REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Hak Dan Kesamarataan

08 December 2011


RESOLUSI KONVENSYEN MAHASISWA PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2011


 
1 ) MENGEMBALIKAN JAMINAN PENEMPATAN GURU
a.     (Utusan Malaysia:10/8/2011). Dinyatakan bahawa pengambilan pelajar ke program pendidikan guru IPTA adalah berlandaskan unjuran yang dibuat KPM pada setiap tahun. Maka selayaknya semua guru Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diberi penempatan dan lebihan guru tidak berbangkit.

b.     Dalam RMK 10 terdapat objektif mempertingkatkan kualiti guru baru secara signifikan dengan memperketatkan syarat kemasukan. Sewajarnya keutamaan perlu diberikan kepada GST sekiranya objektif kualiti guru baru ingin direalisasikan memandangkan guru Izajah Sarjana Muda Pendidikan ( ISMP ) melalui empat tahun pendidikan dengan modul khusus melatih untuk menjadi pendidik berbanding dengan Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT ) selama dua tahun.
c.     Intipati RMK-10 ialah meningkatkan Daya Tarikan Keguruan dan Menghasilkan Guru Terbaik, Meningkatkan Kualiti Guru Baru Secara Signifikan, Menjadikan Profesion Keguruan Pilihan Utama. Sudah pasti mereka yang berada dalam sistem pendidikan khusus seperti sekarang ISMP adalah lebih layak untuk kearah meningkatkan profesionalisme perguruan. Daya penarik utama kepada dunia pendidikan adalah menanam minat untuk mendidik dan juga jaminan penempatan, sekiranya penghapusan berlaku, ia gagal untuk menarik golongan yang cemerlang ke bidang pendidikan.
d.     Perancangan mensifarkan GSTT semasa perlaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang sudah pun berlalu dimana isu GSTT masih berlarutan hingga kini dan menimbulkan banyak kekacauan dalam penempatan GST, perkara ini perlu di semak semula sedangkan PIPP telah berlalu.
e.     Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan produktif, sewajarnya pihak kerajaan mempertimbangkan jaminan penempatan Guru Sandaran Terlatih kerana guru adalah nadi pembangunan Negara. Ini bagi mengelak emosi mereka yang mengikuti ISMP disebabkan tekanan isu penghapusan penempatan guru ini.
f.      Bakal guru dibidang pendidikan sukar mencari pekerjaan lain apabila penilai/penemuduga melihat bahawa pemilik ijazah pendidikan ini akan bekerja sementara dan lambat laun akan lari ke bahagian perguruan dan hanya segelintir yang berjaya. Ini melibatkan soal perangkap kepercayaan majikan terhadap pemengang ISMP, sekiranya tidak dapat kemanakah arah tuju mereka dan ini menimbulkan kegusaran kepada mereka yang memiliki ISMP.

g.     Graduan Ijazah Sarajan Muda Pendidikan (ISMP) mempunyai latihan yang khusus dalam bidang pendidikan dan mereka tiada ada pilihan lain selain menjadi guru memandangkan ijazah mereka yang khusus dalam bidang pendidikan sukar untuk diterima dalam pasaran kerja semasa.

2 ) MEMBUKA PELUANG MEMOHON BIASISWA KEPADA SEMUA PEMENGANG IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
a.     Secara mudahnya, semua pelajar yang berada dalam Kusus Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI ) dan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah ( DPLI ) diberikan elaun pengajian, akan tetapi bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda ( ISMP ) Pendidikan tidak pula diberikan peluang yang sama terhadap perkara ini.
b.     Kita meminta jasa baik pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi peluang kepada semua pemengang ISMP memohon biasiswa yang dikeluarkan oleh pihak KPM. Kita faham sekiranya tidak memberi biasiswa kepada semua pelajar ISMP sekurang-kurang memberi peluang memohon kepada semua ISMP bukannya mengenakan syarat bidang tertentukan dalam pendidikan. Sedangkan yang berlaku sekarang, ada bidang yang dibuka memohon ada pula yang tidak dibuka, ini satu diskriminasi yang jelas seumpama tahun 2010. KPM hanya membuka kepada jurusan Pendidikan Khas, Pendidikan TESL, Pendidikan Sukan.
c.     Pelajar ISMP akan praktikal selama enam bulan tetapi semuapelajar ISMP tidak di bayar elaun untuk tempoh tersebut, dan ini satu bebanan yang cukup besar kepada pelajar ISMP berbanding KPLI, DPLI dan IPG. Untuk perkara ini, kita memohon pihak KPM memberi sedikit elaun kepada semua ISMP.

3) KEPIMPINAN BARU TIDAK MENGUBAH DASAR YANG SEDIA ADA TANPA MELIHAT DAN MENGAMBIL PANDANGAN PENDIDIK

a.     Kami menuntut pihak KPT dan KPM mengambil kira pandangan pendidik dan pelajar sendiri sebelum membuat dan melaksanakan sesuatu dasar yang baru.Kami bimbang jika pihak KPT dan KPM tidak mengambil pandangan para pendidik dan pelajar,ia menjadi satu dasar baru yang sia-sia malah lebih teruk lagi dasar tersebut memberi kesan yang negatif kepada pendidik,bakal pendidik serta modal insan yang akan dilahirkan.Jika perubahan dasar yang baru ingin dibuat dan dilaksanakan juga,kami member cadangan supaya dasar baru tersebut dibuat bermulanya sessi pengambilan yang baru supaya tidak mempengaruhi mahasiswa pendidikan yang sedang mengikuti kursus pendidikan.
b.     Contohnya isu di UTHM yang mengambil kursus teknik dan vokasional, kami menuntut jaminan dari pihak KPM untuk memberi penempatan dalam bidang teknik dan vokasional dan jaminan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia sehingga membolehkan mereka menagajar di Kolej Vokasional.

4) PEMERKASAAN BAKAL GURU

a.     Mengutamakan kualiti berbanding kuantiti seorang guru. Kami berpandangan pemilihan guru-guru mestilah berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM) yang mana mempunyai Key Performance Index (KPI) yang jelas sebagai seorang guru supaya guru-guru yang bakal dilantik mampu menjalankan tugas dengan baik.

b.     Penyeragaman kurikulum bagi setiap institusi.
              i.        Menyeragamkan kurikulum bagi setiap ipg/ipt dalam pendidikan diselaraskan (masa, pelaksanaan dan pemarkahan gred).
             ii.        Menyeragamkan kurikulum dari segi praktikal/ROS (pemarkahan gred)

            iii.        Memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih kursus elektif(minor) yang mereka minati dan bukan menentukan kursus elektif kepada mereka.

5) Mansuhkan GSTT /KPLI/DPLI.
a.     Perancangan mensifarkan GSTT semasa pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang sudah pun berlalu dimana isu GSTT masih berlarutan hingga kini dan menimbulkan banyak kekacauan dalam penempatan GST, perkara ini perlu di semak semula sedangkan PIPP telah berlalu.

b.     Jadi kami menuntut agar pengambilan GSTT/KPLI/DPL dapat dimansuhkan.

c.     GSTT seharusnya beralih kepada bidang kerjaya yang lain yang peluang kerjaya ini tidak dimilki oleh graduan ISMP.



Catatan Cikgu Jue

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails