REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Pengembaraan Membina Insan Part 1

11 June 2010

Bas Cepat Ekspress dari Kluang ke Alor Star bertolak pada jam 9 malam di Stesyen Bas Kluang. Umi, ayah dan Mai hantar hingga ke dalam perut bas. Perjalanan kali ni kurang digemari sebab saya tak dapat single seat di tingkat atas seperti biase. Perjalanan yang agak menakutkan sampaikan tak nak lelapkan mata. Minah German sebelah saya ni boleh rileks aje tidur. Setiap saat saya beristighfar sebab pakcik driver bawa laju sangat. Umi pun risau. Setiap tempat pakcik berhenti pasti saya terjaga. Alhamdulillah akhirnya saya selamat sampai ke destinasi pada jam 7.30 pagi setelah meredah lautan malam yang menggerunkan (ayat hiperbola la jue).

Sampai di Shahab Perdana, niatnya nak beli tiket terus tapi kaunter tak buka lagilah. Saya pun tunggu Sis sambil berbual dengan dua orang sis yang nampak macam punya tujuan yang sama ke negeri jelapang padi ni. Saya cuba bermesra. Sis ni dari Johor juga. Dia tinggal di Johor dan kampus dekat Johor. Oh, patut tak cakap Kedah. Tapi destinasi kami sebenarnya berbeza. Aiya, lain kali jangan banyak mulut tau sebab saya pun tak tahu banyak pasal program ni. Saya cuba jawab apa yang saya tahu sahaja. Saya diselamatkan dengan kehadiran sis tersayang. Huh, selamat. Saya cepat-cepat ucapkan salam dan pergi dekat sis.
Pengajaran : Praktikkan berwaspada.


Keletihan sepanjang dalam bas dah digantikan dengan rehat yang secukupnya. Selepas Solat Asar kami bertolak ke destinasi kursus diadakan. Kami lewat! Bukan 5 minit atau 15 minit tapi 60 minit. Hee~ Kita merancang tapi rancangan Allah itu lebih baikkan. Sebelum mendaftarkan diri, kelihatan kelibat 2 orang dan satu nama tertera di senarai peserta dikenali hadir. Alhamdulillah, ada juga geng tapi kami agak tersipu-sipu malu sebab berpakaian yang kurang sesuai. Saya agak terkena kejutan budaya sebab tak jangka view nya macam ni. Berkali-kali istighfar dan menundukkan pandangan kerana berkelakuan janggal.
Pengajaran : Ketahui waqi'.


Sepanjang 3 hari di sini saya kena mendaki tangga setinggi 5 tingkat untuk ke tempat penginapan. Selain daripada dapat menimba ilmu dan pengalaman, saya dapat kuruskan badan. Tak cukup kurus ke sekarang ni? Usai Solat Maghrib berjemaah, adik-adik di Muassasah bingkas bangkit untuk menunaikan Solat Sunat. Selepas Solat Sunat barulah mereka berzikir. Syahdunya mendengar mereka memuji Ilahi dengan sebulat suara beramai-ramai. Meremang bulu roma. Lantas satu ayat terlintas di fikiran alangkah bagusnya kalau saya dapat praktikkannya di Melewar. Terasa bahagia dan indah menjadi sebahagian daripada mereka.
Pengajaran : Islam itu sangat mudah untuk dijadikan cara hidup.

Memberi kuliah Maghrib adalah cubaan pertama sebagai seorang pemudahcara @ fasilitator. Gugup saya takut dipanggil sebab saya masih kehausan ilmu untuk memberi. Seorang muslimin dan muslimat dipilih untuk memberi pengisian sementara menanti Cikgu Sukarno bin Abdul Hamid. Teruja dapat jumpa Cikgu Sukarno sekali lagi. Masa dekat Matrikulasi, cikgu sering menjadi jemputan Pusat Islam untuk memberi santapan rohani kepada pelajar. Slot yang saya paling ingat adalah sempena Hari Valentine. Penuh masjid dengan kehadiran pelajar dan pelajar dapat menerima setiap apa yang cikgu sampaikan dengan baik. Kali ni, Cikgu Sukarno memberi pengisian mengenai Cara-cara Komunikasi Yang Berkesan.

Komunikasi yang berkesan

Pemberi maklumat mesti merecap idea. Pemberi mesti menganalisis penerima. Sediakan isi bicara terkandung perkara yang benar. Gaya bahasa yang sesuai dan baik. Nada percakapan hendaklah sesuai dan terkawal. Susun maklumat. Bahasa badan hendaklah menyokong lisannya. Berhujah dengan waras. Ambil kira pandangan dan pendapat orang lain. Buat apa yang kita cakap. Tinggalkan mengumpat dan mencela orang lain. Jauhi tanggapan buruk terhadap orang lain. Jadi pendengar yang baik.


Sesi taklimat program dan taaruf bermula selepas Isya'. Saya yakin dengan matlamat saya datang jauh dari Johor. Tanggungjawab sebagai fasi sebenarnya sangat berat. Saya kena jadi ibu dan bapa bagi adik-adik. Saya tak boleh bersikap kasar, kena berlembut. Harapan ibu dan bapa mereka sangat tinggi. Adik-adik yang datang tak semuanya sudah bersedia untuk berubah dan menerima. Pengalaman-pengalaman daripada fasi-fasi senior agak menggerunkan. Ada adik-adik yang lari. Huh, camne ni. Takut dan teruja nak jumpa adik-adik supaya dapat berkongsi ilmu dengan mereka. Sahabat-sahabat yang datang ada sebab masing-masing tapi misi kami sama. Tak perlu luahkan apa yang kami rasa, kata hati yang menyatukan kami. Mudah sahaja nak bekerjasama. InsyaAllah pasti perjalanan program ini lancar dan tersusun.
Pengajaran : Remaja mulia, masa depan sejahtera.


Disebabkan saya asyik berbual bertiga dengan sis, kami sesat tak jumpa tempat program. Naik tangga sampai tingkat 3, pergi dewan rupanya slot seterusnya mula sejam lagi. Kami pun round-round kelas adik-adik. Ambil peluang cuba tidur tapi teringat masalah kolej dan kampus. Ambil peluang cuba selesaikan dari jarak jauh. Selesai satu masalah tiba-tiba terjumpa nama saya atas meja seorang adik. Ada juga orang yang sama nama dengan saya dekat sini.
Pengajaran : Selesaikan apa yang patut secepat mungkin.



Penerangan tentang modul dijelaskan betul-betul supaya kami faham. Banyak modul yang disediakan. Kami juga dikehendaki menjayakan modul tersebut dahulu barulah dapat dipraktikkan pada adik-adik. Beberapa cadangan perubahan modul tetapi modul yang asal mendapat persetujuan ramai. Apa-apa pun mudah-mudahan ianya dapat mencapai matlamat program. Sedihnya saya tak dapat beri tumpuan sepenuhnya. Masalah tiket dan family asyik pusing-pusing dekat kepala. Tiba-tiba jadi perangai luar biasa.
Pengajaran : Jangan campur adukkan urusan peribadi dengan kerja.


Alhamdulillah, lengkap 3 hari saya berkursus saya akan ke tempat kem yang telah ditetapkan. Teringin nak pergi Merbok sebenarnya tapi tak pe lah, pasti ada yang istimewa di Alor Star. Apa yang saya pelajari cuba saya praktikkan untuk diri, adik-adik, Islam kerana Allah.

3 comments:

Nat Cure said...

Awak rajin tukar template.. Tiap kali datang, blog nampak baru..

June 14, 2010 at 6:32 AM
Cikgu Siti Juwairiyah said...

hee..cuti2 rjin la..
nat ape khabar?

June 14, 2010 at 6:34 AM
Nat Cure said...

khabar baik.. macam biasalah, cuti je suka duduk depan piano..

June 14, 2010 at 6:49 AM

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails