REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Kejayaan Pelajar Kegembiraan Guru

19 December 2013

Alhamdulillah, Allahuakbar!

say Alhamdulillah, thank you Allah.. — feeling blessed.

Apa yang menggembirakan bagi seorang guru adalah kejayaan anak didiknya dan saya sangat merasainya kini. Gembira kerana ilmu yang dicurahkan telah diterjemahkan kembali. Semoga apa yang dipelajari, diaplikasi dalam kehidupan mereka. ^_^


Harapan guru

Terimbau tragedi mendenda 3 Bakti. 
Cikgu bagi spot question, dimanahkan untuk menyiapkannya di rumah dan bawa kembali pada keesokan harinya untuk dibincangkan..tapi hampa. Hanya 5 orang yang bawa dan siapkan tugasan yang diberi. Apa lagi, kena denda la. Hero-hero Penang katakan, dah bersiap sedia tadah tangan nak kena rotan. Cikgu pun hayun rotan dan ketuk meja kuat-kuat sambil memberi amaran keras. 

"Cikgu nak awak salin semula soalan 1-60 siap dengan jawapan. Siapa tak siap jangan balik!"

Tapi ada pulak yang menjawab "Aiya cikgu, rotan saja la. Saya tak mau salin. Penatlah."
Kalau cikgu rotan awak, apa yang awak dapat cuma sakit. Cikgu pula boleh kena dakwa dekat mahkamah nanti.
Saya cuma balas ringkas "Cikgu hanya beri denda yang bermanfaat  untuk awak."

Apa yang seorang guru lakukan mestilah untuk suatu kebaikan. Rotan sahaja untuk apa. Kalau salin, secara tak langsung mereka membaca dan mengingat soalan dengan jawapan yang betul. InsyaAllah akan membantu dalam exam nanti.


I may not be as smart as you people all #3A4B1C #PMR13!! — feeling frustrated.

Anak-anak cikgu yang dikasihi,
Gagal bukan bermakna dunia telah berakhir tapi gagal adalah satu ujian daripada Allah. Malah orang yang cemerlang itu juga satu ujian yang lebih besar Allah beri padaNya. 

Lihatlah PMR ini bukan sekadar satu peperiksaan tetapi lebih daripada itu. PMR juga boleh menjadi penanda aras antara hubungan seseorang dengan Allah. 

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syuura ayat 30.

Audit diri, muhasabah dan fikir kembali. Dalam pada kita sedih dengan keputusan yang diperoleh pernahkah kita bersyukur atas nikmat yang Allah beri? Adakah setimpal usaha kita dengan apa yang kita peroleh? Bukan itu sahaja, adakah cukup erat hubungan kita ketika kita merayu mengharap suatu kejayaan daripadaNya?

Ayuh,
Teruskan mendaki, kerana puncak sedang menanti anda. Anda masih ada peluang lagi untuk terus berusaha. Maka, jangan kecewa, pandang secara rasional. Senyum dan terus berusaha. ^_^

Aku Graduan Itu

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini hadiah dari Allah


Ilmu dan amal yang tidak ada dengan perantaraan dakwah akan menjadi adat dan ilmu yang diperolehi secara adat akan menjadi perantaraan untuk mencari wang.








Hijab I'm In Love

02 February 2013

My pinky hijab collection

Ketika mengenalmu, hati selalu bertanya,
Sudah bersediakah aku?
Akhirnya aku mengerti, aku telah jatuh hati,
Dan menghijabkan diri..
Indahnya.. 
Oh teduhnya.. 
Cantikkan hatiku..
Hijab, hijab I'm in love..
Kau menjaga hati dan diriku..
Hijab, hijab I'm in love..
Ku tenteram bersamamu..
Semenjak bersamamu, kau hiasi hariku,
Ceriakan selalu..
Takkan ku lepas lagi, kerana kau telah menjadi,
Sebahagian dari hidupku..
Mereka selalu berkata,
Untuk menangguh dirimu,
Kerana ingin menjilbabkan hatinya dulu..
Namun sampai bilakah,
Semua akan berubah,
Kerana hati manusia tempat khilaf dan salah..

Inspired: OSD & Shindy ^^

Hijab, I'm in LOVE

Kawan Jauh Di Mata

Assalamualaikum

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."(Al-Hujurat:13)


Pada tahun 2009, Allah telah mentakdirkan saya berkenalan dengan seorang kawan yang merupakan kawan kepada sahabat saya. Saya takut nak mendekati dia sebab dia sangat pendiam. Dia dengan perihal diri dia sendiri. Balik kuliah dia akan pergi masjid atau ke bilik. Dia budak masjid tapi bila ada program, dia selalu bersembunyi. Kadang-kadang dia pelik. Hmm :)

"Hai, nama saya..."
Kami bukan kenal dengan cara begini. Saya kenal dia dan perihal peribadi dia daripada sahabat saya. Saya gembira bila lihat sahabat saya gembira berkawan dengan dia. Kenangan matrikulasi. :)

"Sahabat sebenarnya ada dua macam iaitu sahabat yang membawa kita ke syuga dan sahabat yang akan mencampakkan kita ke dalam neraka. Namun, hakikat sahabat hanya ada satu iaitu sahabat yang akan membawa kita ke syurga." iluvislam

Tamat matrikulasi, masing-masing membawa haluan untuk mencapai cita-cita masing-masing. Sepanjang bergelar mahasiswa kampus, banyak perkara yang berlaku. Dia sering berkongsi cerita. Dia cerita dia pergi ke kem, menghadapi tempat program yang dhaif dan macam-macam lagi. Sebenarnya perkara-perkara tu saya dah lalui. Saya selalu doa supaya dia dekat dengan orang-orang yang baik. Sebab orang yang baik akan membawa orang yang berdamping dengannya bersama-samanya ke syurga. Alhamdulillah, dia aktif dengan BADAR di kolej kediamannya. Menjadi salah seorang "orang penting" dalam krew tu lagi. :)

Banyak yang saya nak kongsi dengan sahabat yang pernah memperkenalkan saya kepada dia. Dia banyak berubah. Yelah, manusia akan sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Dia matang. Lebih-lebih lagi dalam soal jodoh. :D

Sahabat adalah refleksi kepada diri kita. Bila kita memberi nasihat kepada dia, sebenarnya kita sedang menasihati diri kita sendiri. 

Teruslah berlari merapatiNya. Saya bangga ada sahabat seperti awak. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Saya dah kotakan satu janji. InsyaAllah lagi satu coming soon. :)

Tarbiyyah Hati Saya

Assalamualaikum.

"Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermulanya daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah! Bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang ."
~ As Syahid Hassan Al Banna~

Allahuakbar, sudah lima bulan blog ini tak dapat makanan rohani. Segalanya kerana title bergelar PTA! *Pelajar Tahun Akhir. :(
Kesibukan mengecapi kejayaan duniawi dalam menggapai redhaNya dengan sedikit sumbangan ke arah usaha-usaha ukhrawi. Semoga Allah redha. ^^

Hari-hari meninggalkan taman tarbiyyah ini, hati sayu. Sahabat-sahabat ramai yang sudah pulang ke kampung untuk persediaan LM *Latihan Mengajar. Saya masih di sini. Menyiapkan segala tugasan dan amanah yang sahabat-sahabat berikan. Moga bantuan kecil ini dapat melancarkan urusan mereka.


To-do-list:
1) Daftarkan subjek sahabat (manual)
2) Hantarkan thesis sahabat-sahabat. 15 buah semuanya.
3) Dapatkan tanda tangan penyelia mereka.
4) Hantar peralatan makmal yang sahabat pinjam.
5) Hantar thesis yang sahabat pinjam di Library. 10 buah semuanya.
6) Hantar thesis saya.
7) Hantar borang kelim projek saya.
8) Jumpa penyelia saya yang sangat baik. ^^

3.5 @ UTHM

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantah; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Anfaal:46)

Tiga tahun setengah saya di bumi tarbiyyah ini. Banyak yang saya belajar. Belajar menjadi seorang mahasiswa + dai'e, menjadi orang yang lebih matang dan rasional dalam membuat keputusan, belajar berpengurusan, belajar bersosial dan macam-macam lagi.

"Sungguh manusia berada dalam kerugian." (Al-'Asr:2)

Semua ayat-ayat Allah adalah benar. Rugilah siapa yang berada di kampus tapi hanya belajar untuk mendapatkan CPA yang cemerlang, menjadi mahasiswa 3K *Kuliah, Kantin, Katil. Universiti adalah tempat kita mendapatkan sesuatu yang tidak akan kita perolehi di alam pekerjaan. Pengalaman, pelajaran dan keindahan.

Berbalik kepada ayat Allah dalam Surah Al-Anfaal yang saya catatkan di atas. Dalam menempuhi proses tarbiyyah yang mantap, kita akan merasai duka, kesedihan, kesakitan dan kesengsaraan kerana tiada keselesaan yang dijanjikan kepada para pejuang. Ujian itu datang daripada dua faktor iaitu faktor luaran dan dalaman.


Nak berkongsi tentang ujian dan dugaan-dugaan luar biasa itu tapi terlalu banyak. Ujian Allah macam exam kita, ada kuiz, ada test, ade final. Tapi ujian Allah sangat istimewa. Beruntunglah orang-orang yang berjaya melepasi ujian itu. Lepas tempuhi ujian tersebut kita akan menaiki satu tingkatan level iman dan selepas itu ujian akan lebih mencabar.

"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Ujian dan dugaan adalah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Semakin kuat kita menempuhinya, semakin tinggi tahap kebergantungan kita pada Allah semakin dekatlah kita pada Allah. Dalam kita menghadapi ujian Allah, Allah hadiahkan love letter untuk kita. Setiap masalah itu pasti ada penyelesaian. Baca dan dalami Al-Quran. Pasti ketemui jawapannya. Sesungguhnya dengan mengingati Allah pasti hati akan menjadi tenang. Allahu, saya cinta Allah. :)

Maka, jangan mengeluh, jangan resah. Allah sentiasa ada bersama kita.

Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails