REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Sepatutnya dia bukan saya

22 June 2011

Student Election of The Ohio State University

"Ana tak nak!"
"Ana tak payah nak cerita pada anti panjang-panjang. Anti tahu kenapa anti perlu berada di situ." Bro Irwan berlalu tanpa memandang Julia sedikit pun. Marah betul dia pada Julia.

Khairun 232 undi
Hasif 105 undi

Julia ?
Hanis memendang Julia dengan pandangan simpati. Julia cuba menyembunyikan kekecewaannya namun air mata tumpah ke bumi. Dia lari daripada kelompok sahabat-sahabatnya dan meluru keluar dari foyer dewan. Tiba-tiba,
Dummmm!!
Jue!!!

***

"Macam ni lah wakil pelajar yang kami nak. Bagus, baik" kata-kata ini disudahi dengan deraian gelak ketawa rakan sekelas. Julia tersentap, kakinya laju melangkah keluar dari bengkel sederas air mata yang mengalir.
"Aku bukan calon yang baik, aku tidak baik, aku bukan orang yang baik." hati Julia mulai disimbah kekecewann. Lukanya semakin parah.
Air matanya semakin deras apabila mendapat panggilan daripada Ustaz Iskandar.


"...وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ"
Ustaz sering memberi kata semangat kepadanya sebelum student election lagi. Oleh kerana Julia segan dengan ustaz, dia terpaksa angkat telefon dan kepada ustaz, dia menceritakan kesedihan hatinya. Ustaz sering mengeluarkan hadis dan ayat-ayat Al-quran apabila Julia memberi pelbagai alasan.



Julia termenung menghembus keluhnya kepada lautan yang luas. Peristiwa di bengkel, beberapa hari lalu membuatnya semakin kekecewaan. Dia ke sini untk ber'uzlah'.

Julia pulang ke kampus dengan sedikit ketenagan. Percutiannya kali ini penuh makna. Pulangnya ke tanah kampusnya, dia terus mencari pengisian buat santapan rohaninya. Jika dibiar lama-lama boleh kronik ni.

Dia mulai tenang namun dia merasakan dia kehilangan sahabat-sahabat yang pernah bersamanya. Julia dan sahabatnya mula berpisah haluan. Julia semakin tidak memahami sahabatnya. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Yang sudah bergelar YB mulai tampak angkuhnya. Namun, biarlah ia menjadi pedoman hidupnya. Julia meneruskan kehidupannya sebagai insan berjiwa kental yang semakin pasif dan layu.


***Merepek dan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails