REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

PROGRAM SUAI KENAL PUSAT ISLAM & LARIAN KAKOM 2008

14 August 2008

PROGRAM SUAI KENAL PUSAT ISLAM


25 Julai 2008 – Pusat Islam Kolej Matrikulasi Kedah telah mengadakan Program Suai Kenal Pusat Islam. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan Pusat Islam kepada semua pelajar dan staf Kolej Matrikulasi Kedah. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang hari untuk menjayakan program tersebut. Antara aktivitinya ialah Mind Explorace, sukaneka, tayangan filem, demonstrasi penyembelihan dan Islamic Culture Night. Aktiviti Mind Explorace dirasmikan sendiri oleh Pengarah KMK iaitu Tuan Haji Raja Sulaiman. Sukaneka antara muslimin dan muslimat dijalankan secara berasingan dengan permainan yang berlainan tetapi pada waktu yang sama. Permainan untuk muslimin seperti Takraw Bulatan, Strong Holder dan Paintball. Muslimat pula, Walking On The Coconut, Dilambung Kasih Disambut Sayang, Paintball dan Ukhuwah Sejati. Pemenang masing-masing mendapat hadiah yang lumayan. Selepas solat Jumaat, filem-filem menarik ditayangkan di dewan-dewan kuliah khas untuk tontonan warga KMK secara percuma. Selepas solat Asar pula, 5 ekor ayam disembelih dalam aktiviti demonstrasi penyembelihan. Pelajar-pelajar sendiri menyembelih ayam-ayam tersebut. Tidak ketinggalan pelajar perempuan menimba pengalaman menyembelih ayam di perkarangan Masjid Khulafa’ ar-Rasyidin KMK. Sementara itu, lajnah makanan sibuk berbbq untuk juadah malam hari. Acara kemuncak Program Suai Kenal Pusat Islam ialah Islamic Culture Night. Majlis diserikan dengan persembahan silat, nasyid, kuiz dan penyampaian hadiah. Apa yang menarik malam itu ialah penganugerahan Prince & Princess Charming kepada contoh muslimin dan muslimat Islam sebenar. Majlis tamat pada jam 11 malam diakhiri jamuan makan.

ALBUM KENANGAN

'beyond the sky'


'menanti acara dimulakan'
'sukaneka muslimin'
'muslimat sedang menonton filem kung fu panda'
'permainan ukhuwah sejati'

'dilambung kasih disambut sayang'

'demonstrasi penyembelihan'

'hebat tak kami?'


LARIAN KAKOM 2008



'kami sedia berjuang!'

'kamilah atlit-atlit kmk'

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails