REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

bisikan nurani

04 September 2009

Salam Ramdhan Al-Mubarak..
Ramadhan sudah hampir ke pertengahan bulan, Lailatul Qadar pula sudah mula mahu menyinggah ke jendela hati orang yang tekun beribadat pada malam hari, berzikir, bertahajud, menyembah tuhan yang satu..
Hari semakin hari, assignment mula banyak..Ramai sahabat-sahabat yang mula tertekan dan bosan..Saya pun apa kurangnya..Ada pula sahabat yang tanya saya tak tension ke? muka hepi je..huhh mana xtensionnya, semua subjek ada assignment..kena present lagi..bila dah present, lecturer pulak komen yang xsedap didengar..tanggungjawab kat organisasi lagi..huish..saya tension juga sebenarnya tapi rasenya tu baru sikit Allah turunkan ujian..bxperlulah sampai masam muka n marah-marah kat orang lain..senyum tu pengubat duka..so,senyumlah..Dalam kesibukan ini, kita kena sentiasa mengingati Allah..sebab adalah menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim untuk sentiasa mengingati Allah..lagipun, dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang..
Jangan tinggalkan solat, jangan lakukan maksiat..


Ada seekor ikan yang hidup di lautan yang sangat luas..Semua lautan yang diciptakan oleh Allah adalah masin..maka tinggallah ikan itu didalam lautan tersebut tanpa sedikit pun air lautan itu menyebabkan ianya terasa masin bila kita makan..Namun apabila kita bawa ianya ke darat, ia akan terasa begitu masin jika kita menambah sedikit garam sehinggakan kita tak lalu makan kerana ianya terlalu masin..Kenapa jadi begitu?
Itulah lumrah kehidupan..Kita tidak akan terpengaruh walau banyak dugaan menimpa jika hati kita cekal, kuat dan sentiasa berwaspada..Namun jika segumpal darah bernama hati itu mati, dipenuhi titik-titik hitam maka ia akan mengakibatkan keseluruhan tubuhnya..Wahai sahabat, jagalah hati kita, pelihara ia..Sentiasa ingatkan Allah..Banyakkan ibadah..
Firman Allah bermaksud 'Bila mengingati Allah hati akan tenang"

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails