REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Lawatan ke HPA

02 January 2011

Lawatan ke Syarikat HPA
8, 9 dan 10 November

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk bermusafir ke Kedah dan Perlis lagi sambil menimba ilmu. Seronok dapat melihat kejayaan orang Islam dalam perniagaan.Pengalaman yang sangat berharga.

Sebelum saya cerita panjang-panjang, jom berkenalan dengan HPA

Sejarah HPA

Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.
Pengenalan

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pengasas HPA memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

Hebatkan?
copy from HPA

Keunggulan Perniagaan HPA

1. 100% milik Bumiputra Muslim
Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam industri herba.

2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal
Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang.



3. Harga murah dan berpatutan
Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.

4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.

5. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan
Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.

6. Perubatan JAWI
HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang menggabungkan sumber Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri daripada perubatan herba, ilmu diagnosis penyakit melalui tapak tangan, anak mata dan juga perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi dan lain-lain lagi. Semua ahli berpeluang untuk mempelajarinya.

7. Kebajikan
Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil beramal.

8. Plan Pemasaran Hebat
Tawaran 11 ganjaran lumayan kepada para pengedar melalui plan pemasaran Era Baru yang terbukti berjaya melahirkan usahawan HPA dengan pendapatan 5 angka sebulan.



9. Latihan Keusahawanan
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA. Kursus ini dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS).



10. Pengiklanan Produk Di Media Massa
HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi, Cereal di TV3, TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.

11. Koperasi Wahida Berhad
HPA menubuhkan Koperasi Wahida Berhad untuk memberi peluang kepada ahli menikmati keuntungan bersama. Anggaran pulangan 10%-20% setahun.


HARI PERTAMA

Kami bertolak pada pukul 9 malam. Semua berkumpul dekat Dataran Anggerik. 24 orang je pergi. 10 orang pelajar perempuan, 14 orang pelajar lelaki. Program ni program FPT, saya, Kak Nina dan Kak Syida je tersesat join dorang.


usai solat subuh

Waktu ni kat R&R Gurun. Saya kembali ke tempat ini lagi. Semua solat Subuh dekat sini. Budak laki boleh pula pegi makan tak ajak kitorang. haish. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Perlis dengan menyusuri pendang dan melintasi pekan Changlun. Oh sungguh rindu.

C'MART, Changlun yg ku rindu
 Sampai je negeri Pelis, kami terus pegi Ibu Pejabat HPA dekat Arau. Masa nak datang sini, kitorang lalu Changlun. Rindu sangat dengan Changlun. Terimbau semua nostalgia mase belajar dekat KMK. Rindu, rindu, rindu.

Destinasi pertama

Mula-mula taklimat dulu. Lepas tu jalan-jalan tengok suasana dalam kompleks -->
Kompleks Al-Wahida

Kat sini lah diterangkan asal-usul nama HPA. HPA tu dikenali sebagai Herba Penawar Al-Wahida. Wahida tu anak Tuan Hj Ismail. Seorang Hafizah. Bagus sangat.
Lepas pusing-pusing & menyibuk-nyibuk, kitorang pegilah kilang HPA.
di Perlis

Kitorang pegi HPA Industries. Kat situ ade kilang kopi radix, kilang sos dan kilang ubat. Kitorang dapat masuk kilang ubat je. Nak masuk sana, kena pakai mask. Actually tak boleh ambil gambar tapi saya amik senyap-senyap.  
Proses pembungkusan

Sebelum semua pekerja memulakan kerja di mana-mana kilang atau pejabat HPA pun, mereka wajib mengamalkan beberapa amalan iaitu Baca Mathurat, Tazkirah dan Solat Dhuha. Satu jam diperuntukkan khas untuk membuat ibadah. Barulah syok kerja.

Labelling Melabel
"Machine rosak ke bang?" lama betul abang tu tenung kat msin tu..

Pelawat pun kena pakai macam ni

Proses buat ubat ni sangat teliti. Setiap proses tu ade bilik tersendiri. Tertutup pulak tu. Kalau kerja label melabel dan bungkus-membungkus, pekerja wanita yang buat.

Ubat-ubatan herba

Macam-macam jenis ubat yang HPA hasilkan, dalam botol, dalam pack. Bagus untuk kesihatan.
Penghargaan

Tamat pusing-pusing, kitorang pun dijamu dengan air kopi radix. Sambil-sambil minum, sempat lagi dorang tanya pasal cara ubat mengubat tradisional. Semangat betul. Sebelum balik, bagi hadiah dulu.

RCH Perlis

Lunch time dekat RCH. Semua pakat charge handphone & laptop. Bila makanan sampai semua senyap menghadap makanan.
Sudah kelaparan

Macam promote U je bas duk dpn kedai. Semua duk jauh-jauh. Tak ukhuwah lah cam ni.

Chicken Chop RCH Nasi Ayam RCH

Nak pekena chicken chop tapi dapat nasi ayam. Ape-ape lah, janji dapat makan.
shopping mopping

Petang tu kami shopping sakan dekat Padang Besar. Kalau saya tahu dari awal nak pegi Padang Besar, saya bawa duit banyak-banyak. Ni kali ke 3 ke 4 saya sampai di Padang Besar. Cuma dapat beli baju kakak, cin cin, key chain, ape lg ntah..Penat membeli-belah, maka sepanjang perjalanan kami semua tido. zzz.

Penginapan kami

Malamnya kami menginap di Hotel HPA. Hotel bajet tapi best. Ok, cantik. Teruja sebab tengok hotel orang Islam macam ni. Semoga rezeki mereka diberkati dan semakin melimpah ruah.

Welcome to El-Zahraa Inn

Dalam tentatif, kami duk homestay dekat Merbok. Alih-alih sampai SP. Magik. Pape pun, puas dengan layanan dan keselesaan dekat hotel ni. Masa ambil gambar ni, tiba-tiba orang yang jaga recieption ni masuk. Aiya malu betul. Dapat berbual-bual dengan dia pasal hotel ni. Cover malu.

Our room

Sebelah bilik kitorang bilik budak lelaki. Tak syok. Nak lalu-lalang segan. Tapi malam tu tak lalu-lalang lah sebab penat, semua tido.

cantik kan

Nampak tak ade pack Kopi Radix kat situ. Best. Jam dorang pun jenama HPA.

pasti nyenyak

Kami tidur dengan selesa
.
syg Astro xde

Malam tu sempat tengok tv. cerita seram kat TV3 tu. Kalau ade astro pun best tapi sewa siaran Astro Oasis aje lah.

Quran, sejadah, telekung pun disediakan

Saya rasmikan quran tu dulu. Hehe. Alhamdulillah, semoga perniagaan ini dibawah lembayung rahmat Allah.

Bersih, Suci, Diyakini

Ade lagi barangan HPA, tu tuala, sabun & syampu. Baguskan.

unik

Hotel ni cuma sewa 2 lot kedai, ada 3 tingkat. Kalau tersungkur, confirm tergolek sampai bawah.
The Organisation

Peneraju HPA adalah Tn Hj Ismail.
Dinner at RFC Sungai Petani

Lepas bahagi bilik, rehat2, solat, kitorang pegi makan dekat RFC. Dekat je ngan hotel. Satu  patition tu khas untuk kitorang je. Nyum2.
yummy

Saya tak berjaya habiskan sebab kekenyangan kot. Nasib baik dalam bilik ade peti ais, bolehlah simpan.
semua kalut makan

Akhi Hadi n kawan-kawan die tengah bahagi-bahagi makanan. Kitorang tengok je.


HARI KEDUA

Akhi Hadi & kwnnya (tourist guide) khusyuk dgr taklimat

Pagi-pagi lagi lepas makan nasi lemak & check out, kitorang bertolak ke kilang Cola dekat SP jg. Pakcik tu kata, sehari boleh menghasilkan 22 000 air Cola botol besar. Diorang akan export ke negar-negara yang order macam Indonesia, Brunei dll. Permintaan masa raya banyak sangat sampai dorang kena overtime masa bulan puasa. Walaupun kerja, dorang dapat Solat Terawih sama-sama. Lepas Solat Terawih baru dorang sambung kerja.

mai masuk kilang botol dulu

Walaupun dalam satu jam dapat menghasilkan 2000 biji botol, syarikat lebih mementingkan satu jam pertama masuk kerja untuk melakukan amalan sunat setiap hari. Semua pekerja akan solat Zohor dan Asar secara berjemaah. Syarat nak kerja dekat sini, tak boleh merokok.

test tube magic

Test tube inilah akan menjadi sebiji botol. Magikkan. Cuba lihat proses dia.
Proses pembuatan botol

Test tube tadi dipanaskan dan akan mengembang mengikut acuan.

tersangkut ke?

Abang tu akan cek satu persatu botol yang dah dihasilkan.
botol dah jadi

Lepas ni proses melabel.
macam2 jenis botol

Botol-botol pelbagai bentuk dan rupa ini dapat dihasilkan dengan menggunakan acuan yang berbeza.
Kilang buat air COLA RADIX

Jom masuk kilang air Cola pula.
mula2 basuh botol dulu

Proses pertama selepas botol siap dihasilkan ialah botol-botol tersebut akan dibasuh dengan air paip untuk diyakini kebersihannya. Kilang-kilang lain macam kilang air Cocacola buat tak macam ni?
setelah botol diyakini bersih, baru boleh masukkan air

Lepas tu barulah air Cola akan dimasukkan dalam botol. Satu hari dorang dapat hasilkan satu jenis air je.
air disejukkan
Kalau tak silap ni proses menyejukkan air. Sebab air Cola yang dah dimasukkan tu suam.

air free cola radix

Akhir sekali, kitorang dapatlah air free. Sorang dua tau.
HPA Sungai Petani

Dah dapat air free, kitorang pegi ke pejabat HPA cawangan SP untuk penerangan mengenai HPA lagi.

taklimat tentang HPA

Taklimat ni sangat bermanfaat. Kami dapat lihat kejayaan besar usahawan Islam di Malaysia. Banyak produk dan usaha untuk menjadikan alternatif kepada pengguna Islam apabila memilih produk.
 
membeli belah

Lepas tu shopping lagi. Saya beli coklat, kacang potong, ngan ape tah lagi. Dah lupa. =_="
basikal HPA pun ade

Basikal pun ada. Warna pink pulak tu.

tak kesampaian utk msuk ke HPA Collection

Sepatutnya kami masuk HPA Collection ni jg & pergi Muslimah Cosmetic tapi tak sempat sebab dah tutup untuk solat Jumaat.

PULANG

Sangat bermanfaat dan seronok. Kalau ada lawatan HPA lagi jangan lepaskan peluang ye.

3 comments:

Muhammad Ibnuraimy said...

http://www.facebook.com/ibnraimy

May 27, 2011 at 6:38 AM
Muhammad Ibnuraimy said...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABAROKATUH

ALHAMDULILLAH, SERONOK BACA ENTRI YANG INI, N BERI IDEA UNTUK ANA ORGANISE LAWATAN CAMNI UNTUK KAMPUS ANA, BOLEH KONGSI??

May 27, 2011 at 6:40 AM
Anonymous said...

waalaikummussalam..
silakan..
Memperjuangkan produk halal serta mendidik masyarakat mengenai kepentingan memakan makanan yang datang dari sumber yang halal adalah tanggungjawab bersama..
:)

May 29, 2011 at 8:08 AM

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails