REDHA

REDHA

ALLAH

ALLAH

KITA

KITA

CARI

CARI

Tarbiyyah Hati Saya

02 February 2013

Assalamualaikum.

"Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermulanya daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah! Bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang ."
~ As Syahid Hassan Al Banna~

Allahuakbar, sudah lima bulan blog ini tak dapat makanan rohani. Segalanya kerana title bergelar PTA! *Pelajar Tahun Akhir. :(
Kesibukan mengecapi kejayaan duniawi dalam menggapai redhaNya dengan sedikit sumbangan ke arah usaha-usaha ukhrawi. Semoga Allah redha. ^^

Hari-hari meninggalkan taman tarbiyyah ini, hati sayu. Sahabat-sahabat ramai yang sudah pulang ke kampung untuk persediaan LM *Latihan Mengajar. Saya masih di sini. Menyiapkan segala tugasan dan amanah yang sahabat-sahabat berikan. Moga bantuan kecil ini dapat melancarkan urusan mereka.


To-do-list:
1) Daftarkan subjek sahabat (manual)
2) Hantarkan thesis sahabat-sahabat. 15 buah semuanya.
3) Dapatkan tanda tangan penyelia mereka.
4) Hantar peralatan makmal yang sahabat pinjam.
5) Hantar thesis yang sahabat pinjam di Library. 10 buah semuanya.
6) Hantar thesis saya.
7) Hantar borang kelim projek saya.
8) Jumpa penyelia saya yang sangat baik. ^^

3.5 @ UTHM

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantah; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Anfaal:46)

Tiga tahun setengah saya di bumi tarbiyyah ini. Banyak yang saya belajar. Belajar menjadi seorang mahasiswa + dai'e, menjadi orang yang lebih matang dan rasional dalam membuat keputusan, belajar berpengurusan, belajar bersosial dan macam-macam lagi.

"Sungguh manusia berada dalam kerugian." (Al-'Asr:2)

Semua ayat-ayat Allah adalah benar. Rugilah siapa yang berada di kampus tapi hanya belajar untuk mendapatkan CPA yang cemerlang, menjadi mahasiswa 3K *Kuliah, Kantin, Katil. Universiti adalah tempat kita mendapatkan sesuatu yang tidak akan kita perolehi di alam pekerjaan. Pengalaman, pelajaran dan keindahan.

Berbalik kepada ayat Allah dalam Surah Al-Anfaal yang saya catatkan di atas. Dalam menempuhi proses tarbiyyah yang mantap, kita akan merasai duka, kesedihan, kesakitan dan kesengsaraan kerana tiada keselesaan yang dijanjikan kepada para pejuang. Ujian itu datang daripada dua faktor iaitu faktor luaran dan dalaman.


Nak berkongsi tentang ujian dan dugaan-dugaan luar biasa itu tapi terlalu banyak. Ujian Allah macam exam kita, ada kuiz, ada test, ade final. Tapi ujian Allah sangat istimewa. Beruntunglah orang-orang yang berjaya melepasi ujian itu. Lepas tempuhi ujian tersebut kita akan menaiki satu tingkatan level iman dan selepas itu ujian akan lebih mencabar.

"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Ujian dan dugaan adalah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Semakin kuat kita menempuhinya, semakin tinggi tahap kebergantungan kita pada Allah semakin dekatlah kita pada Allah. Dalam kita menghadapi ujian Allah, Allah hadiahkan love letter untuk kita. Setiap masalah itu pasti ada penyelesaian. Baca dan dalami Al-Quran. Pasti ketemui jawapannya. Sesungguhnya dengan mengingati Allah pasti hati akan menjadi tenang. Allahu, saya cinta Allah. :)

Maka, jangan mengeluh, jangan resah. Allah sentiasa ada bersama kita.

Wallahualam.

1 comments:

Mujahidah Amar Ma'ruf Nahi Mungkar said...

di universiti lah tempat kita berusaha mendapatkan sebanyak-banyaknya ilmu & bekalan akhirat.. ^^
bila dah kerja, dah tak de masa..

February 2, 2013 at 5:39 PM

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails