REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Jawapan kepada si pemburu cinta..

25 October 2010


Alhamdulillah, berkat usaha dan kerahan tenaga semua ahli jawatankuasa program maka berhasillah satu program yang merungkai persoalan tentang cinta dari perspektif Islam. Program yang berlangsung pada tarikh keramat 16 Oktober 2010 itu telah dimulai dengan Pelancaran Program 3J yang dirasmikan oleh penyelaras Program 3J, Saudara Mohd Hadi Bin Abd Rahman. Program ini disertai pelajar UTHM sendiri dan institusi pendidikan berdekatan.

Seperti yang telah diwar-warkan, ketiga-tiga panel dapat hadir dan menyampaikan segala ilmu tentang cinta. Ilmu cara bercinta ini tiada diajarkan dalam dewan kuliah malah dimana-mana institusi pendidikan, cinta adalah suatu yang subjektif. Menurut Dr Arieff, didalam buku Panduan Bercinta dan Memendam Rindu lengkap bicaranya tentang cinta. Antara yang disampaikan Dr Arieff jika kita mencintai sesuatu pasti kita sering ingin memendangnya, kita sering mengingatinya, kita sering menyebut namanya. Maka bagaimana pula cinta kita pada Yang Esa?

Setiap butir perkataan yang keluar dari bibir Saudara Suhaimi Saad pasti diambil perhatian oleh adik-adik pelajar Sekolah Tun Ismail. Saudara Suhaimi Saad banyak menceritakan tentang pengalamannya bercinta. Beliau tegas menyatakan tidak wajar wujudnya cinta sebelum kahwin. Satu-satunya srikandi yang berbicara tentang cinta di atas pentas Garden Talk ialah Ustazah Nazirah. Ustazah banyak memberi nasihat kepada srikandi muda supaya tidak terjebak dalam kancah kemaksiatan virus cinta.

Program tidak diakhiri dengan forum semata-mata, peserta dihidangkan dengan slot Semanis Cinta kendalian Saudara Mohd Fauzi Bin Ali. Pada slot ini terpancar kemesraan Saudara Suhaimi Saad melayan peminatnya dengan menjawab pelbagai soalan lucu yang diajukan. Saudara Suhaimi Saad telah mendendangkan 2 buah lagu diakhir program.

Saya selaku timbalan pengarah amat mengharapkan program ini dapat membantu mengurangkan penularan virus cinta maksiat. Tetapkanlah cinta kita hanya pada Illahi selamanya. Nafas lega tidak dapat lagi dihembuskan. Banyak lagi tugasan seorang dae'i yang masih belum selesai.

Perjuangan ini masih panjang dan berliku.....

Disebalik pohon Garden Talk: Love is Cinta

AJK induk memantau lokasi

2 lokasi menjadi pilihan

Mempromosikan ketiga-tiga program

Konvoi 3J ke Kolej-kolej Kediaman

Dengan harapan

Persediaan oleh muslimat

Set up tempat

Fresh moderator

Panel-panel yang hebat

Semanis Cinta

Persembahan istimewa
  
Sesi penyampaian cenderamata



"Indahnya bercinta..." Tutur bicara sang pecinta setia...
Tapi,salah seorang penyair Islam mengatakan.. "Permulaan cinta adalah nikmat, pertengahan percintaan adalah sengsara, akhir percintaan adalah maut"


Ermm... apakah itu?


Nah, ianya telah dirungkaikan...

Sekalung penghargaan buat semua ahli jawatankuasa yang terlibat.
Salam perjuangan!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails