REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Pilihanraya Kampus

17 February 2010



Salam Kebangkitan Mahasiswa.

Piliharaya Kampus sesi 2009/2010 memberi saya sejuta pengalaman berharga. Tidak pernah terlintas difikiran saya akan terlibat dalam dunia politik kampus seawal usia setahun bergelar mahasiswa. Ingin saya kongsikan beberapa pengalaman manis untuk tatapan sahabat yang mungkin berkeinginan untuk berada dalam barisan pimpinan pelajar pada sesi akan datang.


Hidayah datang tanpa diundang

Desas-desus akan berlangsungnya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar membuatkan saya berkeinginan untuk mengetahui selok-belok pemilihan yang akan dijalankan. Tanpa diduga satu persoalan timbul dari seorang ukhti yang cukup rapat dengan saya menyunting saya untuk menjadi salah seorang calon. Saya terkedu, mungkinkah saya mampu memimpin mahasiswa seawal usia saya setahun jagung ini? Beberapa hari sebelum pertanyaan itu timbul, saya telah didedahkan dengan beberapa persoalan tentang ketelusan pentadbiran universiti. Ketika itu, hati melonjak-lonjak inginkan kebenaran ditadbir di universiti kesayangan ini. Saya meminta diberi ruang masa untuk memikirkannya. Saya khuatir kata-kata seperti 'saya mencari publisiti', 'saya gilakan pangkat', 'saya mencari pengaruh', 'saya meninggalkan jawatan yang kecil untuk jawatan yang besar' akan mengundang. Segalanya saya serahkan dalam sujud tika 3/4 malam. Setelah tibanya ketenangan, saya berikan jawapan pada ukhti kesayangan. (^_^)


Bantuan tiba seperti seorang pesakit memerlukan CPR

Saya dibantu oleh dua orang ukhti yang begitu mahir dalam bidang ini. Langkah pertama yang diberikan adalah pernafasan yang teratur iaitu penerangan flow tentang Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang akan berlangsung serta perbetulkan niat untuk menyertai pemilihan ini. Saya perlu alert dengan persekitaran terutamanya bila tarikh-tarikh penting ini akan diumumkan. Saya cuba berdikari sedaya yang mampu. Apabila maklumat diterima saya segera membeli borang perwakilan di pejabat Hal Ehwal Pelajar yang berharga RM5.00. Kemudian borang tersebut disorokkan untuk mengelak dari diketahui orang ramai (hehe malu rahsia bocor) Borang hendaklah diisi dengan teliti agar tiada satu kesalahan pun untuk mengelakkan dikesan oleh calon lain ketika Hari Penamaan Calon nanti. Beberapa dokumen perlu disediakan iaitu satu Keputusan Peperiksaan yang terkini (didapati dari SMAP online) beserta cop pengesahan dari Pejabat Pengurusan Akademik, dua keping gambar berukuran pasport (tak boleh print) serta wang RM 50 sebagai cagaran. Bebrapa insan terpilih diperlukan untuk melengkapkan lagi pencalonan saya iaitu seorang pencadang, seorang penyokong dan dua orang wakil calon. Beberapa maklumat mereka diperlukan dalam borang tersebut dan yang paling utama adalah tandatangan Dekan Fakulti. Manifesto dan motto juga perlu disediakan untuk persediaan jika berjaya masuk bertanding dalam pilihanraya. Setelah segalanya lengkap, borang-borang tersebut, kad penganalan dan kad matriks hendaklah disimpan dengan selamat sehingga Hari Penamaan Calon.


Hati berdebar seperti berada dimedan perjuangan

Sebelum ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail, saya sempat ke kelas untuk mengambil kuiz Computer Programming di kampus bandar tapi saat itu hati tidak tenang. Saya tak dapat beri tumpuan, apa-apa je saya jawab. Dengan berpakaian serba merah jambu (warna kegemaran yang akan memberi tuah dan semangat pada saya) saya bergegas ke dewan. Kawalan keselamatan amat ketat, tidak sembarangan orang dapat masuk ke dewan. Saat itu barulah saya dapat tahu wajah-wajah sebenar calon. Ramai calon yang saya tak sangka muncul. Saya terima beberapa kata-kata rang sangan dari mereka.
Majlis bermula dari jam 9 pagi 25 Januari 2010 dengan penyerahan borang sehingga jam 11 pagi. Kemudian borang-borang calon dilekatkan di papan kenyataan untuk diteliti. Saya dapat mengesan kesalahan yang dibuat oleh beberapa orang calon. Dengan kata sepakat beberapa orang sahabat, saya mengambil seorang sahaja calon untuk dibantah atas kesalahan alamat semasa tidak lengkap. Sungguh mendukacitakan apabila 11 bantahan yang dibuat, semuanya ditolak mentah-mentah oleh pihak pengurusan. Cuma 2 bantahan dibidas dan satu sahaja bantahan diterima. Apakah corak permainan pemilihan kali ini? Sungguh berbeza dari sesi-sesi yang lepas. Keputusan pihak pengurusan terpaksa diterima tanpa hati terbuka. Nama-nama calon yang akan bertanding dan yang telah menang tanpa bertanding diumumkan. Saya tidak menduga saya akan terpilih. Tiada persiapan yang lengkap dibuat. Namun syukur pada Tuhan, perjalanan perjuangan harus diteruskan.


Adakah ini muslihat?

Sepatutnya kempen dapat dimulakan sejurus selepas nama-nama calon yang akan bertanding diumumkan namun berita yang diterima pada petang hari penamaan calon amat menghampakan apabila Pilihanraya Kampus ditangguh pada 4 Februarai 2010 dengan alasan, penghormatan kemangkatan Sultan Johor. Persoalannya, mengapa universiti lain di Johor masih dapat meneruskan PRK mereka? Apakah muslihat yang tersembunyi disebalik semua ini? Apapun yang berlaku, kami terpaksa menerima keputusan tersebut. Hikmahnya, saya dapat membuat persediaan dengan lebih rapi dan dalam masa yang sama pelajaran tak terabai dengan kesibukan yang bakal dihadapi.
Kempen dibenarkan dimulakan pada 30 Januari 2010, semua poster dan manifesto boleh diambil pada 29 Januari 2010.


Bermulanya sebuah perjuangan

Cerewet

Design banner yang dibuat untuk saya tidak berapa memuaskan hati saya. Saya cuba design sendiri walaupun masa dah suntuk namun akhirnya design yang telah disediakanlah yang paling menarik. Saya sendiri pergi membuat 6 buah banner dengan bantuan sahabat baik saya. Hasilnya seperti di bawah. (^_^)


Penat sampai nak pengsan

Saya mulakan kempen dengan menggantung poster, manifesto dan banner di sekitar kampus dan kolej kediaman. Segalanya atas bantuan sahabat-sahabat yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perjuangan sahabatnya. Letihnya usah dikata, sampaikan ada sahabat yang nak pengsan. Pengorbanan ini amat berharga. Perang poster bermula. Beberapa kekangan berlaku apabila kawasan-kawasan yang strategik telah dipenuhi poster calon lain. Beserah sahajalah. Usaha telah dilakukan. Meriah rasanya kampus tika ini namun ada yang rimas dengan lambakan poster brgantung-gantung. Inilah pilihanraya. Jika tiada halangan masakan ramai yang tidak mahu menyertainya.


Perlukan orang tinggi


Wajah saya


Manjaga kebajikan mahasiswa

Inilah manifesto yang saya bawa selaku calon umum bagi pemilihan kali ini. Walau saya baru bergelar mahasiswa UTHM saya sudah merasai kepahitan bergelar mahasiswa apabila beberapa keperluan pendidikan tidak dipenuhi. Semua masalah ini berlaku berulang-ulang setiap tahun namun perubahan tidak jua berlaku. Maka segala kepahitan yang saya dan mereka rasai, saya jadikan perkara utama yang akan saya bawa.

Mengurangkan kerenah birokrasi belanjawan terhadap program mahasiswa

Kepada mahasiswa pimpinan kelab-kelab dan persatuan yang bernaung di bawah pentadbiran HEP sering kali menghadapi masalah penyukatan belanjawan untuk program mereka. Prosedur meminta mereka menggunakan wang sendiri dahulu dan wang itu akan diklim namun setelah program berjaya, ada sahaja kekangan yang menyebabkan wang mereka hangus. Sesi yang lepas, setiap kelab tidak dihadkan penggunaan wang untuk program mahasiswa namun apa yang saya difahamkan setiap kelab dihadkan belanjawan mereka. Hal ini boleh menyebabkan pengasahan kemahiran insaniah mahasiswa terbantut dan aktiviti mahasiswa hanya sekitar kampus sahaja.

Mempertingkatkan ketelusan yuran mahasiswa

Bukanlah ingin mempersoalkan jumlah yuran yang sedia berpatutan jika dibandingkan dengan universiti lain, namun kami inginkan penerangan lebih terperinci mengenai kemana wang yang kami sumbangkan setiap semester ini disalurkan. Alangkah lebih murni jika setiap perjalanan wang mahasiswa dijelaskan. Maka tidaklah kami belajar dalam keraguan lagi.

Menyelaraskan waktu kuliah pelajar sama dengan waktu bekerja dipejabat

Tujuan saya membawakan perkara ini adalah untuk memastikan penjadualan waktu kuliah kemas dan teratur. Masalah yang sering dihadapai adalah penukaran matapelajaran di awal semester dan penjadualan yang tidak teratur apabila mahasiswa terpaksa bergegas dari satu tempat ke tempat yang lain apabila kelas yang akan dihadiri terlalu jauh jaraknya. Masalah kedua adalah kelas malam. Kami faham kelas tidak mencukupi untuk digunakan pada waktu siang, namun faktor keselamtan juga perlu diambil kira. Lebih-lebih lagi keselamatan mahasiswi. Mahasiswa juga diancam oleh lalulintas yang sesak dan gelap sepanjang perjalanan ke kelas. Masalah ketiga adalah waktu kuliah berterusan hingga lewat petang. Dalam Islam sendiri telah mengatakan bahawa waktu petang adalah waktu rehat dimana otak kita menjadi lembap untuk menerima pelajaran kerana keletihan. Tambahan pula kemana perginya ruang untuk bersolat. Waktu tengahari contohnya, jika kelas penuh sepanjang hari dan waktu rehatnya cuma pada jam 1-2 petang. Bilakah kita dapat menikmati makan tengahari, menunaikan kewajipan sebagai muslim dalam masa yang sama perlu bergegas ke kelas?

Menyediakan khidmat fotostat secara percuma dengan pemberian kupon kepada mahasiswa

Siapa tidak sukakan kemudahan percuma, oleh itu manifesto saya yang keempat bertujuan memudahkan sesi pembelajaran mahasiswa. Kita sudah sedia maklum, kehidupan mahasiswa dengan kedai fotostat sudah tidak dapat dipisahkan. Masakan tidak, kerana nota-nota untuk setiap matapelajaran perlu difotostat sendiri. Alangkah lancarnya pemelajaran kita apabila kita tidak perlu lagi mengikat perut untuk mengasingkan wang makan dengan wang fotostat nota-nota penting.
Saya cuba ingin menyediakan kemudahan ini dengan pemerian kad bernilai RM10 untuk kemudahan fotostat di dalam kampus. Saya telah pun mempunyai kad tersebut dengan pembelian bernilai RM15, maka saya ingin menanjurkan agar kemudahan ini dapat digunakan dengan percuma dengan beberapa penghadan seperti kad ini hanya diberikan sekali untuk satu tahun. Mungkin beberapa penambahbaikan boleh dilakukan.

Memperkasakan sistem pengangkutan dengan lebih cekap dan selamat

Perkhidmatan syarikat Sikun Jaya yang tidak cekap membuatkan mahasiswa menghadapi banyak masalah. Masa kami terluang begitu sahaja apabila masa tersebut digunakan untuk menunggu bas atau van yang tidak proaktif dan menepati masa selama berjam-jam. Bagaimana kita dapat melahirkan mahasiswa yang gemilang jika masa mahasiswa seolah-olah dibenarkan membazir begitu sahaja? Persoalan sering timbul apabila perkhidmatan syarikat ini tidak pernah ditamatkan. Adakah kontrak mereka selama 20 tahun? Tiadakah syarikat-syarikat lain yang dapat memberi persaingan kepada mereka supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh? Mereka seolah-olah berada dalam zon selesa. Adakah adanya konspirasi dalaman oleh pihak universiti? Kami hanya mahasiswa, namun kami jua mahukan kebenaran.
Perjalanan dari kolej kediaman ke kampus juga tidak selamat kerana laluan itu adalah laluan utama pengangkutan awam yang lain dari Kluang ke Bandar Batu Pahat. Beberapa kemalangan sering berlaku namun tiada tindakan serius diambil ataupun tindakan tersebut lambat dilaksanakan. Pihak pentadbiran, bantulah kami belajar dengan rasa selamat.


Saya berjalan di atas medan perjuangan

Jam 10 pagi hari Ahad saya dikejutkan dengan panggilan dari pejabat HEP supaya menurunkan poster sebelum jam 2 petang. Apa yang berlaku? Beberapa kesilapan datangnya dari pihak pengurusan sendiri menyebabkan kami diancam. Astaghfirulallah, berita apakah ini? Masa selama 4 jam sahaja diberi, jika gagal memenuhi permintaan saya akan disqualified. Hari ini hari Ahad, tiada pengangkutan disediakan. Baru semalam poster digantung. Mereka yang berkuasa, saya tidak dapat lakukan apa-apa. Kami cuba meminta pintu rundingan dibuka. Rundingan diterima dan akan dibincang pada jam 10 malam ini. Satu lagi dugaan. Jam sebegini, mana nak cari pengangkutan? Keselamatan juga diancam. Saya tetap berusaha agar dapat hadir pada perjumpaan tersebut. Saya berdebar disepanjang perjalanan. Setiap langkah saya seolah-olah saya melangkah ke medan peperangan di bumi Palestin. Senjata yang dibawa hanyalah hujah untuk membela diri. Setibanya di pintu pejabat HEP, bukan rundingan yang dilakukan tapi menerima arahan yang perit. Hujah kami tidak diterima, kami terpaksa akur. Ujian Allah amat besar, pasti ada hikmahnya.


Usaha selagi terdaya

Saya sendiri turun padang ke kolej-kolej kediaman untuk memberikan flyers dan meraih undi. Dengan kehadiran saya, saya dapat meyakinkan mereka untuk mengundi saya. Paling penat adalah aktiviti di KK Tun Fatimah kerana susunan bangunan yang memeningkan dan bertingkat-tingkat.
Rakaman video juga dilakukan dengan bantuan UCiTV UTHM untuk disiarkan didalam laman web rasmi UCiTV.
Speaking Corner digunakan disaat-saat terakhir kerana kekangan masa. Saat itu, saya manfaatkan. Kebetulan terdapat beberapa gerai dibuka, maka tidaklah begitu segan sebab ada sahaja orang yang akan menonton pidato saya. Sudut yang disediakan di Dataran Penyu dimmanfaatkan juga oleh beberapa orang calon yang lain. Hebat, seperti YB gayanya. (^_^)


Mukaku 'blushing'

Cara kempen yang berbeza dengan mengadakan konvoi ke kolej kediaman. Hari pertama konvoi saya diseratai beberapa orang sahabat dengan menaiki kereta dan motorsikal. Saya diminta melaungkan nama dan beberapa kata-kata untuk meraih undi dan meyakinkan mereka untuk mengundi saya. Sambutan diluar jangkaan apabila ramai yang menjengah untuk melihat dan menyahut dengan memberi kata-kata semangat. Saat itu muka saya terserlah kemerahan (walaupun tak jelas) dan rasa seolah-olah muka nak meletup kerana terlalu malu. Flyers turut diedarkan ketika konvoi tersebut. Samapi di kolej kediaman, saya turun dari kereta untuk melaungkan manifesto. Pengalaman yang amat berharga.
Pada hari terakhir berkempen, saya mengambil peluang untuk berkonvoi sekali lagi. Kali ini beberapa kekangan berlaku lagi apabila kami tidak lagi dibenarkan untuk membunyikan hon kereta. Apa pun usaha tetap diteruskan. Konvoi bertambah meriah dengan penglibatan rakan sekelas saya. Terima kasih kawan-kawan. (^_^)




Hari Penentuan


"Tiada lain dari usaha dakwahku dalah untuk mengajak orang melakukan kebaikan dan segalanya ditentukan oleh Allah"
Usaha + Doa = Tawakal
Saat ini hatiku pasrah dengan segala keputusan yang bakal diterima. Saya juga turut mengundi dan menerima sehelai t-shirt. Suasana di DTII begitu meriah. Saya berada disitu untuk memberi sokongan dan menunjukkan saya bersama-sama mereka sepanjang majlis ini.
Buang undi dilakukan pada jam 5 petang. Kawalan keselamatan sangat ketat, lebih ketat dari hari Penamaan Calon yang lepas. Beberapa orang petugas ditugaskan mengelilingi calon-calon yang hadir untuk mendengar keputusan PRK.
Akhirnya, keputusan diumumkan. Saya mendapat tempat ke 14 dari 22. Sujud syukurku pada Allah. Inilah hasil usahaku. Saya amat berbangga kerana beberapa calon yang sangat berkaliber dapat memenangi kerusi yang disediakan. Alhamdulillah. Salam takziah saya terima dari beberpa sahabat yang lain. Mereka salah apabila menyangka saya akan kecewa. Saya menerima keputusan ini dengan hati terbuka. Saya belajar banyak perkara dari penglibatan saya ini. Pengalaman ini amat berharga. Syukran kathiran atas sokongan dan bantuan para sahabat, pensyarah dan family tersayang. (^_^)

2 comments:

Unknown said...

Tahniah...selamat maju jaya...namun, posting ni macam tak ada kaitan je dengan tajuk..."sirr wa hazarr"

April 22, 2010 at 12:42 AM
Mujahidah Amar Ma'ruf Nahi Mungkar said...

hehe..sje je nk sruh org bce..1st imprssn is imprtnt right?

April 22, 2010 at 2:27 AM

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails