-adik. :p
dah sampai |
sesi |
Adik-adik beruntung sangat sebab pengisian dalam kem ni sangat membantu membina keyakinan diri, mendekati diri dengan Allah dan menambah ilmu pengetahuan. Dalam LDK banyak uji minda adik-adik. Kebolehan adik-adik terserlah masa berdebat. Teror ek korang. Siapa yang tak pandai masak kantoilah dalam slot Chef Halal. Yang paling best ustaz raikan adik-adik dengan masak kambing. Fresh lagi. Ustaz sembelih dekat tapak kem juga.
Bom2 iman :p |
Riadah |
Dekat sini juga saya dapat tenangkan fikiran yang sedang sangat berserabut dengan masalah-masalah kolej. Suasana pantai tenang je. Dapat bermuhasabah melihat kebesaran Allah melalui ciptaan-ciptaanNya. Benar,
....bila mengingati Allah, hati kan menjadi tenang....
buyai laju2 |
SubhanaAllah |
Memeningkan?
Ceramah bermula |
13 dan 14 Disember 2010
Seminar Pemantapan Jati Diri aka Seminar Biro Tata Negara
Disebabkan kami satu-satunya batch yang tak pegi Kem BTN, kami kena lah join seminar ni diwaktu orang tengah syok-syok cuti.
Hari pertama ada dua ceramah. Ceramah pertama tentang 1 Malaysia oleh Dr Abd Rahman. Ceramah ni banyak cerita pasal 1 Malaysia la dengan pasal perdana menteri. Penceramah ada mengatakan peranan guru adalah sangat besar dalam memasyarakatkan masyarakat. Guru perlu menerapkan budaya berilmu, berintegriti dan bijaksana dalam diri generasi akan datang. Amalkan budaya KETEPATAN, tepat dengan masa (ni penting
soalan cepu emas |
Ceramah kedua bertajuk Ancaman Keselamatan Dan Perlembagaan Negara. Penceramah khas dari Kem BTN. Peyampaiannya sangat bersemangat tapi waktu ni ramai pelajar yang dah balik. Mungkin bosan dengan ceramah pertama. Bagi orang yang mengikuti politik dan isu semasa negara pasti melonjak-lonjak hati nak dengar. Kadang-kadang rasa nak join ke depan dan share microphone dengan penceramah (saya ke tu?). Saya siap rakam lagi. Boleh lah dengar bila semangat patrotisme decrease.
Yang paling penting bagi
ldk time |
Malam itu
Kembara Minda aka Explorace di tengah malam.
Kami dibahagi 6 kumpulan dan diberi 5 checkpoint (campur ada 1 checkpoint tipu). Kena siapkan task secepat mungkin. Checkpoint pertama: telinga rosak, pencapaian: baik. Checkpoint kedua: apungkan beg tanpa pegang dengan tangan, pencapaian: baik. Set induksinya kena perkenalkan diri. Satu kumpulan perkenalkan diri sebagai cikgu, satu kumpulan lagi sebagai artis. Percaya tak, saya jadi artis. To be a teacher you must make yourself to be versatil. Checkpoint ni, baru dapat arahan saya dah kena denda. Salah dengar. Saya kena persembahkan apa yang saya tahu. huh. Apa yang saya buat? jeng, jeng, jeng. Saya paling suka checkpoint ni sebab fasi @ lecturer yang jaga checkpoint ni terangkan sefaham-fahamnya kepada kami apa aplikasinya game ni atau apa yang dia minta kami buat, dengan kehidupan seharian sebagai seorang pendidik.Checkpoint 3: susun batu, pencapaian: cemerlang. Checkpoint 4: dam tiga segi, pencapaian: cemerlang. Checkpoint 5: suai padan karakter dan tugas, pencapaian: memuaskan. Checkpoint hantu pencapaian: paling cemerlang.
Tn Hj Sam |
Keesokan harinya LDK session.
Kami main beberapa game dan terasa begitu kuat ukhuwah antara student-student FPTek ni. Pertambahan ilmu semakin banyak. Terima kasih tak terhingga kepada Haji Sam yang susah payah melaksanakan seminar ini untuk bakal cikgu dan cikgi UTHM. Ilmu dan perkongsian dari semua pensyarah amat saya hargai.
A good teacher is like a candle..
berakhir |
LAGU KITA
3 comments:
Naper In-Team?
January 30, 2011 at 7:01 PMwah...
January 31, 2011 at 4:53 AMajk serba boleh....
nat: in-Team = Inspirasi Teman Mahasiswa
January 31, 2011 at 8:58 AMkaizen: ye :)
Post a Comment