REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Generasi Pendidik

08 December 2011

APA NASIB BAKAL GURU??


Pada bulan Oktober yang lalu, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) digemparkan dengan seruan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar graduan ISMP mencari “kerja lain”. Ini bermakna tiada lagi jaminan penempatan kepada graduan ISMP! Jaminan penempatan hanyalah diberikan kepada graduan daripada Institusi Perguruan Malaysia (IPGM) dan pemegang biasiswa KPM. Kenyataan tersebut telah mengganggu kestabilan emosi kami, mahasiswa ISMP. Pelbagai soalan berlegar di kepala, antaranya apakah halatuju kami setelah bergraduan? Kekaburan sistem pendidikan yang disusun KPM dan KPT dibongkar satu per satu dalam Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2-4 Disember yang lalu. Konvensyen ini bukanlah ingin membuka aib sesiapa tetapi inginkan penjelasan hak kesamarataan bakal pendidik di seluruh IPTA.

Tuntutan Mengembalikan Jaminan Penempatan Guru





Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 Ogos 2011 melaporkan kenyataan bahawa pengambilan pelajar ke program pendidikan guru IPTA adalah berlandaskan unjuran yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada setiap tahun. Ini membuktikan graduan ISMP layak diberi penempatan dan lebihan guru tidak berbangkit. Namun mengapa mahasiswa ISMP dijual kepada sektor lain? Sangat traumatik apabila berlaku peristiwa graduan ISMP mencari pekerjaan lain namun penemuduga melihat bahawa pemilik ISMP ini akan bekerja sementara dan lambat laun akan lari ke bahagian perguruan. Malah, mereka dianggap ingin mengambil peluang orang lain. Tambahan pula, graduan ISMP mempunyai latihan yang khusus dalam bidang pendidikan menyebabkan mereka sukar diterima dalam pasaran kerja semasa seperti dalam sektor kejuruteraan dan swasta. Realitinya, kepakaran graduan ISMP sahaja yang dapat merealisasikan intipati RMK-10 yang ingin meningkatkan daya tarikan keguruan dan menghasilkan guru terbaik, meningkatkan kualiti guru baru secara signifikan dan menjadikan profesion keguruan pilihan utama kerana mereka telah dilatih selama empat tahun dengan modul khusus untuk menjadi pendidik. 

Tuntutan Membuka Peluang Memohon Biasiswa Kepada Semua Pemegang ISMP

Menurut kenyataan Dr Khair bin Mohamad Yusof (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran - Sektor Dasar & Pembangunan Pendidikan, KPM) semasa dialog bersama wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), beliau menyatakan bahawa jaminan penempatan guru hanya dijanjikan kepada pelajar IPGM dan pemegang biasiswa KPM. Namun apabila peserta mencadangkan agar tawaran biasiswa ditawarkan kepada semua kursus ISMP di IPTA beliau menyatakan bahawa "biasiswa sudah tidak relevan". Mengapa ia berlaku sedangkan mahasiswa Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) mendapat biasiswa sepanjang pengajian mereka? Kami merasa dianak tirikan dan memohon agar tawaran biassiwa KPM ditawarkan kepada semua kursus ISMP di semua IPTA seluruh Negara dan bukan disyaratkan kepada bidang tertentu sahaja. Teman-teman, speanjang tempoh 6 bulan berpraktikal kami tidak diberikan sebarang elaun dan ia merupakan satu bebanan yang besar kepada kami berbanding KPLI, DPLI dan IPGM yang memperoleh biasiswa penuh. Justeru itu, kami memohon jasa baik pihak KPM untuk memberi sedikit elaun praktikal kepada semua mahasiswa ISMP ketika berpraktikal.

Tuntutan Agar Kepimpinan Baru Tidak Mengubah Dasar Yang Sedia Ada Tanpa Melihat Dan Mengambil Pandangan Pendidik

Apabila berlakunya perubahan kepimpinan, maka berlakulah transformasi beberapa dasar dan wujudlah banyak sistem baru dalam pendidikan. Ia adalah satu perkembangan yang positif dalam mencapai pendidikan bertaraf dunia. Namun, jangan jadikan kami yang sedang didalam pengajian sebagai korbannya. Wajarlah pihak KPT dan KPM mengambil kira pandangan pendidik dan mahasiswa sebelum membuat sesuatu keputusan. Saya menyeru dan berharap mahasiswa diajak duduk semeja dengan KPT dan KPM dalam diskusi meja bulat. Jika sesuatu perubahan ingin dibuat adalah wajar ia dilaksanakan kepada mahasiswa ISMP sesi pengambilan baru bukanlah kepada yang sedang berada di dalam pengajian. Secara tidak langsung perubahan ini akan mengganggu gugat kurikulum universiti yang telah disusun atur dengan baik. Sesuatu perubahan itu hendaklah mengambil kira semua faktor termasuk adakah ia relevan untuk jangka masa yang panjang.

Pemerkasaan Bakal Guru
Dalam konteks ingin melahirkan generasi pemimpin Negara, sesuatu kualiti itu lebih penting berbanding kuantiti bagi seorang guru. Maka pemilihan guru hendaklah berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM) yang mana mempunyai Key Performance Index (KPI).  Satu penyeragaman kurikulum bagi setiap institusi wajar dilakukan dan diutamakn kepada subjek penting didalam pendidikan seperti kaunseling untuk guru, pendidikan khas atau keusahawanan di IPT mahupun IPG. Subjek-subjek seperti ini penting bukan sahaja kepada pengkhususan tertentu malah ia sangat bermanfaat untuk semua kursus pendidikan. Modul yang disediakan hendaklah memenuhi keperluan pasaran dan sewajarnya kursus kemahiran tambahan disediakan kepada mahasiswa ISMP Teknik dan Vokasional sebagai contoh.





Mansuhkan GSTT/KPLI/DPLI
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang diwujudkan pada asalnya untuk menampung kekurangan guru di sekolah kini mula mengancam penempatan graduan pendidikan. Janganlah disia-siakan empat tahun mahasiswa ISMP bertungkus-lumus menuntut ilmu bagi mendidik jiwa sebagai pendidik anak bangsa. Perancangan mensifarkan GSTT semasa perlaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang berakhir pada tahun 2010 tetap berlarutan hingga kini. GSTT seharusnya beralih kepada kerjaya di bidang yang lain dan memberi ruang kepada graduan pendidikan  di sekolah. Begitu juga disarankan kepada graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI).
Kelima-lima tuntutan ini telah dipersetujui seluruh mahasiswa ISMP yang hadir di Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011 yang lalu. Tuntutan kami bukan untuk mengancam kedudukan sesiapa tetapi kami ingin menuntut hak kami. Saya amat berharap rakan-rakan mahasiswa ISMP membuka mata dan cakna tentang isu-isu semasa. Ini adalah masa hadapan kita, juga masa hadapan anak dan generasi akan datang. Suara rakyat, suara keramat. Wallahualam.



Cikgu Jue
Timbalan Pengerusi
Kelab Pendidikan Teknik dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

3 comments:

nadia said...

assalamualaikum..

saya hendak bertanya sikit n nak minx some opinion. saya nadia, amk corse chemcal engnring kat UTM skudai. saya grad thn lepas. saya ade niat nak further master pndidikan technical and vokasional. sesuai x dgn bidng degree saya. saya nak bertanya mengenai scholar, elaun n jaminan dlm bidang pekerjaan.

pendapat saudari amat saya hargai.

August 29, 2013 at 9:07 AM
nadia said...

assalamualaikum saudari.

saya nak mintak sikit pendapat. saya baru grad tahun lepas, degree in chemcl engnring, utm. saya ade niat nak further master dlm bidang maser pendidikan technical and vokasional. sesuai x dgn degree saya..?atau saya boleh amk master yg laen dari degree saya..?saya ingin tahu mengenai scholar, elaun n jaminan kerja dlm bidang ni..

saya amat hargai pendapa saudari..terima kasih..

August 29, 2013 at 9:12 AM
nadia said...

assalamualaikum....

saya nadia. nak bertanya sedikit n minta pendapat mengenai melanjutkn pelajaran dlm master pendidikan teknik n vokasional. saya bru grad tahun lepas dlm chemcal engnring. ade niat la nak smbung dlm bdng pnndidikan. sesuai x saya smbng dlm bidang yg laen.?dan saya nak tnye mngenai pembelajarn, elaun, n scholar. harap saudari dpt mmberi sedikit pndngan

pandngn saudari amat saya hargai. thanks..

August 31, 2013 at 8:49 PM

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails