Saya membelek-belek album My Picture dalam lappy kesayangan untuk mencari gambar yang boleh dijadikan bahan penulisan kali ini. Gambar Mai & Abang Husin menjadi pencetus penulisan kali ini.
Abang Husin tasmi' bacaan Mai |
Once upon a time, when I was 17 years old I got a bad SPM's result. Saya sangat kecewa saat itu. Result saya tak setanding result kakak. Saya tak tahu ke mana saya boleh sambung belajar. Umi & ayah bagi dua pilihan sahaja, samada Matrikulasi atau Maahad Tahfiz. Sejurus keluarnya result kelayakan ke Matrikulasi, saya kekecewaan kerana gagal melayakkan diri ke mana-mana Kolej Matrikulasi. Masa tu saya rasa end of the wold la. I must going to the Maahad Tahfiz or I got married. Finally I going to the Maahad Tahfiz or the real name was Kolej Pengajian Islam Johor aka MARSAH.
That's not my point.
My point is
KELEBIHAN-KELEBIHAN ORANG YANG MENGHAFAZ AL-QURAN
Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golonganHamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :
- Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
- Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
- Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
- Al-Quran menjanjikan kebaikan.
Ganjaran di akhirat
- Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
- Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
- Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Special copy from here
Pengalaman di MARSAH
Beberapa perkara istimewa selama 26 hari bergelar pelajar Diploma Tahfiz Wal Qiraat yang saya ingin kongsikan,
Pertama : Mimpiku mimpi yang nyata.
Suatu pagi, saya resah bila malam semalamnya saya mimpi kaki umi dibaluti bandage. Dua-dua belah kaki. Paginya sebelum masuk kelas, saya telefon umi dan tanya khabar umi. Umi sihat, ok je. Lega hati tapi saya sempat pesan dekat umi, jaga kesihatan baik-baik.
Esoknya saya dapat berita, kaki umi luka sebab tertindih batu besar dan umi didapati menghidap diabetis. Barulah saya cerita kat umi, apa yang saya mimpi. Umi kate, nape tak cakap semalam?? aiya.
Kedua : Kami terkecuali dari rompakan.
Suatu berita tergempar menggegarkan MARSAH apabila wang beberapa orang pelajar Daurah dicuri. Banyak duit dorang sebab dorang nak pergi Mesir untuk sambung belajar. Kami mempercayai pencuri itu menggunakan pukau memandangkan kuarters hospital di belakang Marsah juga di masuki pencuri. Kami tidak sedar langsung. Yang hairannya satu bilik pelajar tahfiz pun tidak di pecah masuk. Mungkin inilah ketentuan Allah dan mungkin juga keistimewaan bagi pelajar tahfiz apabila Al-quran menjadi pendinding mereka.
Ketiga: Istikharah yang jelas.
Setelah 25 hari di MARSAH, saya mendapat khabar gembira kerana ditawarkan untuk ke program Matrikulasi ambilan kedua. Alhamdulillah. Namun hati berat nak tinggalkan MARSAH kerana saya mulai selesa dan suka tinggal di MARSAH. Tapi apa pun, saya kena serahkan pada Allah, Allah Maha Mengetahui. Selepas istikharah beberapa kali, saya mendapat petunjuk yang sangat jelas dalam mimpi. dan akhirnya saya meninggalkan MARSAH. Kata ayah, sebab saya dengar cakap umi & ayah untuk jadi hafizah, Allah beri saya hadiah kerana gembirakan hati mereka.
Sebenarnya impian umi & ayah adalah semua anaknya menjadi Hafiz & Hafizah. Kami 4 beradik pernah belajar tahfiz. Akak je belum berkesempatan. Tapi InsyaAllah 2 orang anak umi & ayah bakal Hafiz dan Hafizah. Amiin Ya Rabb semoga impian umi & ayah tercapai.
2 comments:
Ni memang kisah sebenar Umai ke Kak Jun?
July 20, 2011 at 9:19 AMni cerita akk la dik.. :)
July 24, 2011 at 9:11 PMPost a Comment