REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

HEBAT Explorasi Potensi Diri

19 May 2010

Tarikh : 17 & 18 Mei 2010.
Tempat : Nur Laman Bestari Ulu Yam Selangor.

Program kali ni berbentuk kepimpinan. Sebenarnya untuk JKK Perwira tapi saya menyibuk pula. ;p
Semoga ilmu yang saya dapat, akan saya manfaatkan sebaiknya dalam organisasi JKK Melewar.

Antara input yang saya perolehi adalah

Cara beri tumpuan
Saya sering mengantok dalam kuliah, kalau kuliah 2 jam, sejam sahaja saya dapat fokus. Apabila kita mengantok, kita menguapkan? Sebenarnya menguap adalah salah satu cara kita menghirup oksigen.
Untuk fokus ketika belajar, gunakan deria mata untuk membaca dan melihat. Kedua, sebut apa yang kita baca dan yang ketiga, maksimumkan penggunaan tangan. Semakin banyak deria digunakan, semakin tinggi tahap tumpuan kita.

Anda tidak akan dapat apa yang difikirkan tetapi anda akan dapat apa yang anda fokuskan.

Positifkan minda, bina keyakinan
Kami diberikan bandul untuk diayun tapi bukan menggunakan tangan tetapi kata hati. Saya tak berjaya lakukannya. Kemudian saya dipanggil ke hadapan untuk mematahkan sebatang pensel namun tak berjaya tetapi Kak Dijah dapat membuatnya. Sangat hebat. Tangan saya berlebam kesan cuba mematahkan pensel tu. Rahsianya, tumpuan dan keyakinan. Katakan pada diri yang kita boleh lakukannya. Saya fikirkan kesakitan, tak boleh lakukannya, maka kesakitanlah yang saya peroleh. Jangan pula over confident ya.

Rasa digigit pacat
Tak rasa sebenarnya namun pengalaman tu amat berharga. :)
Tak perasan pun digigit. Pacat tu dah kenyang agaknya. Darah tak berhenti selama 2 hari. Akhirnya umi bawa saya ke klinik untuk check. InsyaAllah esok lusa baik lah tu.

H : Hero/heroin
E : Energetik
B : Brilliant
A : Aim
T : Tough

7 Tabiat Pemimpin Yang Berkesan
Jadilah PROAKTIF
Mulakan sesuatu dengan mengingati MATLAMAT
Utamakan yang UTAMA
Fikir MENANG-MENANG
MEMAHAMI dan kemudian DIFAHAMI
SINERGI
Sentiasa menajam fikiran dan tingkatkan USAHA

Aktivitinya agak ekstrem. Masuk hutan, lumpur dan kolam. Banyak aktiviti membantu membina keyakinan diri. Terima kasih Kak G dan Akhi Elyas sebab bagi Jue ikut. Terima kasih juga pada Uncle Bob dan Along atas perkongsian ilmu serta kawan-kawan yang baru dikenali atas ukhuwah yang terbina.


 
Panorama

tasik tempat ber'rowing'

tasik buatan di Nur Laman Bestari

ni bukan chalet kami ;p

Indoor Game


Outdoor Game


Along, Uncle Bob dan Abg Farhan kami balik dulu

4 comments:

areniz.. said...

besnyer......

May 20, 2010 at 12:47 AM
Ir_Qutb said...

tahniah atas pendirian blog ni., good blog.., n tahniah kerna dapat menggbungkan diri dengan shbat perwira , moga kedua 2 kolej ni dapat menjana usha dakwah di uthm dengan jayannya

May 20, 2010 at 8:46 AM
bilal said...

dah tahu darah susah nak berhenti bila keluar,
tak gi klinik cpat2....
(==")

May 21, 2010 at 12:45 AM
Cikgu Siti Juwairiyah said...

areniz : lain kli kita pi sama2 ey..
ir_qutb : terima kasih..alhamdulillah, amat terharu dengan penerimaan shbt dr perwira..
bilal : dah balik johor baru bleh pi klinik..

May 24, 2010 at 8:58 PM

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails