REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

In-team & BTN!

30 January 2011


Menenangkan..

Kak Zila punye idea

Assalamualaikum..
Alhamdulillah walaupun keletihan pulang dari Perlis, saya sangat bersemangat nak membantu kem adik-adik ni. Kem ni namanya Inspirasi Teman Mahasiswa oleh Kelab Iqra' UTHM. Kem ni 3 hari tapi saya dapat join 2 hari je sebab ada program lain lepas ni. Saya jadi AJK Serbaboleh. :) semua saya dapat buat. Mula-mula AJK Makanan tolong Kak Aminah, pastu AJK Multimedia tolong Kak Zila, AJK Teknikal tolong Kak Lia dan AJK jaga adik-adik. :p

dah sampai
sesi presentation pembentangan

Adik-adik beruntung sangat sebab pengisian dalam kem ni sangat membantu membina keyakinan diri, mendekati diri dengan Allah dan menambah ilmu pengetahuan. Dalam LDK banyak uji minda adik-adik. Kebolehan adik-adik terserlah masa berdebat. Teror ek korang. Siapa yang tak pandai masak kantoilah dalam slot Chef Halal. Yang paling best ustaz raikan adik-adik dengan masak kambing. Fresh lagi. Ustaz sembelih dekat tapak kem juga.


Bom2 iman :p
Riadah

Dekat sini juga saya dapat tenangkan fikiran yang sedang sangat berserabut dengan masalah-masalah kolej. Suasana pantai tenang je. Dapat bermuhasabah melihat kebesaran Allah melalui ciptaan-ciptaanNya. Benar,

....bila mengingati Allah, hati kan menjadi tenang....

buyai laju2
SubhanaAllah

Memeningkan?

Ceramah bermula

13 dan 14 Disember 2010

Seminar Pemantapan Jati Diri aka Seminar Biro Tata Negara

Disebabkan kami satu-satunya batch yang tak pegi Kem BTN, kami kena lah join seminar ni diwaktu orang tengah syok-syok cuti.

Hari pertama ada dua ceramah. Ceramah pertama tentang 1 Malaysia oleh Dr Abd Rahman. Ceramah ni banyak cerita pasal 1 Malaysia la dengan pasal perdana menteri. Penceramah ada mengatakan peranan guru adalah sangat besar dalam memasyarakatkan masyarakat. Guru perlu menerapkan budaya berilmu, berintegriti dan bijaksana dalam diri generasi akan datang. Amalkan budaya KETEPATAN, tepat dengan masa (ni penting sebab saya suka pergi kelas awal tetapi selalu ade kekangan walau bersiap sejam sebelum kelas) sebab budaya ni dapat memberi prestasi yang tinggi dalam hidup kita. Banyak term-term pelik yang saya tak pernah dengar tapi akan cuba di'explore' InsyaAllah.

soalan cepu emas

Ceramah kedua bertajuk Ancaman Keselamatan Dan Perlembagaan Negara. Penceramah khas dari Kem BTN. Peyampaiannya sangat bersemangat tapi waktu ni ramai pelajar yang dah balik. Mungkin bosan dengan ceramah pertama. Bagi orang yang mengikuti politik dan isu semasa negara pasti melonjak-lonjak hati nak dengar. Kadang-kadang rasa nak join ke depan dan share microphone dengan penceramah (saya ke tu?). Saya siap rakam lagi. Boleh lah dengar bila semangat patrotisme decrease.
Yang paling penting bagi pelajar-pelajar, mahasiswa-mahasiswi, bakal cikgu-cikgi jangan lupa pesanan beliau, JANGAN BACA SATU SUMBER SAHAJA TENTANG ISU SEMASA. Explore, kaji, fahami dan fikirlah sebagai orang yang matang dan dewasa.

ldk time

Malam itu
Kembara Minda aka Explorace di tengah malam.

Kami dibahagi 6 kumpulan dan diberi 5 checkpoint (campur ada 1 checkpoint tipu). Kena siapkan task secepat mungkin. Checkpoint pertama: telinga rosak, pencapaian: baik. Checkpoint kedua: apungkan beg tanpa pegang dengan tangan, pencapaian: baik. Set induksinya kena perkenalkan diri. Satu kumpulan perkenalkan diri sebagai cikgu, satu kumpulan lagi sebagai artis. Percaya tak, saya jadi artis. To be a teacher you must make yourself to be versatil. Checkpoint ni, baru dapat arahan saya dah kena denda. Salah dengar. Saya kena persembahkan apa yang saya tahu. huh. Apa yang saya buat? jeng, jeng, jeng. Saya paling suka checkpoint ni sebab fasi @ lecturer yang jaga checkpoint ni terangkan sefaham-fahamnya kepada kami apa aplikasinya game ni atau apa yang dia minta kami buat, dengan kehidupan seharian sebagai seorang pendidik.Checkpoint 3: susun batu, pencapaian: cemerlang. Checkpoint 4: dam tiga segi, pencapaian: cemerlang. Checkpoint 5: suai padan karakter dan tugas, pencapaian: memuaskan. Checkpoint hantu pencapaian: paling cemerlang.
Terpaling adventure apabila saya tersungkur lalu terterbang dari tembok setinggi kira-kira 10 anak tangga di dalam gelitanya malam dihadapan khalayak ramai kemudian landing dan tercium tar (agak mitos, retorik dan terlampau). Tapak tangan, siku luka, seluar dilutut koyak tapi still cool dan ketawa lalu "Ju ok.." tapi sedar tak sedar darah banyak mengalir. huhu.

Tn Hj Samsuddin

Keesokan harinya LDK session.
Kami main beberapa game dan terasa begitu kuat ukhuwah antara student-student FPTek ni. Pertambahan ilmu semakin banyak. Terima kasih tak terhingga kepada Haji Sam yang susah payah melaksanakan seminar ini untuk bakal cikgu dan cikgi UTHM. Ilmu dan perkongsian dari semua pensyarah amat saya hargai.

A good teacher is like a candle..


berakhir

LAGU KITA

3 comments:

Nat Cure said...

Naper In-Team?

January 30, 2011 at 7:01 PM
kaizen said...

wah...
ajk serba boleh....

January 31, 2011 at 4:53 AM
Mujahidah Amar Ma'ruf Nahi Mungkar said...

nat: in-Team = Inspirasi Teman Mahasiswa
kaizen: ye :)

January 31, 2011 at 8:58 AM

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails