REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Kepimpinan Mahasiswa

16 February 2011


Kepimpinan mahasiswa boleh diertikan sebagai kepimpinan yang diasaskan oleh rasa tanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan umum. Samada sifatnya adalah sukarela ataupun ianya terpaksa, namun hakikatnya tuntutan tanggungjawab seolah-olah memaksa sesiapa sahaja yang dipundakkan amanah untuk melaksanakannya.
Generasi pelapis
Oleh itu, kepimpinan mahasiswa merupakan generasi pelapis yang  perlu sentiasa didekati, terutamanya oleh para pemimpin negara agar kesinambungan kepimpinan positif dapat diterapkan. Walaupun layanan terhadap kepimpinanan mahasiswa penuh tekanan dan paksaan, namun ia tetap diperjuangkan oleh segelintir mereka yang sedar.
Dalam kepimpinan mahasiswa, kita bukan hanya sekadar menerima keistimewaan atas posisi jawatan yang disandang. Tetapi tidak membezakan antara keistimewaan yang benar-benar berhak dimilikinya ataupun tidak dengan mereka yang lebih memerlukannya.
Keikhlasan
Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Anfal, ayat 27)
Justeru, keikhlasan merupakan kunci terbesar dalam menjalankan taklifan kepimpinan. Dalam kepimpinan mahasiswa, golongan ini merupakan mereka yang mampu membahagikan kepentingan diri dengan orang ramai.
Maka keikhlasan itu adalah ubat dan penawar kepada keletihan, kerana keyakinan bahawa setiap pekerjaan yang dilaksankan akan diganjar pahala oleh Allah s.w.t.
Ramai sekali pemimpin yang dilahirkan kerana jawatan. Dengan mudahnya, seseorang pemimpin itu dianggap sebagai pemimpin kerana jawatan yang diberikan. Barangkali ada yang sedar bahawa tidak kurang juga pemimpin yang dihasilkan dengan kuasa pengaruh. Walau tidak berjawatan namun akan dirujuki sebagai pemimpin dalam menyelesaikan apa jua permasalahan.
Sikap Tenang
Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah, Tanziman ada pula menggariskan panduan kepimpinan dalam erti kata tenang dalam bertindak sebagaimana berikut :
“ Sesiapa yang terburu-buru (isti’jal qabla awanihi), maka dia akan mengalami kerugian (u’qiba bihirmanihi)”
Paling baik bagi seorang pemimpin adalah bertenang dalam setiap tindakan dan keputusan. Pastikan diri mampu dikawal agar tidak mengambil pendekatan agresif yang hanya merugikan kebolehan diri dan mencacatkan bakat kepimpinan. Tindakan terburu-buru juga akan menampakkan kebodohan pemimpin disamping akan merugikan sokongan pengaruh. Oleh itu, bertindaklah secara rasional dan tenang.
Keperibadian Baik
Seorang pemimpin yang baik akan berusaha membawa imej yang baik walau di mana sahaja. Imej tersebut tidak seharusnya ditampilkan semata-mata ketika menghadapi khalayak tetapi seharusnya menjadi pancaran akhlak diri yang luhur dan ikhlas.
Bermakna walaupun pemimpin itu tersembunyi daripada liputan insan lain, watak keperibadian diri pemimpin itu tetap teguh bersama ketakwaan diri kepada Allah yang Maha Mengetahui apa yang hamba-Nya lakukan dan fikirkan.
Kesimpulan

Hidup ini bagaikan roda yang berputar, ada kalanya kita di atas, dan adakalanya kita di bawah. Ada masanya kita dipimpin, ada masanya kita memimpin. Apabila menjadi pemimpin, perlu ada kesedaran untuk mengingati saat ketika kita di bawah.

Apa jua tanggungjawab kepimpinan kita, kepimpinan diri adalah aspek penting yang mendasari kepimpinan organisasi. Justeru, pembentukan akhlak mulia serta penerapan nilai peribadi yang utuh perlu menjadi fokus dalam usaha mengasahkepimpinan untuk diri dan insan lain.


1 comments:

Unknown said...

Subhanallah...
buat teman-teman seperjuangan yang berjuang..moga tahu apa yang diperjuangkan.

salam rindu ju..

February 25, 2011 at 12:54 AM

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails