REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Ada air mata di pipimu..

06 October 2010

Hujan renyai-renyai membasahi jalan raya utama Batu Pahat-Kluang. Saya buka semula mesej yang sampai tadi..
" Sy otw.kt summit ni."


Kakak bawa dengan cermat dari Batu Pahat Mall ke Kolej Melewar. Dari tadi saya perasan kakak banyak mengelamun. Shoppingnya tak se'excited' orang yang ingin membeli belah. Si kecil tidur nyenyak, di kedua tangannya ada coklatku. Peristiwa raya kedua menerjah kotak fikiran. "Ish, tak patut.." getus hati ini.

Pagi itu, si kecil tiada lagi, dibawa oleh lelaki yg pentingkan diri. Sedih, risau, gundah gulana hati ini. Si kecil yang ku sayang. Saya terlalu rindukannya. Butiran mutiara menitis di pipi. Apa dosanya di lakukan sebegitu.
Ya Rabb, beri kami kekuatan. Sesungguhnya kami teraniaya.

Doa sentiasa dipanjatkan. Sahabat-sahabat dikumpulkan. Solat Hajat bersama, membaca yasin dan berdoa bersama. Abang Husin pula mengumpulkan 30 orang Huffaz bersama mendirikan Solat Hajat. Moga Allah memperkenankan doa kami.

Telefon umi sentiasa berdering. Panggilan dari saya semestinya 3 hingga 4 kali sehari, anak-anak yang lain juga. Perkembangan semasa sentiasa diikuti.


Fikiran masing-masing bergelumang dengan masalah.

Saya fikirkan perjalanan dakwah ini. Ia jadi tersekat-sekat gara-gara masalah yang sering dirunsingkan. Da'ei ini lemah longlai tak terdaya. Da'ei ini tidak sepantas dan secekap biasa. Da'ei ini semakin perlahan langkahnya.

"Y, nenek koma. Call abg hasan to see nenek at bp"
Innalillahhi wainna ilaihi rojiuun..

"Ya Allah, aku tak terdaya menghadapi ujianmu. Kuatkanlah diriku. Teguhkanlah imanku."
Saya terbaring di atas lantai. Air mata lagi.
Pulang dari kelas, Kancil milik sahabat meluncur ke Hospital Batu Pahat. Sedih dan hiba melihat keadaan nenek. Air mata lagi. Apa pun nenek nampak sihat sedikit. Syukur.

Ujian demi ujian Allah beri. Tarbiyah untuk diri ini yang tidak pernah mengalami masalah keluarga semasa bergerak kerja. Tawar dan masin rasanya.

Saya impikan masalah yang ada disegerakan penyelesaiannya. Fokus belajar mulai hilang. Tiada apa yang difahami walau seribu kali ulang perkara yang sama.

Esok test Elektrik.
Saya buntu. 8 soalan, hanya 3 yang dapat dijawab. Maka markahnya mungkin tidak lebih 37.5%. Pasrah. Saya sendiri menjadikannya sebegitu. Pulang dalam keadaan dibasahi hujan ke Masjid. Air mata lagi selebat hujan yang turun.

Sahabatku sambut sahabatmu ini. Saya dah tak mampu berdiri.


Stress lagi. Serik. Esok test Matematik.
6 jam study berseorangan tanpa henti di Library. Fokus, tidak hiraukan sesiapa di sekeliling. Tanggungjawab gerakerja sentiasa bermain di kepala. Ahh, saya tahu itu tanggungjawabku tapi ini juga tanggungjawab yang paling penting buat saat ini.

Tidak pulang ke rumah. Ingin bersama sahabat. Dari library terus ke Masjid. Tidur bersama, makan bersama, study bersama dan qiamullail bersama. Terasa indahnya ukhuwah ini. Jangan ukhuwah ini menjadi ujian buat masa ini.

Test, alhamdulillah senang tapi kenapa saya bermurah hati tak kena pada tempatnya. Membantu sahabat mengisi jawapannya yang kosong. Akhirnya kertas lewat dihantar dan lecturer tak mahu terima.
Air mata lagi di bilik pensyarah. Sentiasa berdoa agar hatinya dilembutkan agar dia menanda kertas saya.

Air mata, air mata, air mata. Adakah ianya berbaloi? Saya perlu bersemangat, bukannya lembek dan longlai.

Kenapa jadi begini? Ada yang tidak memahami. Dimarahi saat saya benar-benar down. Diasaki disaat saya benar-benar ingin lari.

Kenapa Allah uji? kerana dosaku terlalu banyak. Keampunan yang ku pinta belum dapat memadamkannya.
kerana saya sebenarnya mampu menghadapinya. kerana Allah mahu saya tahu tahap kesabaran saya. kerana Allah menyayangi saya.

Hanya Allah yang memahami.
Sujudku hanya buatMu.
Hidupku diserah padaMu.
Cintaku hanya untukMu.


Semoga tarbiyah kali kedua ini banyak hikmahnya. Semoga saya hadapinya dengan tabah.

BANGKITLAH WAHAI MUJAHIDAH AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR!!
Dunia sedang menantimu wahai Srikandi.
Perjalanan dakwahmu belum selesai.

2 comments:

Ummu Zahrah said...

sabar...

October 6, 2010 at 7:06 PM
Mujahadah Amar Ma'ruf Nahi Mungkar said...

insyaAllah..assobru minal iman.. :)

November 28, 2010 at 9:43 PM

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails