REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Wanita dan Perjuangan

10 June 2011


Artikel khas buat rujukan diriku....
Semoga beroleh manfaat..

Bukan lelaki sahaja yang boleh berjuang berbakti kepada agama,malah wanita juga turut boleh berjuang demi membangkitkan panji agamanya.Wanita juga memainkan peranan yang amat penting dalam memperjuangakan agama.Bahu demi bahu digandingkan bersama-sama dengan kaum lelaki,mereka yakni kaum wanita pada ketika itu telah ditulari dengan perasaan yang serupa mengenai pengorbanan yang mana mereka telah memperjuangkan segenap jiwa raga mereka ke jalan Allah dan tidaklah tugas seumpama ini terlalu berat bagi mereka.

 
Ummu Ziyad R.a berkata:

”Didalam peperangan khaibar aku bersama-sama dengan 5 orang wanita yang lain tampil ke medan perang.Mendengar berita ini Rasulullah SAW telah menyuruh kami berjumpa baginda.Baginda dengan penuh kemarahan telah bersabda:

siapkah yang telah mengizinkan kalian tampil ke sini?siapa pula yang telah membawa kamu sekalian ke tempat ini?

kami menjawab:”wahai Rasulullah SAW,kami tahu merawat luka-luka dan kami membawa ubat-ubatan bersama-sama kami.Kami akan membantu para Mujahidin dengan membekalkan mereka dengan anank-anak panah,merawati mereka semasa kesakitan dan menyediakan makanan untuk mereka.”

Kemudian Rasulullah SAW telah membenarkan kami tinggal disitu.

Pada ketika itu para wanita  bersemangat yang berkobar-kobar dimana orang-orang lelaki disaat itu tidak memperolehinya.Lihatlah kepada semangat keberanian yang diperolehi para wanita ini dimana mereka tampil ke medan perang itu dengan kata persetujuan dari mereka sendiri dan juga mereka telah melakukan berbagai-bagai tugas yang berlainan sepanjang peperangan terjadi.

Ummu Salim R.a telah menyertai peperangan Hunain didalam keadaannya yang sedang mengandung.Beliau menyimpan pisau belati untuk dirinya.Rasulullah bertanya:”untuk apakah pisau belati ini wahai Ummu Salim?”

Lalu beliau menjawab:”Daku akan menggunakannya untuk menikam perut sebarang orang kafir menghampiriku

Beliau juaga turut mengambil bahagian didalam peperangan Uhud dimana beliau telah merawati luka-luka para mujahidin.Anas R.a berkata:”Daku lihat Aisyah dan Ummu Salim R.a berlari berulang alik di medan perang itu dengan mengangkut air kepada mereka yang cedera”.

Kisah ini membuktikan bahawa wanita juga ada ruang untuk berjihad,malah dianjurkan untuk membuat sedimikian.Banyak ruang sebenarnya wanita ini boleh bergiat.Dalam membangunkan keluarga yang hasanah juga sebuah perjuangan.Lahirnya anak-anak yang soleh dan solehah dari WANITA yang  berjuang demi agamanya.

Firman Allah di dalam surah Al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud: 
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu orang yang yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak syak dan ragu-ragu (terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka kepada jalan Allah, mereka itulah orang yang sebenar-benarnya (pengakuan imannya)”


sumber : Seutas Tasbih Blog

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails