REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Exam

25 December 2010



3 Disember 2010 : Tamat Peperiksaan Akhir Tahun 2 Semester 1 BBV
Syukur walhamdulillah..
7 subjek berlalu..semua susah2 =_="
tak tahu la result nanti macam mane..
paling tension dengan termo, math & elektrik


Imbas kembali saat-saat dalam study week


cuti 2 minggu + 1 minggu study week = lame kan?


study hard semua subjek tp bila final = lupa =_="
kenapa macam ni ek?
adakah saya ditakdirkan utk study last minit selamanya baru ingat? mana lah sempat..
masih mencari kaedah pembelajaran yang sesuai dengan diri ini..


1st week :
sibuk siapkan semua assignment yang masih xsiap2..assignment last minit dll..study=less..


2nd week :
full time study in library..
macam2 gaya sy study..study dkt bilik 24 jam, study dkt tingkat 4, study dkt bilik iqra'..
pegi pukul 8pg, balik pukul 11mlm..


Week 3
berhijrah ke rumah sahabat..seronok, dapat meng'istiqomah'kan diri dengan amalan2 harian bersama kakak2, pegi kuliah agama bersama kakak2, dapat belajar elektrik dengan kak rauzah, dapat belajar meki dgn kak ain, dapat belajar masak dengan kak zila.. :)
tolong tn hj ashari..
balik kg, cuti raya haji..


Exam week :
kalau ade gap sy akan ke library..kdg2 ade peneman sy study..selalunya sorg, bila ade teman, jeles kalau die study lebih..syukran akh.. :p
cuba buat yg terbaik..

usaha sudah (walaupun sikit, itu yg mampu) + doa (belum dpt istiqomah qiam) + tawakal (semoga Allah berkati ilmu2 yg sy pelajari) = semoga beroleh kejayaan..

saya mesti dapat lebih baik sem ni..

Tips -->
*InsyaAllah, saya dah amalkan..kwn2 cuba lah..


Tips di pagi hari sebelum ke dewan peperiksaan

1.    Bangunlah untuk solat sunat tahajjud, taubat dan hajat. [moga dipermudahkan]
2.    Solatlah subuh secara berjemaah. [terutamanya bagi muslimin]
3.    Selepas subuh, luangkan sedikit masa untuk bermunajat kepadaNya. Lakukanlah zikir, baca al-ma’thurat, atau laungan zikir asma ul-husna, paling kurang pasanglah alunan bacaan al-Quran atau zikir supaya hati ini tenang di pagi hari [terutamanya untuk yang tidak berkesempatan qyam di 2/3 malam].
4.    Pastikan selepas mandi, wudhu’ itu kekal bersama kita. Jangan biarkan wudhu’ batal tanpa diganti. Ini kerana malaikat sentiasa mendampingi manusia yang sentiasa dalam keadaan berwudhu’. Bagi yang was-was dengan wudhu’nya, eloklah diperbaharui semula wudhu’ itu.
5.    Sebelum melangkah keluar dari rumah @ bilik, lakukanlah solat sunat dhuha dengan khusyu’ dan tawadhu’. Jika punya kesempatan yang banyak, bolehlah tunaikan solat sunat hajat selepasnya dan minta agar dipermudahkan urusan di dewan peperiksaan.
6.    Selepas peperiksaan, tawakallah seluruhnya kepadaNya. Doalah agar keputusan peperiksaan setimpal dengan usaha kita.

*TIPS INI BERGUNA JIKA :
- sebelumnya kita berusaha sedaya mungkin, walaupun sedikit.
- kebergantungan kita kepadaNya tinggi
- amalan seharian seperti solat dan baca al-Quran kita jaga sebaik mungkin.
- sebelumnya kita meminta restu dan doa daripada kedua ibu bapa.
- kita hanya mengharapkan yang terbaik daripadaNya

Sekian…selamat mencuba J

“Wahai orang yang beriman, mengapakah kamu tidak memperlakukan apa yang kamu perkatakan? Sesungguhnya amat besarlah kebencian di sisi Allah jika kamu memperkata apa yang kamu tidak lakukan” ~as-Soff : 3 & 4~

Semoga bermanfaat kepada semua.. Semoga umat Islam sentiasa dalam hidayah dan rahmat kasih sayangNya.. Amin~



4 Disember 2010 : Wedding Kak Aisyah

abis je exam jadi penaggar aka jong kako aka bentara untuk kenduri Miss Aisyah aka Kak Aisyah..penat tp seronok..majlis meriah..warna tema hijau & putih..cantiik...makanan pun sedap..tetamu rami..majlis ni buat dkt dewan jubli intan batu pahat..

View wedding Kak Aisyah -->







Buat Kak Aisyah :)

Indah Gelaranku

26 November 2010

Mujahadah Amar Makruf Nahi Mungkar




Selendang bertulis "Mujahadah Amar Makruf Nahi Mungkar" disarung. Sekeping gambar diambil. Klik.
Sungguh bermakna peristiwa itu. Senyum sendiri.
Indah, sungguh indah. Saya amat menghargainya. Terima kasih kakak-kakak.
Namun, mampukah saya merialisasikan diri seperti nama itu?


"Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat."
(KHAULAH AL AZWAR)

BANGUNLAH!!! Muslimat sekalian, mengapa masih lena di siang hari? Keyakinan dan keberanian Khaulah mesti dicontohi ketika berjuang ditengah masyarakat menentang arus jahiliah. Akhawat sekalian, sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kalian meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan dalam menentang segala kemaksiatan yang melibatkan kaum wanita hari ini...
Kak Aizat Mansor

Mujahadah ingin mulai langkah namun sering tersungkur dek ujian dan dugaan yang mendatang.
Mujahadah pernah melangkah namun kesilapan besar yang melanda.
Mujahadah kini hampir putus asa namun masih ada Yang Esa.
Bangkit Mujahadah Amar Makruf Nahi Mungkar.
Realisasikanlah akhlakmu, amalmu, seindah namamu..

Tengah hari itu

Tengah hari itu,
Fikirannya ligat mengingat fakta,
tangan pantas mentafsir minda,
tiba-tiba pen jatuh berhenti menulis.
Arggh sejuk, sakit, berdenyut.
Ya Allah, dia lantas mengingati mati.

Siti Juwairiyah Ali, bilik 2.
“Janganlah takut dengan saya”
“Kenapa awak menggigil?”
“Awak ada astma?”

Tengah hari itu,
Di perhentian bas, ramai orang yang dikenali.
Plastik berisi ubat diramas.
Dek.

Tengah hari itu,
Pergantungan pada kekuasaan Allah yang paling terpenting.
tapi perlu disertai usaha.
Voltaren Emulgel Cream
Lemah, longlai.
Meluahkan kesakitan di maya.
Arggh, terlalu sakit hingga menusuk.
Dada terasa sangat sempit.
Air mata.




Sesusuk tubuh dihadapan.
Tertutup, hanya air jernih yang mengalir.
Tubuh itu bisu.
C903 dicapai
‘a umi’ tiada jawapan
‘a ayah’ berjawab

“Umi..”
“Kenapa ni?”
“Sakiiit..”

Lebih derita daripada 2 hari yang lepas
terlantar keletihan
kepala berdenyut
perut gastric.
Satu perkara perlu berjanji
Jawapan: air mata yang lebih deras.

“Ingat, umi tak restu..”

Tengah hari itu,
Allah telah uji lagi,
Sahabat, ukhuwah, kesihatan dan …
Menangis hingga terlena.
Ingin pergi selamanya.

Dimana ingin diluahkan?
Hanya pada Allah dan di sini.
Jangan jadi manja
Buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sesekali.
Inilah lumrah hidup.


Ya Allah, kurniakanlah hidayahMu kepadaku..


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?..."

Hati pun berzina?

10 November 2010


Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.

Ingat lagi artikel popular bertajuk "Berapa Kali Nak Cakap, Couple Tu Haram"?
Ikuti kisah yang sama versi komik pula.















Semoga bermanfaat.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku yang lalu..


Nama-nama Syaitan dalam Surah Al-Fatihah

04 November 2010


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.



Nama syaitan


1] DU-LI-LAH (bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya DU-LIL-LAH

2] HIR-ROB (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya HI-ROB


3] KIY-YAU (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KI-YAU


4] KAN-NAK (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAK


5] KAN-NAS (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAS


6] I-YA (disebut tanpa sabdu) sebetulnya IY-YA. Iya bermaksud ‘matahari’


Dalam ayat ke 5, Jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”!!!!


7] SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.


8] AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.


sumber:
http://seutastasbih.blogspot.com/2010/06/nama-nama-syaitan-dalam-surah-al.html

Tak cukup tinggi dan tak cukup kain

25 October 2010

Menara 100 Tingkat dan Festival Fesyen Islam

Apakah perbezaan di antara menegur kerajaan dan menyokong pembangkang?

Mahasiswa dalam negara dan luar negara selaku nadi negara mesti bijak dalam membezakan dua perkara yang dinyatakan di dalam tajuk di atas.

Menegur pemerintah tidak sama maksudnya dengan bersetuju ataupun bersama-sama pembangkang.

Kita anak muda adalah agen perubahan dan ada pengaruh dengan magnitud yang luar biasa.

Justeru, sebarang keputusan yang diambil kerajaan mesti kita fikirkan dengan matang dan penuh hikmah.

Jika keputusan yang baik diambil oleh kerajaan, kita wajar memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, namun jika dirasakan ada cacat cela yang signifikan, luahkan buah fikiran anda, nyatakan pandangan anda dengan yakin dan penuh tanggungjawab.

Ingat, memberikan pandangan sebegini tidak semestinya anda bersama-sama barisan pembangkang!

Ini kerana pembangkang juga terbuka kepada kesalahan yang sama samada pada masa kini semasa menjadi pembangkang mahupun setelah memegang tampuk pemerintahan negara nanti. Namun apa yang penting di sini, di manakah NILAI pendirian anda?

Bangunan 100 tingkat


Bayangkan jika anda mempunyai wang sebanyak RM 5 bilion, ke mana anda mahu membelanjakan wang ini untuk pembangunan negara?

i) Menaik taraf sistem pengangkutan awam (LRT, KTM) di KL setaraf dengan TFL

ii) Membangunkan Pulau Langkawi sebagai Pulau Ikon sedunia

iii) Membina bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat

iv) Menghantar tambahan 5000 pelajar perubatan ke UK atau 50,000 pelajar perubatan ke Mesir

v) Membina lebih banyak sekolah berasrama penuh?

Perbincangan inilah yang membentuk asas kepada belanjawan negara, sebagaimana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri negara baru-baru ini. Dan cadangan ketiga telah diumumkan oleh Perdana Menteri negara. Apa pendapat kita selaku mahasiswa?

Antara hujah-hujah sokongan adalah;

i) Tanah ada value yang tinggi, jadi alang-alang nak bina bangunan, kena bina tinggi

ii) Jana ekonomi negara - tarik pelabur luar

iii) Peluang pekerjaan melalui pengagihan projek-projek

iv) Kita perlukan ikon negara maju

Manakala hujah-hujah balas pula adalah;

i) Subsidi akan dimansuhkan. Rakyat semakin sengkek

ii) Berapa banyak gedung perniagaan di KLCC dimiliki bumiputera dan rakyat Malaysia pada hari ini?

iii) Rakyat memerlukan bonus dalam zaman kesempitan ini

iv) Kos awal RM 5bilion, pasti akan naik punya, macam projek istana negara; atas 'sebab-sebab' tertentu.


Apa juga hujahnya, golongan yang berusia awal 20-an harus sedar, di mana NILAI pandangan anda? Adakan sekadar disimpan rapi di dalam peti, atau terkunci di dalam peti suara?

Bahaskan dengan bijaksana. Ingatlah wahai mahasiswa sekalian, pandangan anda bernilai, dan hanya BERNILAI (VALUABLE) apabila anda suarakan.

Dan ingat, menyuarakan padangan tidak semestinya anda menyokong pembangkang!

'Isu Rosmah' Pula Meyusul


Beberapa hari selepas pembentangan bajet negara, seantero negara gempar dengan aksi-aksi 'panas' semasa Islamic (Islamic?) Fashion Festival (IFF).

Pelbagai NGO bangkit membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu. Rupanya ada pakaian yang membuka aurat dan terpampang nama 'Muhammad' secara terbalik di dada si peragawati. Beberapa persoalan di sini;

i) Penggunaan nama 'Muhammad' ini sememangnya satu penghinaan, jika ia benar.

ii) Namun begitu, kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar, penganjuran program seumpama ini juga sudah merupakan satu penghinaan besar.

Walaupun namanya fesyen Islam, namun pemakaiannya langsung tidak Islamik! Ibaratnya kalau kita mahu menjual kereta Proton, namun kita iklankan di akhbar yang kita mahu menjual kereta Jaguar. Adakah tindakan kita itu adil?

Dalam hal ini, tanpa mengira siapa sekali pun yang bersalah, mahasiswa wajar mengambil tahu akan apa yang berlaku, dan suarakan teguran anda.

Bagi yang beragama Islam, apabila cara hidup anda dihina, anda wajib bangkit mempertahankan dan menegur kesilapan yang ada. Dan bagi yang bukan Islam, apabila ada agama lain yang dihina, atas semangat 1Malaysia, kita mesti bersama-sama bersatu dalam membetulkan kesilapan yang telah dilakukan, demi kemaslahatan bersama.


Wahai mahasiswa, jangan ragu-ragu menyatakan NILAI pendirian anda.

Zaman sekarang kita ada blog, media alternatif, akhbar tempatan dan medan sosial maya seperti Facebook. Nyatakan pendapat anda dengan penuh hikmah dan beradab dan penuh ikhlas.

Dan menyatakan pendirian anda tidak semestinya anda menyokong pembangkang. Anda sebenarnya menyokong jati diri anda!

diperolehi dari iluvislam.com

Inilah apa yang berlaku diakhir zaman. Manusia berebut-rebut ingin mendirikan pencakar langit. Yang haram pula dihalalkan. Perkara yang batil berselindung dibalik nama yang baik. Wahai Malaysia yang ku cinta..

Jawapan kepada si pemburu cinta..


Alhamdulillah, berkat usaha dan kerahan tenaga semua ahli jawatankuasa program maka berhasillah satu program yang merungkai persoalan tentang cinta dari perspektif Islam. Program yang berlangsung pada tarikh keramat 16 Oktober 2010 itu telah dimulai dengan Pelancaran Program 3J yang dirasmikan oleh penyelaras Program 3J, Saudara Mohd Hadi Bin Abd Rahman. Program ini disertai pelajar UTHM sendiri dan institusi pendidikan berdekatan.

Seperti yang telah diwar-warkan, ketiga-tiga panel dapat hadir dan menyampaikan segala ilmu tentang cinta. Ilmu cara bercinta ini tiada diajarkan dalam dewan kuliah malah dimana-mana institusi pendidikan, cinta adalah suatu yang subjektif. Menurut Dr Arieff, didalam buku Panduan Bercinta dan Memendam Rindu lengkap bicaranya tentang cinta. Antara yang disampaikan Dr Arieff jika kita mencintai sesuatu pasti kita sering ingin memendangnya, kita sering mengingatinya, kita sering menyebut namanya. Maka bagaimana pula cinta kita pada Yang Esa?

Setiap butir perkataan yang keluar dari bibir Saudara Suhaimi Saad pasti diambil perhatian oleh adik-adik pelajar Sekolah Tun Ismail. Saudara Suhaimi Saad banyak menceritakan tentang pengalamannya bercinta. Beliau tegas menyatakan tidak wajar wujudnya cinta sebelum kahwin. Satu-satunya srikandi yang berbicara tentang cinta di atas pentas Garden Talk ialah Ustazah Nazirah. Ustazah banyak memberi nasihat kepada srikandi muda supaya tidak terjebak dalam kancah kemaksiatan virus cinta.

Program tidak diakhiri dengan forum semata-mata, peserta dihidangkan dengan slot Semanis Cinta kendalian Saudara Mohd Fauzi Bin Ali. Pada slot ini terpancar kemesraan Saudara Suhaimi Saad melayan peminatnya dengan menjawab pelbagai soalan lucu yang diajukan. Saudara Suhaimi Saad telah mendendangkan 2 buah lagu diakhir program.

Saya selaku timbalan pengarah amat mengharapkan program ini dapat membantu mengurangkan penularan virus cinta maksiat. Tetapkanlah cinta kita hanya pada Illahi selamanya. Nafas lega tidak dapat lagi dihembuskan. Banyak lagi tugasan seorang dae'i yang masih belum selesai.

Perjuangan ini masih panjang dan berliku.....

Disebalik pohon Garden Talk: Love is Cinta

AJK induk memantau lokasi

2 lokasi menjadi pilihan

Mempromosikan ketiga-tiga program

Konvoi 3J ke Kolej-kolej Kediaman

Dengan harapan

Persediaan oleh muslimat

Set up tempat

Fresh moderator

Panel-panel yang hebat

Semanis Cinta

Persembahan istimewa
  
Sesi penyampaian cenderamata



"Indahnya bercinta..." Tutur bicara sang pecinta setia...
Tapi,salah seorang penyair Islam mengatakan.. "Permulaan cinta adalah nikmat, pertengahan percintaan adalah sengsara, akhir percintaan adalah maut"


Ermm... apakah itu?


Nah, ianya telah dirungkaikan...

Sekalung penghargaan buat semua ahli jawatankuasa yang terlibat.
Salam perjuangan!

Renungan buat diriku; Muslimah...

20 October 2010


Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. 


Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.


Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian;
ia cermin peribadi, juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...
Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;
kerana malu itu, sebahagian daripada iman...


peringatan eksklusif buat diriku..
saya srikandi, saya muslimah, saya anak, saya lah hamba...

Bual bicara tentang cinta!

13 October 2010


GARDEN TALK: "LOVE IS CINTA" merupakan sebuah forum santai yang akan membincangkan soal cinta menurut perspektif Islam. Forum ini menampilkan 3 orang panelis hebat iaitu Dr Arieff Salleh Bin Rosman yang merupakan Penolong Pengarah Fakulti Tamadun Islam di UTM, Mohd Suhaimi Bin Saad iaitu bekas anggota kumpulan nasyid In-Team dan Ustazah Nazirah Binti Abd Rahim merupakan pensyarah Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Kolej Polytech Batu Pahat.
Forum yang akan berlangsung selama 2 jam ini dimulakan dengan Majlis Pelancaran Program 3J. Forum ini dijangkakan akan menerima 500 orang penonton. Masuk adalah percuma, tiada bayaran yuran atau perlu mendaftar. Datang dan anda akan menerima cenderahati daripada kami.
Ingin bertanya sebarang persoalan atau masalah kepada panel? Emailkan persoalan anda ke infinitsyifa@gmail.com.
Segala maklumat pengirim adalah dirahsiakan.




Draf tentatif program : (bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang)
Pelancaran Program Kempen 3J



Sesi Garden Talk: Love is Cinta


Panel 1 : Dr. Arieff Salleh Bin Rosman


- Penolong Pengarah Fakulti Tamadun Islam, UTM.


Panel 2 : Mohd Suhaimi Bin Saad


- Artis (Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team)


Panel 3 : Ustazah Nazirah Binti Abd Rahim


- Pensyarah Pendidikan Islam & Bahasa Arab Kolej Polytech Batu Pahat.


Semanis Cinta bersama Suhaimi Saad


Persembahan oleh Suhaimi Saad

Jangan lepaskan peluang.
Bas akan disediakan seperti biasa.

Ada air mata di pipimu..

06 October 2010

Hujan renyai-renyai membasahi jalan raya utama Batu Pahat-Kluang. Saya buka semula mesej yang sampai tadi..
" Sy otw.kt summit ni."


Kakak bawa dengan cermat dari Batu Pahat Mall ke Kolej Melewar. Dari tadi saya perasan kakak banyak mengelamun. Shoppingnya tak se'excited' orang yang ingin membeli belah. Si kecil tidur nyenyak, di kedua tangannya ada coklatku. Peristiwa raya kedua menerjah kotak fikiran. "Ish, tak patut.." getus hati ini.

Pagi itu, si kecil tiada lagi, dibawa oleh lelaki yg pentingkan diri. Sedih, risau, gundah gulana hati ini. Si kecil yang ku sayang. Saya terlalu rindukannya. Butiran mutiara menitis di pipi. Apa dosanya di lakukan sebegitu.
Ya Rabb, beri kami kekuatan. Sesungguhnya kami teraniaya.

Doa sentiasa dipanjatkan. Sahabat-sahabat dikumpulkan. Solat Hajat bersama, membaca yasin dan berdoa bersama. Abang Husin pula mengumpulkan 30 orang Huffaz bersama mendirikan Solat Hajat. Moga Allah memperkenankan doa kami.

Telefon umi sentiasa berdering. Panggilan dari saya semestinya 3 hingga 4 kali sehari, anak-anak yang lain juga. Perkembangan semasa sentiasa diikuti.


Fikiran masing-masing bergelumang dengan masalah.

Saya fikirkan perjalanan dakwah ini. Ia jadi tersekat-sekat gara-gara masalah yang sering dirunsingkan. Da'ei ini lemah longlai tak terdaya. Da'ei ini tidak sepantas dan secekap biasa. Da'ei ini semakin perlahan langkahnya.

"Y, nenek koma. Call abg hasan to see nenek at bp"
Innalillahhi wainna ilaihi rojiuun..

"Ya Allah, aku tak terdaya menghadapi ujianmu. Kuatkanlah diriku. Teguhkanlah imanku."
Saya terbaring di atas lantai. Air mata lagi.
Pulang dari kelas, Kancil milik sahabat meluncur ke Hospital Batu Pahat. Sedih dan hiba melihat keadaan nenek. Air mata lagi. Apa pun nenek nampak sihat sedikit. Syukur.

Ujian demi ujian Allah beri. Tarbiyah untuk diri ini yang tidak pernah mengalami masalah keluarga semasa bergerak kerja. Tawar dan masin rasanya.

Saya impikan masalah yang ada disegerakan penyelesaiannya. Fokus belajar mulai hilang. Tiada apa yang difahami walau seribu kali ulang perkara yang sama.

Esok test Elektrik.
Saya buntu. 8 soalan, hanya 3 yang dapat dijawab. Maka markahnya mungkin tidak lebih 37.5%. Pasrah. Saya sendiri menjadikannya sebegitu. Pulang dalam keadaan dibasahi hujan ke Masjid. Air mata lagi selebat hujan yang turun.

Sahabatku sambut sahabatmu ini. Saya dah tak mampu berdiri.


Stress lagi. Serik. Esok test Matematik.
6 jam study berseorangan tanpa henti di Library. Fokus, tidak hiraukan sesiapa di sekeliling. Tanggungjawab gerakerja sentiasa bermain di kepala. Ahh, saya tahu itu tanggungjawabku tapi ini juga tanggungjawab yang paling penting buat saat ini.

Tidak pulang ke rumah. Ingin bersama sahabat. Dari library terus ke Masjid. Tidur bersama, makan bersama, study bersama dan qiamullail bersama. Terasa indahnya ukhuwah ini. Jangan ukhuwah ini menjadi ujian buat masa ini.

Test, alhamdulillah senang tapi kenapa saya bermurah hati tak kena pada tempatnya. Membantu sahabat mengisi jawapannya yang kosong. Akhirnya kertas lewat dihantar dan lecturer tak mahu terima.
Air mata lagi di bilik pensyarah. Sentiasa berdoa agar hatinya dilembutkan agar dia menanda kertas saya.

Air mata, air mata, air mata. Adakah ianya berbaloi? Saya perlu bersemangat, bukannya lembek dan longlai.

Kenapa jadi begini? Ada yang tidak memahami. Dimarahi saat saya benar-benar down. Diasaki disaat saya benar-benar ingin lari.

Kenapa Allah uji? kerana dosaku terlalu banyak. Keampunan yang ku pinta belum dapat memadamkannya.
kerana saya sebenarnya mampu menghadapinya. kerana Allah mahu saya tahu tahap kesabaran saya. kerana Allah menyayangi saya.

Hanya Allah yang memahami.
Sujudku hanya buatMu.
Hidupku diserah padaMu.
Cintaku hanya untukMu.


Semoga tarbiyah kali kedua ini banyak hikmahnya. Semoga saya hadapinya dengan tabah.

BANGKITLAH WAHAI MUJAHIDAH AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR!!
Dunia sedang menantimu wahai Srikandi.
Perjalanan dakwahmu belum selesai.

Jom Puasa 6

18 September 2010

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).


Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Hikmah Dari Segi Kesihatan

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.


Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.
Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Konsisten

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Puasa Enam dan Puasa Ganti

Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu.

Ini adalah kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.


Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.

Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.

Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.

Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid.

Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT.

Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.


sumber : ili.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails