REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Jalan-jalan Tepi Bendang

23 May 2010

Aku ingin hidup secerah mentari pagi, yang menyinar di taman hatiku..
Aku ingin seriang kicauan burung, yang terdengar di jendela kehidupan..
Aku ingin segala-galanya damai, penuh mesra membuahkan ceria..
Aku ingin menghapus duka dan lara, melerai rindu di dalam dada..
Sedamai pantai yang memutih, sebersih titisan embunan pagi..
Dan ukhuwah ini pasti berputik, menghiasi taman kasih yang harmoni..
Seharum wangian kasturi seindah ceria pelangi, segalanyakan bermula di sini...


Alhamdulillah, akhirnya kepala ini direhatkan sekejap dari kesibukan tugasan sebagai seorang pelajar dan da'ei. Sempat saya berjalan-jalan di tepi bendang sementara menghadiri satu program di Kedah. Seronok dapat jalinkan semula ukhuwah dengan sahabat-sahabat di Matrikulasi baik senior atau junior. Yang paling menyeronokkan bila dapat jumpa naqibah tersayang iaitu Kak Atikah dan Kak Zahidah. Dua orang muslimah power, naqibah dari dunia saya yang berbeza yang sentiasa membimbing saya ke arah sirotol mustaqim. Alhamdulillah, beribu syukur saya panjatkan pada Allah Taala kerana menemukan saya dengan mereka. Terubat sedikit rindu bila dapat luangkan masa dengan mereka.



Jumaat

Hari pertama tiba di Alor Star:
Seronok akhirnya dapat jejakkan kaki di Bandaraya Alor Star setelah setahun tak ke sini.
Rindu dengan kenangan jalan-jalan shopping bersama sahabat di Matrikulasi.
Teruja dapat jumpa Kak Zahid ;p

Mula-mula berbual dengan Kak Zahid sampai penat ;p pastu petang pegi Ekspo Hari Penyayang dekat Stadium Darul Aman.
Tertarik dengan Gerai Isteri Wakil Rakyat ;p
Ada juga persembahan nyanyian dari Nubhan AF dan Rini AF. Manis bertudung kakak AF ini. Tengku Panglima Syafinaz pun turun padang. Banyak jualan dan temuduga terbuka.
Balik ekspo, lari cepat-cepat nak tengok Ustaz Hazrizal dekat Al-Kuliyah TV3.
Lepas tu, jalan-jalan tepi bandang rumah Pak Lang Kak Zahid.
Teruja. Kak Zahid bersemangat cerita tentang cara pnuaian padi.
Alhamdulillah dapat sedikit ilmu tentang proses penuaian padi. :)

Disinilah dijadikan tapak ekspo Hari Penyayang

Pameran kereta pun ada

2 orang budak comel. Arif dan Awang.

Ukhuwah

Ukhuwah ini terlalu indah bila kerana ALLAH.
Berpisah tidak kisah, Bertemu itu anugerah.
Biar lembut di luar, cekal dan tegar di hati.

 

Ustaz Hazrizal dalam bukunya bertajuk Secangkir Teh Pengubat Letih menyatakan erti persaudaraan kerana Alah, bersaudara atas tujuan hidup bukannya atas dorongan keperluan dan kepentingan.
ALLAH telah menemukan kami apabila kami punyai misi dan niat yang sama.
Penat berkongsi pengalaman di kampus, kami bergerak bekerja (hehe memasak je pun) dan berbbq.

Muslimah power!

Muslimin banyak membantu

Shopping

Siti Juwairiyah kalau tak shopping rase tak lengkap je sesi jalan-jalan ni. Hehe.
Hari pertama shopping di ekspo Hari Penyayang.
Hari kedua, saya shopping dekat Giant di Bangunan Al-Buqori.
Hari ketiga pula di Nat dan Pekan Rabu. Banyak barang saya borong untuk umi. :)
Saya beli Cheese Cake, handsock, jeruk buah salak, jeruk buah pelam, beras pulut hitam, dodol, tudung, serunding dan banyak lagi. :D

Adik ni tunggu mama dia shopping kat dalam kot

nak beli tapi nak bawa macam mana (-_-")

hilangkan dahaga dengan ABC

Pulang



Hadiah dari Kak Zahid

Bak kata seorang sahabat, berehat sambil menimba ilmu. Ilmu perlu dicari hingga akhir hayat, jadi jangan jemu belajar. Alhamdulillah sepanjang jalan-jalan saya di Alor Star saya dapat kongsi macam-macam dengan sahabat. Saya juga dapat banyak input yang dibawa pulang ke Johor.

nota tengah : sedih tak sempat singgah Kolej Matrikulasi Kedah

4 comments:

Aku Budak Kampung said...

salam.

teruskan dakwah menerusi pena.

May 24, 2010 at 8:46 AM
Cikgu Siti Juwairiyah said...

salam perjuangan..
same2 kite doa smoga ana trus istiqomah.. :)

May 24, 2010 at 8:44 PM
Nat Cure said...

Bila terpandang buku La Tahzan tu, teringat kisah lama..

May 25, 2010 at 5:47 AM
Cikgu Siti Juwairiyah said...

nat : teringat juga kisah lama bila jumpa bilal kat alor star..

May 25, 2010 at 6:16 AM

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails