REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Bangkitkan jihad

19 May 2010

28 Jun 2009 ku cipta langkah ke menara gading yang bernama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Segalanya bermula di sini...


Perkenalan awal dengan Akhi Firdaus dan Ukhti Zahida amat bermakna. Bermula daripada sebelum ke UTHM hinggalah hari ini. Perkenalan dengan Akhi Firdaus kerana adik saya, Mai. Dia yang pada mulanya mengenali Akhi Firdaus sebagai fasilitator program BISIK yang dianjurkan oleh KTDI UTHM. Dia mengsyorkan saya bertanya kepada Akhi Firdaus mengenai UTHM untuk pemilihan dalam borang UPU. Hasil perkenalan ni lah saya berada di UTHM.

Rentetan perjuangan yang berusia setahun jagung di bumi UTHM...

Saya mula 'mencapub' pada hari terakhir MHS dengan menyertai persembahan Choral Speaking pada Malam Kebudayaan. Pada hari-hari latihan saya mula mengenali kepimpinan JKKM. Penyertaan awal dalam JKKM dengan menjadi Rakan Biro BKE. Langkah pertama ini kemudian dikhabarkan akan memikul tanggungjawab yang lebih berat iaitu menyandang jawatan Kak Biha bila dia ke LM.

Gelaran baru sebagai mahasiswa digunakan sebaiknya. Segala program yang bermanfaat akan saya sertai. Kenalan pertama saya senior, jadi saya rapat dengan senior. Ringan sahaja tulang bila dapat membantu mereka. Mereka seperti adik-beradik sendiri. Saya mula menganali kepimpinan Kelab Iqra' pula apabila membantu Kak Asma menjaga gerai semasa Hari Konvokesyen. Masa MHS lagi mulut yang ramah ini menyebabkan saya mengenali beberapa orang senior. Masa tu berlagak sikit. Tak takut ke mana-mana sebab saya ada senior yang akan bantu. Tapi kadang-kadang sesat juga dalam UTHM sendiri.

Sedang saya melengkapkan diri untuk menggantikan Kak Biha, satu jawatan menyusul selepas penyertaan saya dalam KEMSIS anjuran Pusat Islam. Hati mula keliru namun diberikan kekuatan dan keyakinan untuk menyandang jawatan S/U BPM, JTPI. Sementara masih berbaki 6 bulan untuk menggantikan Kak Biha hati terbuka untuk menyumbang sedikit jasa dalam JTPI. Banyak sangat pengalaman berharga dapat saya kutip dalam organisasi JTPI.

Hari berganti hari, semester berganti semester. Amanah yang dijanji mula dipikul. Bebanan semakin berat. Saya akhirnya menyerah untuk memikul salah satu sahaja amanah yang besar. Saya ambil keputusan untuk melepaskan jawatan dalam JTPI dan terus komited dalam JKKM dengan memegang portfolio sebagai Timbalan BKE untuk satu semester. Mula menjadi pendiam dan pemalu dalam meeting sebab tak biasa.

Bahang PRK turut dirasai. Lebih-lebih lagi apabila saya menyertai SCDC yang dianjurkan oleh MPP. Saya terdedah dengan rakan-rakan MPP. Usai melepaskan satu taklifan, hati tergerak untuk menyertai MPP. Saya bulatkan keputusan untuk sertai PRK 09/10. Tak pernah terfikir langkah ini terlalu pantas disusun. Namun Allah lebih tahu kesediaan saya. Saya diberikan peluang untuk menimba lagi ilmu supaya diri lebih mantap sebelum berada dalam barisan kepimpinan terbesar di kampus.


Amanah dalam JKKM tak ku henti. Kini taklifan sebagai Timbalan Pengerusi KKM dipikul. Semakin hari, semakin berat rasanya bahu ini. Namun segalanya menjadi ringan dengan bantuan sahabat.

Amanah ini hampir sahaja saya lepaskan. Letih sangat.

Sangat pantas masa berlalu.

Syukran kathiran kepada sahabat-sahabiah yang banyak membantu dalam perjalanan dakwah ini. Perjuangan belum selesai. Semoga terus istiqomah! Jangan mudah tersungkur.

Perjuangan ini segalanya kerana Allah bukan mengejar pangkat atau kepopularan tetapi atas dasar tanggungjawab sebagi khalifah dan hamba Allah.

2 comments:

Nat Cure said...

Style penulisan dah mula ada perubahan.. Bagus2..

May 19, 2010 at 10:02 AM
Cikgu Siti Juwairiyah said...

terima kasih nat :)

May 24, 2010 at 9:00 PM

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails