REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Impian Umi & Ayah

22 June 2011

Assalamualaikum..

Saya membelek-belek album My Picture dalam lappy kesayangan untuk mencari gambar yang boleh dijadikan bahan penulisan kali ini. Gambar Mai & Abang Husin menjadi pencetus penulisan kali ini.

Abang Husin tasmi' bacaan Mai

Once upon a time, when I was 17 years old I got a bad SPM's result. Saya sangat kecewa saat itu. Result saya tak setanding result kakak. Saya tak tahu ke mana saya boleh sambung belajar. Umi & ayah bagi dua pilihan sahaja, samada Matrikulasi atau Maahad Tahfiz. Sejurus keluarnya result kelayakan ke Matrikulasi, saya kekecewaan kerana gagal melayakkan diri ke mana-mana Kolej Matrikulasi. Masa tu saya rasa end of the wold la. I must going to the Maahad Tahfiz or I got married. Finally I going to the Maahad Tahfiz or the real name was Kolej Pengajian Islam Johor aka MARSAH.

That's not my point.

My point is

KELEBIHAN-KELEBIHAN ORANG YANG MENGHAFAZ AL-QURAN


Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golonganHamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :
  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)


Special copy from here

Pengalaman di MARSAH

Beberapa perkara istimewa selama 26 hari bergelar pelajar Diploma Tahfiz Wal Qiraat yang saya ingin kongsikan,

Pertama : Mimpiku mimpi yang nyata.
Suatu pagi, saya resah bila malam semalamnya saya mimpi kaki umi dibaluti bandage. Dua-dua belah kaki. Paginya sebelum masuk kelas, saya telefon umi dan tanya khabar umi. Umi sihat, ok je. Lega hati tapi saya sempat pesan dekat umi, jaga kesihatan baik-baik.
Esoknya saya dapat berita, kaki umi luka sebab tertindih batu besar dan umi didapati menghidap diabetis. Barulah saya cerita kat umi, apa yang saya mimpi. Umi kate, nape tak cakap semalam?? aiya.

Kedua : Kami terkecuali dari rompakan.
Suatu berita tergempar menggegarkan MARSAH apabila wang beberapa orang pelajar Daurah dicuri. Banyak duit dorang sebab dorang nak pergi Mesir untuk sambung belajar. Kami mempercayai pencuri itu menggunakan pukau memandangkan kuarters hospital di belakang Marsah juga di masuki pencuri. Kami tidak sedar langsung. Yang hairannya satu bilik pelajar tahfiz pun tidak di pecah masuk. Mungkin inilah ketentuan Allah dan mungkin juga keistimewaan bagi pelajar tahfiz apabila Al-quran menjadi pendinding mereka.

Ketiga: Istikharah yang jelas.
Setelah 25 hari di MARSAH, saya mendapat khabar gembira kerana ditawarkan untuk ke program Matrikulasi ambilan kedua. Alhamdulillah. Namun hati berat nak tinggalkan MARSAH kerana saya mulai selesa dan suka tinggal di MARSAH. Tapi apa pun, saya kena serahkan pada Allah, Allah Maha Mengetahui.  Selepas istikharah beberapa kali, saya mendapat petunjuk yang sangat jelas dalam mimpi. dan akhirnya saya meninggalkan MARSAH. Kata ayah, sebab saya dengar cakap umi & ayah untuk jadi hafizah, Allah beri saya hadiah kerana gembirakan hati mereka.



Sebenarnya impian umi & ayah adalah semua anaknya menjadi Hafiz & Hafizah. Kami 4 beradik pernah belajar tahfiz. Akak je belum berkesempatan. Tapi InsyaAllah 2 orang anak umi & ayah bakal Hafiz dan Hafizah. Amiin Ya Rabb semoga impian umi & ayah tercapai.

2 comments:

Cinta Nur Iman said...

Ni memang kisah sebenar Umai ke Kak Jun?

July 20, 2011 at 9:19 AM
Mujahidah Amar Ma'ruf Nahi Mungkar said...

ni cerita akk la dik.. :)

July 24, 2011 at 9:11 PM

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails